11

12.2K 187 0
                                    

Aku memandang diluar jendela. Aku masih lagi dapat rasakan airmataku terjatuh satu persatu. Selimut aku gengam dengan kuat untuk menahan esakkan tangisanku.

"Shella.. Makan sikit bubur ni" kata Fariz. Tapi aku tidak sama sekali membalas kata-katanya apatah lagi akur. Aku tak lapar sekarang ni. Apa yang ada diotakku adalah bayiku.

Airmataku mengalir lagi. Esakkan ku semakin kedengaran.

"Shella.." kata Fariz. Aku dapat rasakan tanganku digengam olehnya.

Aku menoleh memandangnya dengan airmata yang membasahi pipiku.

"Fariz.. Bayi kita" kataku dengan esakkan.

Fariz memelukku membuatkan aku menangis dibahunya.

"Allah lebih menyayanginya" kata Fariz. Kata-katanya menyentuh hatiku.

Dengan mudah sekali aku terjaga apabila dia melimpang sekali denganku dikatil. Aku dipeluk dengan erat. Pelukkannya hangat sekali.

-

Aku tersedar tapi mataku belum aku buka. Sebab aku terdengar perbualan Fariz dengan doctor kim.

"Doc. Bila shella boleh check out ?" tanya Fariz.

"Selepas dua hari. Dia perlukan rehat secukupnya. Dia kelihatan letih dan stress" kata doctor kim.

Fariz tidak membalasnya. Tapi aku tahu dia mengangguk.

"Encik Fariz" panggil doctor kim.

"Ye doc ?"

"Saya nak beritahu kepada encik berita menyedihkan" kata doctor kim. Aku memasang telingan dengan tajam. "Besar kemungkinan Puan Shella tak dapat mengandung lagi." kata doctor kim membuatkan hatiku pecah berderai yang tidak dapat lagi dikutip atau ditemukan semula.

"Kenapa doc ? Macam mana boleh terjadi ?" tanya Fariz dengan suara yang risau.

"Sebab rahim dia. Harap-harap Encik faham maksud saya"

Pintu kedengaran dikuak menujukkan doctor kim beredar. Aku membuka kelopak mataku apabila Fariz menutup pintu. Pandanganku tajam memandag kehadapan.

"Shella. Dah bangun ?" tanyanya. Tapi aku buat endah tak endah.

"Saya tak dapat mengandung lagi" kataku dengan suara yang serious. Tapi dalam hatiku menangis. Menangis sepuas-puasnya. "Saya tak dapat bagi awak zuriat" aku memandangnya. Air mata sudah berada ditubir mataku. Fariz mendekatiku lalu duduk ditepi katil. Tangan ku dicapai lalu digengam.

"Awak letih Shella. Pergi tidur" katanya.

"Saya tak dapat berikan awak zuriat lagi Fariz. Saya tak dapar bina keluarga yang bahagia" kataku "saya tak dapat beru mama dan ayah awak cucu." airmataku jatuh satu persatu. "Saya tak dapat beri awak anak!"

"Shh.. Jangan cakap macam tu. Insya'Allah, Allah akan beri kita nanti" Kata fariz.

"Awak boleh ceraikan saya" kataku.

"Apa awak cakap ni ?!" marahnya. "Saya tak akan ceraikan awak Shella Aisyah Bte Mohd Hafiz. Saya tak kisah awak tak mengandung beribu-ribu tahun sekalipun. Saya cintakan awak. Ya, saya salah. Sebelum ni saya pernah katakan yang saya tak pernah lihat masa depan saya bersama awak dan anak kita. Tapi saya sedar. Awaklah masa depan saya" katanya. Airmataku terjatuh deras.

"Awak tak patut cakap tu sekarang. Sebab semuanya dah terlambat!" jeritku lagi.

"Tak. Belum terlambat lagi. Saya minta maaf kat awak apa yang telah saya buat kat awak sebelum ni. Pada tahun yang lepas" katanya "saya sedar, awaklah yang saya cinta bukan Inara Kaisara"

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now