6

13K 267 5
                                    

"kau mengandung ke ?"

Mata ku membulat. Pisau yang tadinya asyik memotong tadi terhenti. Aku memandangnya dengan wajah apa-kau-cakap-ni.

"Apa yang kau merepek ni ?!" kata ku dengan suara semakin tinggi. Marah ? Memang aku marah.

"Woah... Releks lah, aku tanya je" katanya mendepakan dua tangannya menyuruh aku untuk bersabar.

Aku mendengus kasar. Aku sambung balik potongan ku.

"kau nak masak apa ?" tanyanya lagi. Tapi soalannya masih lagi dapat membuat aku sabar. Tanya aku masak apa je kut.

"masak kau" kataku cuba untuk menahan dari gelak.

"asal aku kau masak ?"

"sebab kau asyik tanya soalan kat aku macam aku ni kaunter pertanyaan" kata ku dengan senyuman yang boleh dikatakan senyuman paksaan.

"Aku boringlah." katanya lalu mendekatkan dirinya kemeja kaunter lalu duduk berhadapanan ku.

"ah baguslah. Daripada kau asyik membebel, lebih baik kau tolong aku masak" kataku. Aku pergi kesink dimana letaknya belangan yang sudahku cuci. Aku letakkan belangan tu kat tembak panaskan sebelum bagi minyak. Korang nak tahu aku masak apa ? Okay aku masak nasi goreng ayam.

Aku kembali semula kemeja kaunter untuk ambil bawang yang sudah dikerat kecil tu. Aku tumis bawang terlebih dahulu sampai menguning dan baunya semerbak sebelum memasukan isi ayam. Nasi kira-kira tiga cawan aku masukkan lalu digaul dengan rata. Akhirnya aku bagi sira dan ajinamoto.

Aku cedok nasi tu perlahan-lahan kedalam dua piring dengan rata.

"Nah makan. Aku tau kau lapar" kata ku menghidangkan masakanku. Aku pergi kepeti sejuk. Air berperisa cherry menjadi minuman kami.

Selesai makan mencuci pingan tersebut. Tangan yang basah ku lap mengunakan tuala kering sebelum masuk keruang tamu. Fariz ? Dia dah pergi naik kat atas buat kerja. Isok dia ada meeting dengan klien dia. Isok akan bermulalah hari keseorangan aku kat rumah.

Ibu dan abah terpaksa pergi outstation sebab ada sesuatu yang penting hendak dibuat.

Kan seronok kalau ada budak-budak kat rumah ni.

Aku mengeleng kepalaku. Asal dengan aku ni ? Tiba-tiba je berfikir cam tu. Kalau nak tahu umur aku 20 tahun manakala suami aku 23 tahun.

Aku nak cerita sikit tentang kisah silam ku.

Pada zaman sekolah dulu. Aku berumur 14 tahun dan Fariz berumur 17 tahun.

Aku dalam tingkatan 8 manakala dia dalam tingkatan 11.

Bermulalah kisah cinta monyet aku okay bukan dia.

Pada waktu break. Aku sibuk dengan kerja-kerja sekolah aku ni ah. Dahlah kertas, buku lagi. Semua tu aku kena beri kat guru klass aku. Aku mengangkat semua tu sorang diri sebab NabilaQaseh sibuk dengan kekasihnya ImanShafiq.

Aku mengangkat semuatu dari groundfloor untuk ketingkat dua. Memandangkan staff guru klass aku kat sana.

Tak ada ribut dan hujan. Tiba-tiba kertas-kertas dan buku-bukuan tersebut jatuh berselerakan dilantai. Mula-mula memang aku geram kat orang yang tak ada mata melanggar aku tu. Aku duduk lalu mengutip kertas dan bukuan tersebut. Jejaka yang melanggar aku asyik minta maaf. Aku malas nak layan dulu sebab kertas dan bukuan ni penting. Dia pun menolong aku mengutip. Tak tersedar tangan dia tersentuh tangan aku yang suci ni. Mata kami pun berpadangan. Hati aku pada masa tu dupdapdupdap. Nak meletup pun tak. Aku melarikan pandangan ku. Aku berdehem lalu menyambung kutip kertas dan barang-barang tersebut. Selesai sahaja aku berdiri dengan tangan yang penuh. Aku melihat jejaka tu sekali dan baru sahaja kaki ku berganjak dia menghentikan ku.

"Awak.. Saya minta maaf"

Aku memusingkan tubuh ku menglihatnya.

"Takpe. Salah saya juga sebab tak lihat awak" kata ku.

"okay. Sebagai minta maaf. Saya tolong awak angkat separuh kertas dan bukuan tu" katanya. Aku pun amgguk. Siapa tak nak ditolong hoii. Daripada aku terlanggar orang kedua. Habislah aku.

Kami pun bersama-sama pergi kat staff. Akhirnya selamat juga kertas dan bukuan tu diserahkan keguru klass ku.

Kami pun turun kegroundfloor. Sebelum aku beredar dari situ. Dia memperkenalkan dirinya.

"Fariz Aiman"

"Shella Aisyah"

Dia melemparkan aku senyuman yang membuat semua wanita tergila-gilakan dia sekejap lagi. Aku membalasnya dengan senyuman malu. Tapi aku masih lagi dapat menutupnya.

"okay saya kena pergi ke field. Jumpa awak lagi" katanya lalu berlaku dari situ.

Dan disebabkan kejadian tulah kami menjadi sehabat. Tapi bagi aku bukan sahabat. Kekasih.

Kami meluangkan masa kami waktu rehat makan bersama, belajar bersama dan juga bermain dan ketawa bersama. Dengan semuatu. Timbullah rasa sayang dalam hati ni. Aku berhajat nak luah kan hati ku kat dia lepas habis peperiksaan.

Habis sahaja peperiksaan, kami berjanji nak berjumpa depan perpustakaan.

Aku yang lebih awal datang dulu. Beberapa minit kelibatnya datang duduk dihadapanku.

Aku memberikannya senyuman tapi dia memberikan ku senyuman biasa. Tak seperri dulu.

"Awak, saya nak beritahu awak sesuatu" aku memulakan bicara.

"apa dia ?"

"Awak ingat tak mula-mula kita berjumpa dan berkenalan ?" Tanya ku.

Dia hanya angguk.

"Pada masa tu, saya dah suka kan awak" aku senyum manis manakali dia gelak.

"kenapa awak gelak ? Saya ada salah cakap ke ?"

Dia geleng dengan gelaknya. Dia meredhakan gelaknya terlebih dahulu sebelum berkata.

"Maafkan saya shella. Tapi hati saya kat orang lain"

Senyum ku jatuh.

"Nama dia Inara Kaisara"

Hati ku seakan-akan berhenti sebentar lagi.

"awak kenal dia kan ? Tahun 8 cermat ?"

Aku angguk lemah tapi masih lagi mampu melemparkan senyuman palsu.

"Ye, saya kenal dia. Dia perempuan yang cantik" kata ku dengan pujian.

Dia senyum. Matanya seakan-akan membayangkan wajah perempuan yang bernama Inara Kaisara.

"Okaylah. Saya nak jumpa dia." katanya berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan dengan berlinangan air mata.

Aku menenangkan hatiku untuk tidak mengeluarkan tangisan dan esakkan. Tapi aku gagal. Akhirnya keluar juga. Aku tak patut menangis disebabkan seorang lelaki. Aku tak layak untuknya.

Dan pada masatulah, aku dan dia semakin jauh.

Aku mengeleng lalu beisthigfar. Aku mengeluh kecil. Mengenangkan kisah lama tu membuatkan aku berasa seperti sekarang.

Fariz Aiman, tak sangka dia sekarang menjadi suami ku. Sikapnya seakan-akan berubah dan tak seperti dulu. Andai kata suatu hari nanti sikapnya kembali seperti asal. Adakah aku mampu untuk mempertahankannya ?

Ya Allah, jika benar dia yang engkau jodohkan kepadaku yang dulunya bergelar sahabat hingga sekarang bergelar suami. Kau kekalkan lah hubangan kami hingga keakhir hayat

Ya Allah, jika hatinya tertutup buatku, engkau bukakanlah hatinya untuk menerimaku

Ya Allah, engkau berikan hamba mu ini kakuatan untuk mentempuhi segala dugaan mu

Amin Amin Ya Robalalamin..

----

Sedih part ni. Takpe next part author buat yang lawak sikit. Sampai reader yang membaca disana ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar alak-alak sekali.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now