1

42.3K 762 13
                                    

Bunyian suara orang-orang ramai diruangan tamu dengan gelak ketawa itu membuatkan bulu roma ku naik. Jantung ku mula berdegup kencang. Batang bunga sejambak itu ku pegang dengan erat. Air peluh didahi melunturkan makeup ku yang tebal 2inci. Mengarut.

Tak sangka hari ni hari perkhawinan ku. Tak sangka juga aku akan berkahwin dengan bekas sahabat ku yang dulu.

Fariz Aiman. Ya, nama tu membuatkan aku teringin sangat nak melihat wajahnya yang putih bersih tu. Rindu dengan senyuman dan gelak tawanya. Tapi itu hanya dulu. Selepas aku menyatakan hati ku kepadanya,semuanya berubah dengan sekelip mata.

Langkah aku buka perlahan-lahan menuruni ditangga. Hati ni rasanya mahu meletup bila menahan debaran yang kuat bak gendang.

Langkah demi langkah dan akhirnya aku selamat turun ke ruang tamu dimana semua mata-mata orang yang hadir memandang ku dengan senyuman manis mereka. Ibu dan abah, merekalah orang pertama yang aku tenung.

Semua sedang duduk bersila diruang tamu dan aku juga nampak bakal suami ku yang sedang meundukkan wajahnya itu.

Aku mendekatkan diri ku bersebalahan ibu. Lalu duduk.

Abah mula berjabat tangan dengan bakal suamiku dihadapannya. Dengan kalimah bismilah Abah memulakan pembicaraannya.

"Aku nikahkan dikau dengan putri ku Shella Aisyah Binti Mohd Hafis dengan mas khawinnya tiga ratus ringgit tunai ?"

Dan Fariz mula melafazkan ayat akad tetsebut

Akhirnya, selamat juga dia mengatakan ayat-ayat tu. Hati ku lega. Setitis air mata ku yang berharga jatuh kemuka bumi. Tak sangka aku menjadi isteri kepada bekas sahabat ku dulu.

Doa dibaca oleh ayah untuk keredhaan dah keberkataan perkahwinan ku. Abis sahaja doa dibaca ku aminkan doa itu. Wajah aku tundukan. Kedua tangan ku asyik bermain dengan kuku ku yang pendek dan bersih itu. Sehinggakan tak sedar ada si suami dihadapan.

"Tangan oi" wah cantiknya nama ku tu. 'Oi' dia panggil aku. Takde nama ke aku ni. Dah lupa ingatan ? Baru saja abah mengatakan nama ku yang cantik menawan tu. Seeh perasaan aku ni.

Aku memandang wajahnya tarus kemata cokletnya tu seperti anak orang putih. Cemburunya aku dengam matanya yang cantik tu. Biasalah, semula jadi.

Abah memberikan cincin yang berwarna silver, terdapat loket ditengah-tengah cincin tersebut dengan bentuk berlian.

Fariz memyarungkan cincin silver itu kejari manis ku. Selamat sahaja cincin itu berada dijari ku. Tangannya ku kucup. Sedap sungguh minyak wangi yang dia guna.

Selepas tu giliran aku pula yang menyarungkan cincin kejarinya. Lalu dahi ku dikucup lama. Wah, agaknya sedap sungguh dahiku itu sehinggakan tak terlepas.

Akhirnya lepas juga bibir dia dari dahiku yang luas seperti padang pasir ni. Kalau tak habis lagi, memang kebas dahi ku yang cantik ni.

Sekarang misi ambil gambar pula. Ini yang aku suka ni. Dekat-dekat dengan dia.

Aku dan Fariz berdiri dipelamin. Macam-macam post kitaorang buat.

"Kita berlakon je ni. Jangan nak perasan sangat siap dengan senyum bagai" Dia membisik ketelingga ku. Aku bengang. Kening ku berkerut.

"Apa maksud awak ?" Tanyaku dengan suara yang sama. Tak terlalu kecil dan tak terlalu besar.

"Ah sudahlah." katanya yang terakhir. Kitaorang pun mengambil gambar lagi.

Mahu kebas pipi aku ni senyum sana senyum sini.

-

Majlis pun berakhir dengan baik.

Aku merebahkan diri ku kekatil yang hempuk ni. Katil baru ni yo!

Aku bergelut-gelut sampai tak sedar si suami tengah melihat kerenah ku. Mata ku membulat bila sedar yang dia berada dihadapan katil.

Aku bangun. Lalu membetulkan rambutku yang berselerakan. Tudung ku, ku baling kelantai. Baju kawin masih lagi melekat ditubuhku.

"Ah asal kau berhenti ? Sambunglah bergelut-gelut" katanya dengan suara mengejek.

Aku tegelak kecil lalu bangkit. Nak tukar bajulah ni.

Aku pergi mendekati almari pakaian. Lalu mengambil sepasang baju tidur kesayangan aku ni. Adidas. Memandangkan hari ni sejuk sangat. Aku pakai seluar panjang bersertakan baju lengan panjang.

Aku kembali semula merebahkan badan kecil ku kekatil baru tu.

Fariz keluar dari bilik air sambil mengosok rambutnya yang basah tu. Nampak hot sangat. Dia pakai baju sampang dengan seluar pendek atas paha yo! Mahu terkeluar je biji mata aku ni.

Dia berdehem. Aku tersedar dari lamunan ke afrika silatan.

Dia melihat aku dengan wajah 'asal-tengok-aku-macam-tu'. Aku dapat rasakan pipi ku merona merah. Aku masuk kedalam selimut. Tak lupa pula aku membagi dia ruang sebelah kanan untuk tidur.

Beberapa minit kemudian. Katil mula bergelora seperti ombak. Seeh ayat.

Fariz merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan aku. Hati ni teringin sangat nak peluk tubuhnya yang peerrggh tu. Duuh, suami aku kan ? Buat apa nak malu.

Baru sahaja tangan ku cuba untuk memeluknya. Dia mengubah kedudukannya membelakangi aku.

Aku mengeluh. Lalu mata ku terlelap. Mengantuk aku. Lain kali jelah.

---

Edited.

Vote dan comment

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now