42

8.6K 135 0
                                    

Terasa hidungku disentuh-sentuh. Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Wajah Fariz yang senyum berada dua inci dihadapan wajahku. Lehernya aku paut mengunakan dua lenganku. Hidungnya tersentuh dengan hidungnya. Dengan pantas bibirnya aku kucup lama.

Aku lepaskan kucupan. Matanya aku pandang lama. Cantik biji mata hazelnya tu. Terpukau aku olehnya, harap-harap wanita kat luar sana tak terpukau sebab dia aku punya.

Fariz menukar kedudukannya menjadi duduk. Aku menarik baju dibahunya, meminta untuk menolong aku bangkit dari baringku.

Badan belakangku dirangkulnya. Tangan kiriku digenggamnya. Dengan perlahan tubuhku dibangkitkan menjadi duduk.

Rambutku yang berselerak dihadapan wajahku dialihkannya dan disekatkan dibelakang telingaku. Dia mengamati wajahku. Aku pula terpukau ngan bibir merah jambunya.

Terasa perutku ditendang lagi membuatkan aku mengadu kesakitan. Bibir bawahku aku gigit.

"Sayang, asal ?" tangan kanan yang memegang perutku disentuhnya dan diusap menakala tangan kiriku memegang selimut bulu tu dengan erat sekali. Sakit tau kena tendang.

"Baby tendang" dan dia menghelakan nafas lega.

"Baby tendang.. Meh abang cium perut tu" kepalanya diturunkan kekeperutku. Dikucup pantas ditengahnya.

Aku senyum kepadanya. Rambutku diusapnya memberapa kali.

"Nak mandi" kataku dan dia menolong aku turun dari katil menuju kebilik air.

Lelaki, biasalah tu 'Overprotective'. Lelaki mana tak jaga isteri yang sarat mengandung ni ? Meh aku karat badan dia.

Selamat aku dibawa kemuka pintu jamban. Aku berhenti. Aku memusingkan tubuhku memamdangnya. Sekarang posisiku membelakang pintu jamban dan Fariz dihadapanku.

"Okay, sayang mandi dulu" aku berlari anak masuk kedalam bilik air. Takpe, korang tak perlu risau sebab lantai dia tak basah. Pintu aku tutup rapat dan kunci.

"Tak nak abang ikut sekali ke ?" katanya dengan sinis. Aku menekup mulutku menahan untuk tidak megeluarkan gelakan.

"I'm fine alone" kataku dan terus aku berjalan keair terjun. Pakaian aku buka dan baling kedalam besin.

Aku membersihkan diriku. Gigi aku gosok sebelum keluar dari bilik air. Kelihatan Fariz duduk dan menyandarkan badan belakangnya dikepala katil sambil membaca majalahnya.

"Your turn" dan aku berjalan masuk kedalam bilik pakaian. Kedengaran pintu bilik air ditutup. Mungkin Fariz dah masuk jamban.

Aku memilih baju yang cantik sebab hari ni nak pergi beli barang baby. Aku mengenakkan baju dress panjang hingga paras kaki berwarna krim dan lapisan pendek atas pinggang berwarna putih. Tuala yang menutupi rambutku aku buka lalu aku sampirkan ditempat khasnya. Rambutku aku keringkan sebelum menyangulnya.

Kelibat Fariz keluar dari bilik air dan dengan perkara yang sama dia lakukan. Dia masuk kedalam bilik pakaian dan keluar dengan berpakaian T-shirt krim sempadankan dengan aku bersama seluar jeans biru tua. Dia menuju kearahku, mungkin nak lihat cermin.Rambutnya yang kusut dan basahtu dikeringkan dan disirir. Sedikit minyak rambut diletakkan.

Kepalaku yang dibaluti shawl aku betulkan. Aku letakkan krim wajah, eyebrow dan ginci diwajahku. Selesaj sahaja, aku mengalas beg tangan sederhana berjenama Drior dibahuku.

"Dah siap!"

Aku dipimpin Fariz turun ketingkat bawah. Aku menyediakan makan pagi seperti roti dan teh panas.

Selesai makan pagi, aku dan Fariz keluar dari rumah dan masuk kedalam perut kereta. Tempat pertama yang kitaorang tujuh ialah baby's thing's.

Aku dan Fariz masuk kedalam kedai tersebut setelah meletakkan kereta. Trolli dibawa oleh Fariz manakala aku sibuk melihat barang-baran baby yang cantik belaka ni. Semua menarik perhatian aku tapi cuma satu je masalahnya. Aku tak tahu sama ada anak aku lelaki atau perempuan. Takpe, apa yang perlu beli ialah beannie,stoking,saput tangan, selimut,baju selepas melahirkan dan baju didalamnya. Tak kesahlah warna apa, aku pilih warna merah jambu manakala Fariz pilih warna biru muda. Aku dan Fariz pun membeli dua-dua.

Sebaik sahaja semua barang yang dibeli tu berada didalam trolli. Aku dan Fariz menuju kekaunter untuk membayar.

Fariz sibuk meletakkan barang-barangan diatas kaunter manakala aku sibuk memandang perempuan murahan dihadapanku ni. Mana aku tak geram, dia pandang suami aku dari atas hingga bawah macam nak ngap je suami aku tu sekejap lagi.

Fariz hendak memberikan card duitnya kepada perempuan tu tetapi aku hentikan dengan merampasnya dari tangannya. Fariz yang melihat kelakuannga hairan. Card duitnya aku serahkan perempuan tu sambil melemparkan tentangan maut.

Dia menundukkan wajahnya. Card duit dicapai dan diskankan dikhasnya. Fariz disebelahku cuba untuk menahan gelakkannya. Aku memberikan dia tentangan maut dan tangan yang menekup mulutnya dialihkan. Aku melemparkan dia senyuman paksa.

Pekerja perempuan dihadapanku menyerahkan card duit Fariz kepadaku. Wajahnya masih menunduk. Aku serahkan card duit tu kepada Fariz dan Fariz teragak-agak mencapainya.

"Jaga mata eh" kataku kepada pekerja perempuan tersebut sebelum beredar.

Aku dan Fariz berjalan keluar dari kedai tersebut. Aku masuk kedalam perut kereta sambil memeluk tubuh. Selesai Fariz meletakkan semua barang-barang tu kedalam bonet kereta, dia masuk kedalam kereta dan menghidupkan engin. Fariz memandang aku tapi aku tidak memandangnya. Mataku memandang kehadapan.

"Sayang.." bahuku digoncannya. Aku tidak berkata sepatah pun.

"Isteri abang merajuk eh" aku memandang dia.

"Macam mana saya tak merajuk. Abang tak sedar ke pekerja perempuan tadi tu lihat abang macam nak terkam je" Ujarku dengan nada suara merajuk.

Dia gelak.

"Asal gelak ?" tanyaku dengan kening yang berkerut.

"Abang tak kesahlah perempuan luar lihat abang macam tu. Janji bukan sayang yang lihat lelaki luar macam tu" katanya dan aku senyum seakan-akan faham dengan kata-katanya.

"Dah, takyah merajuk" katanya. Kereta dipandu keluar dari perkerangan kedai tersebut.

"Nak makan apa ?" tanya Fariz tiba-tiba dan aku berfikir seketika.

"Shabu-Shabu' Ujarku.

"As you wish, my queen" aku gelak dengan kata-katanya.

Radio yang off tu aku pasang. Lagu bertajuk Map by Maroon 5 aku pasang. Aku menyanyi dengan sepuas-puasnya. Membiarkan Fariz disebelahku melayan diri.

"Oh baby why did you run away, I was there for you when your dark is time, I was dark for you when your dark is time,"

Aku menyanyi sambil tanganku bernari ikut rentak lagu.

"BUT I WONDER WHY.." nyanyiku serentak dengan Fariz. Aku memandangnya yang mengenyitkan mata arah ku.

Kitaorang gelak dan sambung menyanyikan lagu tersebut dengan gembira.

---

Okay, tangan saya nak patah je lagi sebab saya berjaya buat empat chapter untuk hari ni!

Yeay!!!

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now