Apa yang berlaku tempoh hari, masih segar dalam ingatanku. Aku masih tidak dapat lupakan apa yang berlaku. Lagi-lagi aku terkenangkan ayat-ayat yang ada dalam surat tersebut.
'Abang minta maaf sangat-sangat pada Ian. Lepas ni, jangan cari abang lagi. Jangan muncul depan mata abang lagi! Abang tak nak tengok langsung bayang Ian! Pergi Ian dari hidup abang!'
Jijik sangatkah aku ini sehinggakan bayang aku pun tidak mahu dia lihat. Kotor sangatkah aku ini di matanya. Aku tak boleh terima. Aku masih tidak boleh menerima kenyataan. Aku travel jauh-jauh tanpa membuahkan hasil. Malah, hasil yang busuk aku dapat.
Aku ni orangnya jenis yang persistent. Selagi aku tak dapat jumpa dengan Laith, selagi itu aku tidak puas. Aku mahu Laith sendiri cakap depan mata aku. Apakan daya, waktu ini aku sibuk dengan hal study aku. presentation, labs, quizzes n you name it. Sehinggakan aku terlupa Laith buat seketika. Tak lupakan dia sepenuhnya ya.
Oleh kerana aku terlalu penat dalam satu minggu, aku decide untuk pulang ke rumah aku di Perak. Memang aku rasa drained out sebab all of those unforgettable moments.
DI rumah, aku rasa lega dan bahagia. Seronok dapat duduk di rumah sendiri. Boleh bangun tidur sesuka hati. But more importantly, dapat rasa masakan mak sendiri. But rutin aku kat rumah ni, pagi-pagi aku mesti sapu halaman rumah. Entahlah... while sweeping all the rubbish, I inhaled the freshly morning breeze. Memang superb.
Aku memang suka buat benda ni.
Harini agak dahsyat sedikit sebab banyak pulak daun-daun yang gugur. Haish... penat pulak aku menyapu daun-daun kering ni. Not so bad. Keluar sikit peluh. Tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Rasa macam ada orang tengah menghendap aku. bila aku toleh, macam biasalah. Mana ada siapa-siapa.
"Mak keluar dulu ye. Mungkin mak balik lewat sikit." Mak beritahu aku. aku hanya mengangguk. Pintu pagar automatic telah dibuka dan mak pun pergi dengan memandu keretanya.
Aku lihat mak berhentikan kereta seketika seolah-olah tengah cakap dengan seseorang. Weird...
Laith POV
Aku lah orang yang sedang menghendap Ian dari jauh. Dari jauh sahaja aku mampu lihat dia. Kelihatan ekspresi di wajahnya murung, sedih dan tak bermaya. Aku juga perasan yang susuk tubuhnya makin kecil dan pipinya makin cengkung. Takde selera gamaknya.
Semuanya salah aku. aku yang berhajat untuk memutuskan hubungan dengan dia. Jahat sangatkah aku?
Tapi apakan daya aku harus lupakannya. Seperti yang telah diberitahu oleh psychiatrist, aku menghidap penyakit schizophreniform disorder. Aku mendengar bisikan suara dan juga aku dapat merasakan yang orang akan melakukan perkara jahat pada aku.
Tetapi, setelah menerima rawatan di HBUK, symptoms tu dah berkurang. Aku bersyukur dan aku juga dibawa keluar untuk pulang ke rumah aku. aku juga rindu akan ibu dan ayah ku. Mereka pun agak terkejut mendengar apa yang berlaku padaku.
Harini, senyap-senyap aku pergi intai Ian dari luar pagar. Aku ingin berjumpa dengannya. Aku ingin memeluknya dan menciumnya kerana aku sudah lama tidak berbuat demikian. Tapi aku takut ingin masuk ke dalam rumah.
Ian nampak tenang menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Tak sangka putera lilin aku ni, reti jugak menyapu. Tiba-tiba pintu pagar rumah dia ni terbuka.
"Eh, Laith! Apa khabar?" tegur mak Ian.
"Khabar baik. Mak cik apa khabar?" ramah aku.
"Mak cik sihat jer. Masuklah. Ian ada kat dalam. Mak cik ada hal. Buatlah macam rumah sendiri ye. Mak cik pergi dulu." Mak Ian pun pergi dari situ.
YOU ARE READING
Abang Aku
RandomBidang perubatan tidak menghalang Ian dan Laith untuk menjadi rapat. Hubungan mereka semakin rapat dan kekalkah ia? Its gonna be romantic yet psychotic.