18

9.8K 222 7
                                    

Fariz masuk kedelam rumah dengan tergesa-gesa. Ibu yang berada dimuka pintu bilik makan hairan.

"Kenapa dengan kamu Fariz ?" tanya ibu dengan kening yang berkerut.

Fariz mengendahkan pertanyaan ibu. Dia berjalan naik kebilik tidur miliknya dan Shella. Sebaik sahaja pintu dibuka. Matanya liar mencari kelibat Shella.

Tiada.

Iphone 7plus miliknya dicapai dari kocek. Nombor telephone Shella ditekan lalu dibawa iphone mendekati ketelingannya.

UNKNOWN: Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Fariz mendengus kasar.

Mana dia ni ?!

Fariz kembali turun keruang tamu. Kunci kereta dicapai kembali dari sofa. Ibu masih lagi berdiri dimuka pintu. Fariz yang mahu sahaja keluar dari rumah tak jadi kerana ibu memberhentikannya.

"Fariz, bawa bertenang. Cerita kat ibu. Kenapa dengan kamu ? Shella mana ?" tanya ibu. Fariz meraup wajahnya berkali-kali.

Ibu membawa Fariz keruang tamu lalu mereka duduk disofa.

"Ibu.. Fariz salah" Fariz memulakan pembicaraannya.

"Salah ? Apa maksud Fariz ?" Tanya ibu. Tidak paham akan kata-kata Fariz.

Fariz menceritakan dari A hingga Z. Ibu sedih mendengarnya. Sedih akan perbuatan Fariz terhadap Shella. Sungguh tak dia sangka Fariz berkelakuan macam tu kat Shella. Apa salah Shella hingga kan dia mengulahkan macam tu ? Apa salah Shella sampai dia sanggup bersama Inara daripada Shella dan apa kurannya dia ? Dia hanya perempuan biasa. Mempunya hati yang lembut dan penyabar.

"kenapa Fariz buat macam tu kat Shella ? Apa salah dia ? Dia tak cukup ke untuk Fariz ?" tanya ibu dengan suara yang serak. Ibu mana tak sedih melihat anaknya dalam keadaan derita. Naluri seorang ibu. "Adakah sebab Shella tak dapat mengandung ?"

"Bukan ibu. Bukan macam tu. Fariz buta ibu. Fariz tak pandai menilai. Hukumlah Fariz ibu sebab melakukan cam ni kat Shella" kata Fariz. Dia duduk melutut dihadapan ibu. Dua belah tangannya dibawa diatas lutut ibu. "Hukum Fariz ibu" kata Fariz. Dia sekarang menangis. Ya, Fariz menangis. Ini kali pertama dia menangis.

"Tak, ibu takkan hukum kamu Fariz." kata ibu mengosok umbun-umbunnya. "Pergilah, cari Fariz nak."

Fariz menangis. Dia berdiri. Tangan ibi dikucup halus.

"Maafkan saya ibu. Saya akan cari Shella secepat mungkin" kata Fariz sebelum keluar dari rumah.

-

Terasa sejuk badangku disebabkan hawa dingin didalam kereta. Sekarang aku masih berada ditempat yang sama. Aku tertidur lima minit yang lalu disebabkan letih.

Aku melihat disekelilingku. Kosong. Tiada orang dan tempat pun kelihatan sunyi dan seram. Aku pun bercadang untuk beredar dari situ. Bajuku sudah kering sedikit. Aku ada bawa baju kat belakang. Nanti aku tukar. Aku nak makan dulu.

Malam ni aku tak nak balik rumah. Aku tidur kat hotel je. Lepas ni aku akan pergi jauh. Jauh dari FarizAiman.

Selepas makan malam. Aku pergi kesuatu hotel yang jauh dari tempatku buat sementara sahaja. Memandangkan hari dah malam. Aku nak menginap dihotel tu je.

Aku keluar dari perut kereta. Iphone dan kunci kereta aku masukkan kedalam tas tangan ku selepas mengambil baju baru dibelakang kereta.

Aku masuk kedalam hotel tersebut menuju kekaunter.

"Selamat malam puan. Check in ?" sapanya dan menanya aku dengan nada yang lebut. Aku angguk bagi balasan.

"Ini kunci bilik puan. Nombor bilik 315" dia serahkan aku kunci dan satu kertas untuk payment. Aku menginap kat hotel ni satu malam je. Isok aku bercadang untuk pulang. Packing baju dan barang yang penting. Jumpa ibu dan abah. Aku nak pergi dari Fariz buat sementara kalau tak ada halangan. Aku akan pergi untuk selamanya.

Sebelum aku berlalu pergi aku beri pesanan kepada pekerja tersebut.

"Um.. Kalau ada orang tanya pasal saya. Siapa saja. Tolong jangan bagi tahu eh" kataku. Dia bengang sekejap sebelum angguk.

Aku menaiki lif hingga ketingkat lima dimana letakkannya bilik ku.

Aku masuk kedalam apabila selamat sahaja aku jumpa bilik yang tersorok ni. Tapi kalau dilihat dalamnya. Perrgh! Mantap. Cantik dan unique.

Aku membersihkan diriku lalu aku mengenakan baju tersebut. Aku merebahkan tubuh ku kekatil yang hempuk. Tapi hempuk lagi katil aku kat rumah. Rindunya.

Selimut aku tarik hingga paras leher. Phoneku yang berada ditepi katil kat atas meja aku capai. Aku tekan punat 'on' tak dapat.

Asal phone ni ? Habis battery ke ?

Aku memdengus. Sungguh aku benci kejadian hari ini. Mungkin takdir Allah. Ya, baru aku ingat tentangNya sekarang. Mungkin ini dugaanku.

Mataku aku tutup. Didalam hatiku aku berdoa dengan ikhlas.

Ya Allah, mungkin ini takdir yang engkau berikan kepadaku. Sungguh berat dugaan mu Ya Allah.

Tapi selagi engkau disisiku, selagi itu juga aku akan berdoa dan berserah kepadamu untuk memohon pertolongan dan perlindungan mu Ya Allah.

Kau kuatkanlah hamba mu ini. Tabahkanlah hamba.

Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosa suamiku yang berdosa kepadaku dan kepadaMu.

Kau berikan aku ketenangan dan lebih baik engkau lenyapkan pikiran ku Jika Itu tentang Dia, FarizAiman. Sesungguhnya hambaMu tak kuat. Hamba Mu lemah.

Ya Allah, hambamu ini sangat cinta kepda suami hamba yang engkau jodohkan bernama Fariz Aiman...

Airmataku terjatuh dengan derasnya. Esakkan perlahan-lahan dapat aku dengar. Aku tak sangup. Aku tak sangup dengan semua keadaan ni.

Tanpa membuka mata lagi. Terus sahaja duniaku menjadi gelap.

---

okay author tak ada comment kat sini sebab author tunggu comment korang dan vote sekali.

Bye

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now