28

10.2K 188 1
                                    

Aku dan Qaseh berjalan ditepi jalan raya. Banyak kereta pada masatu berlintasan. Aku dan Qaseh berbual cerita kosong je tapi ada juga yang lawaknya.

Tiba-tiba jalanku terhenti. Jantungku berdegup kencang. Qaseh yang berada dua inci dihadapan terhenti lalu memusing memadang aku.

"Kau kenapa Shella ?" tanyanya. Aku memadangnya dengan wajah risau. Aku meletakkan tangan kananku didadaku.

"Qas" seruku. Wajahku masih lagi seperti entah, tak tahu aku macam mana.

"Ye ?"

"Aku rasa macam ada sesuatu berlakulah ngan Fariz" kataku. Jujur aku, tiba-tiba nama Fariz muncul dikepala otakku dan jantungku berdegup kacang menunjukan seperti ada sesuatu yang berlaku kepadannya.

"Qas" tanganku meriba-riba kocek jaketku.

"Ye ye ?" balasnya. Dapat aku dengarkan suaranya berubah menjadi risau apabila melihat sikapku.

"kau ada bawa phone tak ?" tanyaku. Harap-harap ada.

"Ada ada" dia mengeluarkan ipbone 7plusnya dari kocek jaket bulunya.

Aku tanpa berlengah-lengah mengambil dari genggamannya. Nombor telephone ibu aku tekan. Aku ingat tau. Nombor telephone Fariz pun aku ingat. Tak sekali-kali lupakan.

Ibu mengangkat dan tanpa memberi salam terus sahaja aku seru nama ibu.

Shella: ibu..

Ibu: Anje!

Jerit ibu dari hujung panggil dengan nada huru-hara. Jantungku semakin bedegup kencang.

Shella: Ibu F..Fariz-

Ibu: Fariz kemalangan nak!

Dan saat itulah duniaku terhenti serta merta. Aku memandang Qaseh dengan airmata jatuh. Ibu berkata-kata dari hujung panggilan dan mulut Qaseh terkumat-kamit seperti menanya sesuatu tetapi tidak dapat aku dengar. Duniaku seolah-olah berhenti.

F..Fariz, suami aku ditimpa kemalangan

Ibu: Anje ?

"Shell ?" suaru mereka menyedarkan aku.

Tanpa berlengah-lengah lagi. Langakah ku berlari pulang kepangsapuri milikku dan Qaseh. Meninggalkan si Qaseh dibelakang, memanggil-manggil namaku.

Airmataku jatuh dengan derasnya. Aku berlari selajunya. Dapat aku lihat orang disekelilingku memadang aku.

Sampai sahaja aku berada dipangsapuri. Aku menuju kebilik tidurku. Beg pakaian aku keluarkan dari bawah katil. Semua pakaian aku masukkan tanpa melipatnya. Tak ada masa untuk buat semua tu. Apa yang aku fikirkan ada FarizAiman. Dia perlukan aku sekarang.

Kelibat Qaseh berada dimuka pintu. "Shella" namaku diseru tapi aku endahkan. Komputer riba, alat solek dan semua aku masukkan kedalam beg khasnya. Airmataku masih lagi berlenangan.

Qaseh mendekatkan dirinya kepada. Menghentikan aku dari berbuat apa-apa. Bahu dipegang mengunakan dua tangannya.

"Shell, bawa bertenang" katanya dengan suara yang serak. Mahu nak menangis je melihat diriku yang tak terurus.

Aku dibawa kedekapan. Badan belakang digosok dengab perlahan. Aku menangis dibahunya.

"Shella, bawa bertenang eh. Aku faham kau, aku dapat rasakan apa yang kau rasa sekarang. Ibu kau bagitahu aku segalanya masa kau terus balik tinggalkan aku" Ujarnya. Aku menangis sepuas-puasnya.

"Qas.. Dia perlukan aku. Fariz perlukan aku" kataku dengan tangisan.

"Ye, aku tahu." katanya. Badan belakangku digosok lagi. "Aku bookingkan kau tiket balik Malaysia. Kau bersihkan semua barang kau dan aku hantar kau kelapangan terbang, okay ?" pelukkan dileraikan. Qaseh melapkan airmataku mengunakan ibu jarinya.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now