Chapter 24

4K 132 33
                                    


"Dr, why he become like that? Why did you restrain him with all the ropes there?" aku argue dengan tidak puas hati aku.

"Sabar ye encik. Nanti boss saya nak jumpa encik." Balas Dr tu. lalu dia pergi dari situ.

Sedangkan aku hanya tengok Laith terdampar atas katil dengan tidak sedarkan diri. Dia tidak bergerak kerana dia telah diberi suntikan untuk menenangkan diri dia. Tapi kenapa dia harus di ikat. This is so unfair for him.

Aku duduk di tepi katilnya sambil melihat dia baring. Wajahnya kelihatan tenang sangat. Seolah-olah semua perkara ni tak pernah berlaku. Abang, I miss you already.

Tiba-tiba aku lihat tangannya bergerak. Aku dapat lihat yang kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Dia sudah mulai sedar. Syukur aku apabila dia sudah dapat melihat sekeliling.

"Abang, abang okay? Sayang ada kat sini." Tanya aku sambil pegang tangannya.

Lalu dia menepis tanganku. Dia tolak tanganku. Tergamam seketika aku dengan kelakuannya itu. Wajahnya juga terus berubah menjadi seseorang yang tidak aku kenal. Riak wajahnya tak seperti ketika bersamaku.

"Abang, sayang ni." Aku cuba merapati Laith.

Dush!

Pipiku ditumbuk oleh Laith sehinggakan aku terjatuh menyembah bumi. Abang, kenapa kau bertindak ganas seperti orang yang tak kenal diri sendiri? Melihat keadaan aku jatuh, telah datang seorang doctor pakar untuk membantu aku bangun.

"Sufian kan?" tegur pakar itu dan aku mengalihkan pandangan aku padanya. Memang cantik orangnya macam pelakon Hindustan pulak.

"Saya Dr Sanjana Kaur, pakar psikiatri di hospital ini. Mari kita duduk di kerusi kat bucu tu." Ajak Dr Sanjana. Aku pun ikutkan saja kehendaknya kerana aku sudah tidak mampu berfikir apa-apa.

Masih terkejut dengan tindakan Laith.

"Apa hubungan kamu dengan Laith itu?" tanya Dr dengan serius.

Aku mula-mula enggan untuk berkata-kata. Setelah aku mendengar bahawa Dr Sanjana ni doctor yang incharge pada Laith dan beliau juga merupakan pensyarah aku, aku akan ceritakan padanya.

"Laith is a person whom I really care about." Jawab aku setelah aku kumpulkan keberanian aku.

"I see. Since when he behaves like that?" tanya Dr lagi.

"Saya tak tahulah Dr. semalam, saya ambil Laith dari Temerloh and he seemed fine. Pastu..." kata-kataku terputus.

Aku sepertinya sudah ingat detik-detik Laith bertindak ganas terhadap diriku. Wajahku pamerkan poker face because aku tak nak Dr tu baca fikiran aku.

Dr Sanjana pun tak berkata apa-apa. Seolah-olah dia menghormati aku untuk menghabiskan percakapan aku. Tapi malangnya, aku enggan berkata apa-apa setelah itu.

"Is he gonna be okay?" aku memecahkan sunyi antara kami berdua.

Dr Sanjana masih berdiam diri. Mungkin dia tak sampai hati untuk berkata sesuatu. Dia berdiam diri sahaja sambil diperhatikan oleh aku.

"I'm not sure because it depends on the victim."

"Victim?" aku ke victimnya?

"Yup. Kan ada laporan polis yang mengatakan bahawa dia pecahkan harta benda jiran dia. Jadi, mereka akan dakwa Laith di mahkamah." Kata Dr Sanjana dengan berat.

"Dr tak boleh buat sesuatu ker?" rayu aku.

"Saya tengah cuba sedaya upaya saya la ni. Saya nak buktikan yang dia tidak bersalah." Sungguh-sungguh Dr Sanjana berkata-kata.

Abang AkuWhere stories live. Discover now