2

27.1K 477 31
                                    

Sinaran matahari menggangu lenaku. Mata aku gosok bekali-kali sehingga hilang tahi mata. Kepala aku pusing kekanan dimana Fariz tidur. Tiada. Insan yang bergelar suami tidak ada disebelahku.

Tiba-tiba pintu bilik air kedengaran dikuak. Mata ku menoleh. Sekujur tubuh bersasa keluar dari muka pintu. Dengan kelakuan yang sama seperti dimalam. Membuatkan pipi ku membahang.

Aku masuk dalam selimut. Jantung ku debak debum debak debum.

Eh dia ni. Asal tak pakai baju. Nak kenakan aku ke ?

"Hoi.. Aku taulah kau dah bangun. Takyah nak sembunyi bagai" Terjahnya tiba-tiba.

Aku membuka selimut yang menutupiku. Aku melihat jejaka dihadapan ku.

Dah berbaju. Alhamdulilah. Kalau tak memang tergugat hati ku.

"Apa lagi yang kau masih baring kat situ ?" Tegurnya membuat ku sedar dari mengelamun. "Bangunlah cepat. Pergi bersihkan diri. Taulah bau busuk, sakit hidung ku ni menghidu" kata-katanya membuat ku mendengus kasar. Aku bangun lalu menuju ke bilik air sambil menhentak-hentak kaki ku.

Baru sahaja kaki ku memijak lantai bilik air dan bam! Tubuh ku berada diatas lantai. Aku jerit. Nak menangis pun ada.

Mata ku masih tertutup rapat. Perlahan-lahan kelopak mata aku buka. Fariz. Dia berada 5inci dihadapan wajah ku sambil menekup mulutnya. Gelaklah tu. Aku menangis kecil.

"Aah.. kan dah ketulahan. Hentak lagi kaki tu." katanya sambil tergelak.

Aku menangis.

"Dah dah. Sini aku tolong" Dia membantu aku bangun dengan memigang kedua tapak tanganku.

"per..perlahan s..sakit" kataku dengan esakkan.

"Ye ye.. Perlahanlah ni"

Dia membimbingku kekatil. Tubuhku, aku rebahkan dengan perlahan ke katil hempuk.

"Dah, takyah menangis. Kau limpang je sampai tulang bulang kau tu kembali semula seperti biasa" katanya cuba untuk tidak gelak

"Bukan patah pun tulang bulang aku ni. Sakit je!" jerit ku.

Astagfirulahalazim.. Asal ku jerit kat dia. Dapat dosa freelah aku ni. Sakit tau jatuh tadi. Benar kata dia tulang bulang ku ni nak petah berderai je lagi

"Mengelamun lagi"

Aku memandangnya yang memakai coat berwarna hitam. Dia nak pergi mana dengan pakaian tu ?

"Awak nak pergi mana ?" tanya ku.

"Nak pergi cari madu kau" kata-katanya membuat hati ku terguris sedikit. Tak banyak. Kalau banyak, Sudah semestinya kaki dia tak keluar dari rumah ni.

"Yelah tu" Itu sahaja keluar dari mulut ku. Malas nak berperang mulut dengan si suami. Nanti tulah kedua baru tau.

"Ah ah.. Asal ? Cemburu ke ?" Ejeknya.

"Cemburu ?" Tanya ku dengan pura-pura ketawa. "Takde maknanya aku nak cemburu. Lainlah kalau Shawn Mendes tu nak khawin. Memang aku cemburu tahap beruk" kata ku cuba untuk beriak biasa.

Siapa tak cemburu. Suami doh cakap nak bermadu tanpa izin isteri. Rasa nak cabut je rambut dia tu dengan akar-akarnya sekali. Nasib badan aku ni sakit.

"Shawn Mandeslah apalah. Dah, aku nak pergi kerja" katanya. Mahu sahaja dia keluar dari bilik tidur. Tapi ku hentikan.

"Awak.. Nak salam"

Dia memusingkan tubuhnya. "Ada-ada saja kau ni" Dia mendekatkan dirinya kepada ku lalu menghulurkan tangan kanannya. Ku kucup sekilas. Dia pun beredar dari situ. Harap-haraplah dia bagi tahu kat ibu dan abah kenapa aku tak turun makan pagi sekali ngan mereka.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now