45

8.7K 115 0
                                    

Aku terjaga kerana terasa disebelahku tiada kelibat Fariz. Aku memandang jam yang berada diatas meja disebalah katilku. Pukul sepuluh pagi.

Kepalaku aku angkat memandang ruang bilik, pintu yang tertutup rapat aku pandang dan terdapat sekeping kertas note melekat disana. Aku bangkit dan menuju kepintu. Kertas yang melekattu aku cabut. Aku senyum apabila melihat disana ada nama Fariz dan aku baca kata-katanya disana

Well sayang, good late morning. Maaf sebab tinggalkan sayang tak bagi tahu. Tak perlu risau tentang budak-budak. Abang dah hantar kat rumah ibu dan abah tolong jagakan. Qaseh akan datang rumah jam dua belas bantu sayang dengan pakaian.

Love, Your husband.

Aku sedikit tak faham dengan maksud Fariz. 'Bantu sayang dengan pakaian' ? Perasaan aku, aku okey je kalau pakai baju.

Aku menghelakan nafas. Baru sahaja aku nak masuk bilik air, kedengaran bunyi bell diruang tamu dan aku pasti itu Qaseh. Dengan pantasnya aku berlari anak turun ketingkat bawah dan pintu utama aku kuak. Kelihatan Qaseh berdiri dengan wajah teruja sekali. Dilengannya terdapat empat beg kertas.

"Shella!" sapanya separuh menjerit dengan nada suara yang teruja.. Dia mendepakkan tangannya dan terus sahaja aku dibawa kedekapannya.

Pelukkannya terlalu erat membuatkan aku sukar bernafas. "Hm.. Qas ?" bahunya aku hempas perlahan.

Dia melepaskan pelukkan. "Sorry sorry" maafnya dan aku mengangguk.

"What's in your hand sis ?" tanyaku sambil menunjuk beg kertas dilengannya.

"Boleh tak ajak aku masuk dulu ?" katanya dengan separuh geram dan aku gelak. Aku membawanya masuk keruang tamu dan duduk disofa panjang.

"Kau dah breakfast ?" tanyanya dan aku mengeleng pantas. Matanya membulat.

"BELUM ?!" jeritnya membuatkan aku melompat sedikit.

"Kau ni, takyahlah jerit" marahku.

"Okay okay, malas nak berperang mulut ngan kau. Aku ada bawakan kau makanan dan kau kena makan dengan pantas" Ujarnya, beg kertas yang terletak dimeja. Dia capai dan diserahkan kepadaku. "Makan tu. Aku belikan makanan kegemarankau" aku membuka sedikit beg kertas dan terdapat tiga jenis Sushi didalamnya. Aku memandang dia kembali.

"Sebenarnya apa yang terjadi eh ?" tanyaku dengan kening yang berkerut.

Dia mengeleng dengan pantas. "Later kau tahu okay ? Sekarang aku nak kau breakfast sebab jam dah menunjukkan pukul sebelas lebih"

Aku mengangguk sahaja sebagai respon. Malas nak panjang-panjangkan hal. Aku pergi menuju keruang makan. Gerfu aku capaikan dari tempat khasnya dan mangkok plastic aku keluarkan dari beg kertas tu. Aku makan Sushi tu dengan perlahan sambil bermain ngan Iphoneku.

"La'Ilahaila'Allah!" terjah Qaseh dari muka pintu membuatkan aku kesedakan. Nasib baik aku sediakan air kalau tak, habis kau Qaseh!

Air segalas aku minum sehabis-habisnya. Aku letakkan kembali diatas meja. Aku memandang Qaseh yang menyandarkan tubuhnya ditepi pintu.

"Asal kau ni ?!" marahku. "Kau nak aku mati kesedakan eh ?" kataku dengan mata yang sepet.

"Melebih kau." itu sahaja balasanya. Dia duduk dihadapanku. "Wahai sahabatku yang aku sayangi dan cintai, sedapnya kau makan hingga tak ingatkan dunia. Cuba kau lihat jam dah pukul berapa ?" tanyanya dan aku melihat skrin phoneku.

Aku dengan biasanya berkata "Dua belas empat puluh tujuh"

Dia memghempaskan tangankan kedahinya dan mengeleng. "Memang nak mampus kau ni" katanya.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now