9

13.2K 238 6
                                    

"Hospital"

Mataku membulat. "Asal pergi hospital ?" tanyaku.

Dia memandang ku sekilas. "aku mak memastikan kau mengandung atau tak" katanya.

Aku menarik nafasku sedalam-dalam. "Awak tak percaya saya mengandung ?"

Dia mengeleng. Hancur hati ku apabila dia tak mempercayainya. Dia sepatutnya bahagia mengetahui hal ni. Aku mengandung anaknya. Anak ni datangnya dari benihnya. Aku menolehkan wajahku keluar jandela. Satu airmata jatuh kepipiku tetapi aku tepis mengunakan ibu jariku. Perutku yang kempis tu aku sentuh lalu ku usap perlahan.

-

Selamat sampai kehospital. Aku terlebih dahulu jalan masuk kedalam, meninggalkan Fariz dibelakang. Tak senang aku bersamanya.

Sejam duduk dekat bangku menunggu kami dipanggil. Aku apa lagi tak senang duduk macam cacing kepanasan disebabkan Fariz duduk bersebelahanku ni ah asyik bermain dengan Iphonenya tu. Nak aku telang je Iphone kesayangannya tu baru tahu.

"Shella Aisyah Bte Mohd Hafiz" panggil seorang doctor yang berdiri dimuka pintu sambil memegang fail kepunyaanku.

Aku bangkit. Fariz masih lagi kusyuk dengan Iphonenya.

Aku rampas phonenya lalu masuk kedalam bilik dimana aku akan dirawat.

Aku duduk. Fariz membuntutiku dibelakang lalu duduk bersebelahanku. Iphonenya ku kembalikam semula sempat juga aku bagi tentangan maut.

"Okay, Shella ada masalah apa ?" tanya doctor kim. Aku kenal doctor ni. Dia selalu rawat aku kalau aku sakit.

"Macam ni doc-" Fariz memotong ayatku.

"Dia kata dia mengandung"

Doctor kim tersenyum. Aku memusingkan kepalaku memandang Fariz. Tanganku sudah sedia berbentuk penumbuk. Nak je aku belasah mamat kat sebelahku ni. Belum habis aku cakap dengan doctor kim. Dia potong pula.

"Hmm.. Shella tolong buang air kecil. Saya nak check" kata doctor tersebut lalu menyerahkan aku cawan plastik. Aku mengangguk.

Aku keluar dari bilik tersebut menuju kebilik perempuan.

Selesai sahaja aku kembali dengan membuang air kotorku. Aku serahkan kepada doctor kim lalu dia check.

Aku memegang kedua belah tanganku. Aku gosok perlahan. Dalam pikiranku asyik berdoa meminta kepada Allah yang aku benar-benar mengandung.

Akhirnya, keputusan sudah berada ditangan doctor kim. Dia duduk kembali ditempat asal. Dia memandang aku dan Fariz dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Tahniah encik Fariz. Isteri encik mengandung" kata doctor kim. Aku tersenyum. Aku memandang Fariz yang tidak terkata itu. Sempat juga aku beri tentangan maut.

Kami mengucapkan terima kasih kepada doctor kim sebelum keluar.

Kami menuju kekereta milik Fariz lalu memasuk kedalam perut kereta. Aku menghelakan nafas lega. Aku bersyukur kepada Allah ternyata aku benar-benar mengandung.

Fariz meletakkan kepalanya dikepala kerusi. Dia meraup wajahnya berkali-kali.

"kenapa ? Tak percaya lagi ke ?" tanyaku memandangnya.

Dia mendengus. "Tolong rahsiakan kandungan kau dulu. Jangan bagitau ibu,abah,mama dan ayah" kata Fariz. Keningku berkerut.

"kenapa ? Nikan cucu mereka" kataku.

"Ikut je cakap aku ni" katanya dengan suara garaunya. Aku hanya mampu mengangguk lemah.

Kami pun pulang kerumah dengan senyap. Tak berani aku keluarkan sepatah perkataan.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now