p/s: Justin Bieber - Sorry . Sambil dengar sambil baca.
"Abang suka gambar ni. Abang send kat handphone abang taw." Laith menggodam handphone aku dan dia sendiri send gambar kami ke handphone dia. What happen to me? Still speechless.
"Ambil kesempatan betul. Buanglah gambar tu. nanti orang tengok, apa pulak orang kata nanti." Pintaku tapi tak di dengari oleh Laith langsung. Dia khusyuk menghantar gambar tu dan dia tenung setiap inci gambar tu. Aku kemudiannya hilang mood, lalu menanggalkan cotton cashmere tu.
"Adik tunggu abang kat luar Uniqlo ni." Ujar aku. Lalu, aku meletakkan kembali pakaian itu ke tempat asalnya dan menunggunya diluar.
Selepas 10 minit berlalu, baru Laith mendapatkan aku. Take time betul mamat. Aku ternampak beg plastic Uniqlo, no wonder lambat. Beli jugak dia t-shirt yang dia pakai tu.
Kemudian, kami menuju ke park di luar. Berjalan-jalan sambil menghirup angina segar. Sejuk pun ada sebenarnya tapi cuma kat bahagian kaki aku sebab aku pakai seluar pendek. Baju okayla sebab dah pakai lengan panjang. Malam minggu ni memang ramai orang dan juga foreigners. How I wish to talk to them.
"Abang, kita ni nak jalan berapa jauh?" soal aku.
"Satu round kat sini okaylah. Pastu kita balik." Jawab Laith.
"Jauhnya..." hampa aku dengar.
"Adik, kat sini ramai couples la." Ujar Laith.
"Of coursela. This is perfect spot for couples walking side to side holding hands so..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Laith terus grab my right hand.
Pegang tanganku.
Pegang tanganku.
Pegang tanganku.
IN PUBLIC.
Aku tak boleh berfikiran waras apabila dia memegang tanganku sambil berjalan. Aku cuba untuk memboloskan dari tangannya tapi semakin aku cuba untuk memboloskan tanganku, semakin kuat genggamannya menggenggam tanganku.
Aku jadi semakin tersipu malu. Inilah pertama kali tanganku dipegang oleh seorang jejaka di khalayak ramai. Untuk 10 saat pertama, aku dapat merasakan ada mata-mata yang memandang kami dan aku tertunduk ke bawah kerana malu. Tapi aku lihat Laith, dia anggap seperti tiada apa yang berlaku. Even, he looked proud of what he did.
I know holding hands in public in certain country is not something that weird due to cultural background. In our diverse culture in Malaysia here, this holding hands is an action that will be criticized the people.
Kesudahannya, aku biarkan sahaja tanganku di pegang oleh Laith. Kami pun berjalan sambil menghirup udara yang segar di sekitar taman ini. Tapi aku harus mengaku bahawa taklah seteruk mana jalan pegang tangan Laith ni.
Jantungku berdegup kencang seperti ingin pecah ribs aku ni. Kenapa tiba-tiba macam palpitation ni? Am I nervous or what?
Tangannya sangat suam dan menyamankan lagi suasana kami. Aku pun cuba untuk menyandar kepalaku pada bahu kirinya. aku rasa suasana macam ni buatkan aku berasa selesa bila berbuat sedemikian. Aku mengintai raut wajah Laith, dia pun menikmati suasana seperti ni. Dia ni memang berani sungguh.
"Abang nak cakap sesuatu yang sangat penting ni." Ujar Laith secara tiba-tiba. Aku pun memandangnya dengan curious. Tiba-tiba je nak cakap sesuatu. Penting pulak tu. nervous pulak nak dengar.
"Jom kita balik." Beritahu Laith dengan selamba. Buat spoil mood aku je mamat ni. Tengah feeling romantic tadi. Aku melepaskan tangannya dan aku teruskan berjalan terlebih dahulu meninggalkannya. Tiba-tiba Laith segera memelukku daripada belakang. Meletakkan dagunya di bahu kananku. Badanku segera kaku dan aku terlalu segan untuk memandang wajahnya yang lebih kurang beberapa cm je dari wajahku. Jadi aku menghadap ke depan.
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.