Nama diberi Ian. Nama penuh? Biarlah ia jadi rahsia sebab nama penuhku penuh dengan kontroversi. Kadang-kadang aku dah bagitahu betul-betul tetapi masih salah juga. Mereka akan salah dengar, salah eja dan macam-macam lagi. Nak ketuk kepala dorg tu. Tetapi aku mmg suka dgn nama aku ni sbb unik.
Aku boleh katakan yg life aku ni perfect sbb aku rasa semua benda yg aku nak aku da dapat. Many things yg aku da achieved before based on my own efforts like masuk sekolah berasrama penuh (SBP), dapat keputusan cemerlang PMR dan SPM dan akhir skali, I managed to enter Medical School in local university.
Sekarang aku pelajar perubatan tahun 2. Budak medic la senang cite. Rutin harian aku cuma datang kelas dan belajar. Seperti hari ini, aku banyak berfikir sewaktu kelas. Yerla, kalau kelas da berjam-jam, masuk ke? Konfem takla.
Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku da bosan dalam kelas. Lalu aku bangun dan pergi ke tandas untuk buang air kecil. Setelah itu, aku pergi ke sinki nak cuci tangan lalu ada seorang lelaki berjalan di belakang aku.
"Takde kelas ke sekarang?" Tanya Laith.
"Eh, ada jela. Kelas Anatomy. Kau?" Tanya aku.
"Ada jugak. Kelas CH (Community Health). Bosan lah. Mengantuk gila kot."
"Oh... Bosan bunyinya tu. Erm... Bila kau nak belanja aku? Duit JPA da masuk kan? Belanja yang murah dan sedap pun aku terima." Pinta aku.
"Okaylah macam tu. Petang ni aku belanja kau Burger King, nak?"
Aku hanya mengangguk. Siyeslah mamat ni nak belanja aku. Baru ajak sekali. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Is this palpitation? I guess not. Haha...
"Kau amek aku kat rumah sewa aku pukul 6 petang. Then, kita pergi. Nanti papehal aku wassap kau tau." Kata Laith.
"Aku tak tahu mana rumah sewa kau tu. Nanti share location jela ek..." balas aku.
Dia hanya mengangguk dan keluar daripada tandas tu dan terus ke lecture hall dia. Dan aku pun berbuat demikian.
++++
Selesai solat zuhur, aku hanya mampu termenung dan tak percaya dengan apa yg berlaku di tandas tadi. Walaupun aku cuma hangat-hangat tahi ayam but he seemed serious. My heart beats faster than usual. Seolah-olah apa yang ku inginkan bakal tercapai.
Meh sini aku cerita sikit pasal Laith. Dia ialah senior aku sewaktu di SBP dulu. Tapi waktu tu, aku hanya mampu melihat dia dari jauh sbb aku sangat takut nak tegur senior dulu. Aku ingat aku takkan berjumpa lagi dengan dia tetapi kuasa tuhan, aku berjumpa kembali dengan dia setelah aku dapat masuk medic ni. Kat sini pun dia senior aku. Orangnya tinggi sedikit daripada aku dan mempunyai renungan mata yang unik. Mungkin aku terpikat dengan raut wajah dia yang menawan tu.
"Ian! Ian! Termenung ingat kat saper ni ha?" tegur Ayen.
Ayen or Nazreen ni merupakan kawan baik aku dan kami satu batch. Aku baru nak rapat dengan dia. Seronok dapat kenal dia. Makin sekepala dengan dia. Banyak benda aku cerita dengan dia.
"My crush time sekolah dulu ajak dinner nanti."
"Crush ko?" Tanya Ayen sambal dahi berkerut-kerut.
"Haah la... tapi aku cam main-main je ajak dia dinner tapi dia nak weyh. Merah padam muka aku."
"Oooh saper tu? Bagitaula! Nak tahu!" Ayen excited nak tahu.
"Laith, 3rd year tu... kenal ke?" Tanya aku.
"Kenal jela tapi tak pernah tegur pun. Btw, korang sekolah sama ek dulu?" Jawab Ayen.
"Yup but kat sekolah aku cuma usha dia dari jauh je. Cam stalker kot. Tapi tak wat paper pun dulu."
"Hahaha... gila la ko... sekarang tak payahlah jadi stalker. Semua depan mata. Petang ni have fun la. Pastu cite kat aku apa yg berlaku kay?"
"Orite bro."
"Dah jom masuk DR tu. Lecturers came just now." Ajak Ayen.
+++++
"Sorry I'm late. Now let's begin." Datang Dr Norma ke dalam DR.
DR tu dissection room. It's a place for medical students to learn Anatomy from cadaver. Cadaver tu apa? Mayat yang telah diperap dengan bahan pengawet. Jangan gelabah tau sebab takde darah pun. Cuma bau formalin yang menusuk ke lubang hidung je la yang kena tahan. Basically, we divided into 4 groups so that each group will be taught by one lecturer.
"You all learn about pelvic bone right?" Tanya Dr Norma pada kami.
Kami hanya mengangguk sahaja.
"As you can see in the pelvic bone, there is a greater sciatic foramen and lesser sciatic foramen. You must remember structures that pass through the greater sciatic foramen."
Aku hanya terpinga-pinga. Banyak kot structures yang keluar dari situ. Tapi kalau ade sketches ingatlah. Kemudian, Dr Norma mengambil pen marker untuk melukis greater sciatic foramen tu. Lukisan Dr takdelah lawa mana tapi nak dibandingkan dengan aku? Memang buruk lagilah aku punya.
"This is piriformis muscle. Its insertion is at greater trochanter of femur. What are the structures above and below the piriformis muscle?" Tanya Dr Norma.
We all semua like blur-blur. But some of us remember sebijik-sebijik. Aku cuma ingat yang atas sahaja. Yang bawah ada banyak.
"Above the piriformis is superior gluteal nerves and vessels." Jawab aku.
Selebihnya rakan-rakan aku yang bijak pandai yang jawab. Sambal itu, aku menyalin lukisan daripada white board tu kat buku nota aku. Itu je yang aku mampu. After that, Dr Norma showed the structure to us at the cadaver itself. She explained couple of times and then we managed to get the chance for us to recognize the structure ourselves. Menariklah jugak tajuk ni. Mungkin sebab aku paham. Kalau aku tak paham, memang ke laut la jadinya.
Kelas pun berakhir pada pukul 4. Sempatlah aku pulang ke asrama untuk berehat seketika. Jadilah. Ada lagi 2 jam tetapi 2 jam yang sangat lama dalam hidup aku. Sabar jela. Pukul 5.30 petang aku akan keluar ambil dia.
To be continued...
gambar yang first tula structures yang pass through greater sciatic foramen. second pic tu, yang ade highlight merah tu ialah greater sciatic foramen. notch and foramen tu sama je maksudnya.
this story actually take place in medical school. so if u guys don't know, just ask me. i'll do my best to explain k.
first chapter ni pendek but later it will become longer and longer.
Kindly give your comments and thoughts down below. don't forget to click the button vote! I really happy if you do that. Thank you so much!!!
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.