20

11K 188 1
                                    

Lima bulan lebih kemudian..

"Hoii sengal!" jerkah NabilaQaseh dari belakangku. Tubuhku terhinjut akibat kejutannya.

"Ehh kau ni tak ada perkara lain ke kau buat selain kejutkan aku ni" marahku.

"Takdelah. Aku boring ni, jom pergi jalan-jalan makan angin" ajaknya.

"Eleeh, dah jom" kataku. Pakaianku sudah cukup cantik ni. Takyah tukar.

Didalam perjalanan menuju ketaman yang hendak NabilaQaseh bawa aku ni. Sunyi je dalam kereta. Tadi bukan main dia jerkah aku. Nak tercabut je lagi nyawa ni. Nauzubilah.

"Asal mulut kau terkumat-kamit tu ? Mengata aku eh" usiknya.

"Ye aku mengatakan kau" kataku jujur.

"Eleeh, cuba mengata tu besar-besar sikit dapat juga aku dengar" katanya dengan gelak.

"Sengal betul kawan aku ni" kataku dengan nada bisikan. Harap-harap dia tak dengar.

"Aku dengar tu Shell"

-

Kereta diletakkan diparking kereta. Aku dan NabilaQaseh berjalan beriringan menuju ketaman dimana ramai orang berjalan-jalan, kanak-kanak bermain carah dan sebagainya.

Suasana disini sangat cantik. Aku mengeluarkan Iphone 7plusku dari kocek. Kalau korang nak tahu, aku dah tukar nombor telephone aku. Cuma ibu dan abah je yang tahu termasuk NabilaQaseh. Aku mengambil gambar-gambar ditaman tersebut. Selesai sahaja aku lihat. Aku tak terkira berapa banyak gambat aku ambil sebab aku asyik dah dengan kecantikkan ciptaan-Nya. Seeh ayat.

Tak sedar-sedar aku tertekan gambar Fariz waktu tidur. Rinduku yang hilang kini kembali. Mahu sahaja airmataku keluar tapi aku tahan.

Aku rindu kat kau Fariz..

Aku merenung gambarnya begitulama.

"Hoi!" jerkahnya lagi. Geram betul aku dengan dia ni. Aku tengah buat drama pun dia kacau eh. Bakal aku sayang kau Qaseh, kalau tak sudah lama ku humban jasad kau kat kolam tu.

"ah ?" balasku endah tak endah. Iphoneku aku masukkan kembali kedalam kocek jaketku. Sejuk!

"Jom pergi kat sana" ajaknya. Jarinya menunjuk kearah tempat yang ingin dikunjunginya.

Dalam perjalanan aku ada banyak soalan nak tanya minah sebelah aku ni. NabilaQaseh.

"Kau tak pernah datang sini ke ?" tanyaku.

"Pernah tapi sekali je sebab aku banyak kerja" ujarnya.

Aku angguk saja sebagai balasan. Tiba-tiba tentang Jack terlintas difikiranku. Ya Allah, sekian lama aku nak beritahu dia tentang ni. Tapi tak ada terlintas dikepala otak ku ni. Mungkin tempat ni kot membuat aku teringat sebab masa tu aku jumpa Jack kat taman Malaysia.

"Ha'ah, baru aku ingat."

"apa dia ?" tanyanya. Dia memandang aku.

"Kau kenal Jack tak ?" tanyaku.

"Jack ? Siapa tu ?" keningnya berkerut.

Aku hempas dahi aku sekali. "Laah, takan kau tak ingat"

Dia masih dalam prosses memikir siapa Jack.

"laah yang dulu waktu kita zaman sekolah. Cinta monyet kau dulu. Jack yang perasaan hensome tu" terangku panjang lebar. Tak panjang pun.

"Ha'ah! Dah ingat" katanya.

"Alhamdulilah kawan ingatan kawan aku dah kembali" gurauku. Tapak tanganku aku tapus kewajahku.

Dia memberikan aku tentangan maut. Aku menjelir lidah.

"Potong lidah tu baru tau" katanya sambil menunjukkan jari gunting.

"Berani ke nak potong lidah aku ni ?" tanyaku. Senyuman sinis ku lemparkan.

Dia gelak sinis. "Tak, sebab aku sayang kau" terus sahaja aku dipeluk dari tepi. Sweet juga NabilaQaseh ni.

"Dah lepas. Orang tengok kita" kataku. Dia pun melepaskan.

Kami pun sampai ketempat yang NabilaQaseh bawa aku. Tempatnya cantik doh. Sukar aku nak bagi tahu cemana cantiknya. Yang penting aku kat bukitlah lapastu ada sungai. Air sungai dia jernih. Warna kebiru-biruan.

"Okay! Back to our topic pasal Jack" kata Qaseh. Kami duduk kat batu besar.

Dia memulakan pembicaraannya. "Jack tu. Dia sweet sangat dulu. Siap bagi aku coklat" katanya. Tangannya dibawa kepipi gebunya.

"Issh kau ni!" marahku. "Aku bukan nak cerita pasal tu"

Dia memandang aku dengan kening yang berkerut. "Nak cerita pasal apa ?"

"Okay" aku menarik nafasku dan hembus. "Masa hari tu, aku ada jumpa dia kat taman."

"Lapas tu ?"

"Lapas tu... Perrgh! Badan dia Qas, mengancam betul!" kataku siap buat ibu jari 'bagus'

"Kau jangan nak ambik dia eh" jarinya ditunjukkan kewajahku. Aku gelak sinis.

"Kalau aku ambik ?" aku dapat lihat wajahnya memerah.

"Kalau kau ambik dia. Aku ambik Fariz. Kena kau sekali" katanya. Sekarang giliran aku pula wajah aku memerah.

"Kau jangan nak ambik Fariz. Aku silat kau baru tahu" kataku siap menunjukkan gaya silatku.

Kami gelak sepuas-puasnya.

"aku nak sambung cerita aku pasal Jack ni" kataku. "boleh tak henti gelak ?"

Dia mengangkat dua belah tangannya menunjukkan dia 'mengalah'

"kan masatu aku tengah buat panggilan ngan kau. Tiba-tiba dia panggil nama aku dari belakang. Bila aku pusing terkejut beruk aku melihat dia. Dia hensom Qas. Bukan macam dulu." terangku.

"ka-"

"aku alum habis cakap Qas" kataku. Mulutku aku ketatkan. Marah aku ngan dia ni. Tak dapat diam sekejap.

"Okey okey. Silakan sambung tuan putri"

"Dia pun duduk kat sebelahaku. Dia tanya aku banyak soalan. Aku balas je. Diakhir kata dia tanya pasal kau" kataku. Aku memberikan senyuman sinis.

Dia apalagi. Kembang beruk, babun dan macam-macam lagi ada.

"Dia tanya pasal aku ?!" tanyanya. Tapak tangannya lagi sekali dibawa kepipinya.

Mataku aku kecilkan. "kau tak dengar ke apa aku kata tadi ?" sekarang giliran aku pula tanya dia.

"Dengarlah.."

"Ah! Sahlah dia tanya pasal aku!!!" katanya siap hempas-hempas ribanya. Sahlah dia ni gila sebab siJack tu.

"Dahdah, takyah kau berlebihan"

"Lapas tu dia kata apa ?" tanyanya tak mahu-mahu.

Aku pun menceritakan segala-galanya dari A hingga Z. Kalau korang nak tahu. Macam-macam reaksi dia buat masa aku cerita tentang Jack.

-

Aku dan NabilaQaseh pulang kepangsapuri miliknya memandangkan hari dah gelap. Kita orang dah beli makan malam kat gerai malam. Bermacam-macam makanan aku beli.

Selesai makan, aku dan NabilaQaseh masuk kedalam bilik masing-masing.

Aku merebahkan diriku dikatil tak seberapa hempuk tu. Aku rindu katil aku kat Malaysia!

Iphone 7plus aku capai dari meja kecil bersebelahan katilku. Aplikasi image aku tekan. Rindu aku kat Fariz. Baru lima bulan lebih aku kat sini.

Semua gambar yang ada dalam iphoneku aku masukkan kat dalam komputer ribaku terus masuk kedalam USB. Sebab aku masukkan kedalam sana ? Sebab aku tak mahu rindu aku semakin membuak-buak hingga membuatkan aku balik Malaysia.

Selesai segala-galanya aku letakkan Iphone, komputer riba dan USB kat meja sebelah katil. Badan ku, aku baringkan. Selimut aku tarik hingga keparas leher. Perlahan-lahan duniaku menjadi gelap.

Aku letih.

---

Okay, jangan lupa Vote dan Comment eh korang.

Terima Kasih.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now