17

9.7K 217 5
                                    

Selamat sahaja aku sampai kat rumah. Terus sahaja aku naik kat atas. Rumah sunyi. Mungkin ibu dan abah dalam bilik mereka.

Aku tukarkan pakaianku kepakaian tidur. Aku duduk kat hujung katil. Aku duduk bersila. Menunggu kepulangkan Fariz. Aku ada banyak nak katakan kat dia.

Jam menujukkan pukul sepuluh empat puluh minit malam. Kelibat Fariz masuk kedalam bilik aku tenung. Wajahnya sukar aku tafsirkan. Letih tu memanglah ada. Tapi ya selebihnya malas aku katakan.

Aku berjalan kebilik dimana letaknya baju-bajuan dan alat-alat lain seperti beg dan kasut. Baju tidur Fariz aku capai. Aku keluar dari bilik tersebut. Fariz kat dalam bilik air. Aku letakkan pakaiannya diatas katil.

Isteri, marah macam manapun korang. Tanggungjawab kena dibuat. Sakit dan derita macam mana pun korang. Korang tetap digelar isteri.

Fariz keluar dari bilik air. Perbuatan yang sama aku lihat kali pertama dia tinggal dengan aku. Dia gelutkan tuala atas pinggang dan yang satu dia gunakan mengosok rambut. Sekrang bukan masanya aku nak mengatal sebab aku kena serius. Ada benda aku nak katakan.

Aku sengaja berjalan kekoridor. Aku biarkan dia pakai baju dulu. Selepas tu kelibatnya ada ditepiku. Kami diam sebentar. Angin yang menyapa pipiku sunggung sedap.

"Kau jujur kat aku" aku memulakan pembicaraan. "Kau cinta kat Inara ?" tanyaku. Pandanganku masih lagi memandang diluar.

Dia pandang aku sekilas. Dia tak respon malahan mengeluh.

"Aku tanya. Bukan aku marah. Aku nak tahu je" kataku. Kali ni aku pandang dia dengan pandangan manis sikit walaupun disebaliknya amat perit sekali. Aku cintakan suami aku. FarizAiman.

Dia memandang aku biasa. Aku lemparkan senyuman.

"Awak cinta kat Inara ?" aku ubah 'kau' menjadi 'awak'. Aku bukan pura-pura baik sampai dia bagitahu hal sebenar. Tak, tak okay. Aku nak beri sedikit senyuman kat dia. Dapat juga pahala. Mungkin suatu hari nanti aku takan senyum macam ni.

"Awak jujur jelah. Saya tak marah" kataku sambil memegang bahunya. Ku usap perlahan. "Kan rumah ni sunyi. Tak ada budak-budak. Awak tahukan saya tak dapat mengandung" aku dapat rasakan suara ku semakin sarut. Airmataku keluar dari tubiran. Aku tepis laju mengunakan ibu jari ku.

Jujur aku katakan semua tu. Aku tak dapat mengandung. Rumah ni sunyi tak ada budak-budak. Aku tahu, siapa tak mahu anak. Anak tu memberikan cahaya sinarah kat rumah ni.

Korang jangan nak marah aku. Aku dah berfikir panjang. Aku dah berfikir masak-masak. Ya, aku cintakan Fariz. Aku tak nak dia terluka apatah lagi ngan perempuan yang lain. Aku bersyukur sangat-sangat yang dia suami aku sekarang mungkin bukan untuk selamanya. Perasaan sedih, marah, cemburu, sakit dan terluka memang ada pada ku sekarang. Sebab aku sayang dan cinta semua tu lenyap. FarizAiman, suami aku yang berada dihadapan amat aku cinta.

"Awak boleh khawin ngan Inara" kataku. Matanya membulat.

"kenapa ?" tanyanya dengan suara yang biasa. "Kenapa awak cakap macam tu ?" tanyanya.

"Sebab saya sayang awak." suara kesakitan aku dapat dengarkan.

"Awaklah suami saya. Saya dapat rasakan yang awak mahu keluarga yang bahagia macam orang lain. Mungkin kehadiran Inara kaisara tanpa diduga memang betul dan tepat pada masannya." kataku. Tanpa teragak-agak badannya aku pusingkan memandang aku. Kepalaku aku letakkan didada bidangnya. Aku peluk dia dengan kasih sayang.

"Saya sayang awak Fariz. Saya izinkan awak khawin lagi jika awak nak" kataku yang terakhir dalam dekapan. Aku lepaskan pelukkan. Aku lemparkan senyuman paksa sebelum berlalu menuju kekatil hempuk.

Fariz masih lagi berdiri terjegat kat sana memandang belakang Shella. Shella membaringkan dirinya menghadap kekanan dimana tempat Fariz tidur. Selimut ditarik hingga kebahu. Disana dia menutup mulutnya dan. Menangis sepuas-puasnya sebelum dunianya menjadi gelap.

-

Seminggu lebih berlalu selepas kejadian tersebut. Fariz semakin hari semakin berubah. Dia mengelak dari Shella. Balik lewat kadang tak balik langsung. Asyik main dengan phonenya waktu malam sebelum tidur. Shella pula macam patung hidup.

Tentang mengizinkan Fariz khawin baru tu. Fariz masih belum fikir tentang tu malahan bercadang. Dia dan Inara seperti biasa. Bekerja sama-sama. Berkepit sana sini. Depan Shella pun dia berkapit. Mungkin Fariz kena jampi kot.

Jam dua petang. Aku dan ibu kat dapur. Ibu membekalkan makanan untuk aku serahkan kepada Fariz kat ofis dia. Sebab Fariz waktu subuh dah gerak. Patang ni dia tak balik.

Siap ibu bekalkan aku pun berjalan keluar rumah selepas salam ibu. Aku masuk kedalam perut kereta lalu memulakan jalan keluar dari perkerangan rumah. Pakaian aku takyah risau sebab aku pakai dress panjang berwarna biru tua dan shawl berwarna hitam.

Selamat aku sampai kebangunan syarikat milik Fariz. Aku letakkan kereta aku depan pintu masuk. Malas aku letak kat perletakkan kereta. Lagi pun syarikat ni milik suami aku. Mereka pun dah kenal aku.

Aku berjalan masuk kedalam bangunan tersebut. Ramai mata-mata memandang aku. Mungkin sebab kali pertama aku datang sini kot. Ada juga yang sapa aku.

Aku naik lif dan selamat sampai kat tingkat dimana letak ofis Fariz. Aku pergi kesalah seorang perkerja Fariz iaiti setiausahanya.

"Selamat petang Puan Shella. Nak jumpa Tuan Fariz ?" tanya perempuan tersebut. Dari tag namannya aku dapat lihat namanya Ayu sais dengan orangnya yang mempunyai wajah keayuan, cantik dan baik.

"Ye Ayu. Saya nak jumpa Tuan Fariz" dia senyum sebab aku sebut namanya.

"Kejap ye. Saya call tua-"

"Takpe. Saya masuk tarus je. Dia takde masyuaratkan ?" tanyaku.

Dia geleng. Sebelum aku beredar dari situ. Aku lemparkan satu senyuman.

Aku berjalan menuju keofis Fariz. Tanpa teragak-agak. Terus sahaja aku masuk.

Alangkah terkejutnya aku melihat Fariz dan Inara membuat perkara yang tidak senonoh dihadapanku. Fariz sedang duduk di kerusi miliknya manakala Inara duduk diatas ribanya. Dua belah tangannya memegang belakang leher Fariz. Fariz pula memegang pingang Inara. Bekalan yang aku pegang tadi jatuh membuatkan mereka tersedar dan tergesa-gesa mengusai kedudukan mereka. Tepat mata Fariz melihat kelibat ku. Matanya membulat.

Aku menekup mulutku. Airmataku jatuh deras. Tanpa berlengah-lengah lagi. Aku berlari keluar dari tempat tersebut. Tak sangup dan jijik aku melihat.

"SHELLA!" jerita Fariz. Aku membiarkannya. Laju sahaja aku keluar dari bangunan tersebut. Kunci kereta aku buka dan masuk kedalam perut kereta. Laju sahaja aku pandu keluar dari bangunan tersebut. Bermacam-macam perasaan yang ada pada diriku. Aku menangis sepuas-puasnya.

Aku sekarang tak tahu mana nak tuju. Hinggalah aku berhenti disuatu tempat yang aku tak pernah kunjungi. Sama seperti teman. Tapi berbeza, bukan macam hari tu.

Aku keluar dari perut kereta. Disana hanya ada aku. Aku maju terus berjalan tanpa memandang kebelakang. Airmataku masih lagi deras keluar. Esakkanku aku cubatahan dengan menutup mulutku mengunakan sebelah kana yang satu lagi memgang perutku.

Hinggalah aku rebah ditengah-tengah jalan yang sunyi. Hujan pun turun dengan lebatnya. Aku membiarkan diri ku basah kuyup. Aku memangis sekuat-kuatnya.

Aku jerit dalam tangisku.

---

Vote dan comment.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now