26

9.8K 174 3
                                    

"Shell, kau dah siap ke ?" jerit Qaseh dari luar bilik tidurku.

"Kejap Qas, bagi aku lima eh sepuluh minit" jeritku kembali. Aku mengikat rambutku seperti messy bun sebab aku nak mengenakan alat solek kat wajahku. Aku meletakkan BB cream,eyeshadow, blusher,countor dan gincu berwarna merah jambu. Selesai sahaja meletakkan alat solek kewajahku. Aku mengikat rambut dengan bisai dan memakai serungkup sebelum melilitkan shawl berwarna silver.

Aku memgancut minyak harum perasa Love Poison jenama Victoria Secret.

Sekali lagi aku melihat diriku dari pantulan cermin sebelum keluar dari bilik tidurku. Tas tangan berjenama Chanel tak lupa ku bawa.

Selamat pintu bilikku aku tutup rapat. Kelihatan Qaseh duduk disofa panjang sambil bermain Iphonenya.

"Qas" namanya aku seru.

"hmm.." matanya masih lagi kusyuk melihat skrin phonenya.

"Qaseh oi" panggilku lagi dengan nada nyanyian.

Dia melontarkan pandangannya memandang aku. Mulutnya terbuka luas, matanya membulat.

"Waah!!" dua tapak tangannya dibawa kearah dua pipinya selepas meletakkan iphonenya. "Ya Allah, sungguh cantik ciptaanMu" Qaseh mendepakan tangannya seperti berdoa. Aku gelak melihat telatahnya. Aku mendekatkan diriku kearahnya.

"Kau pun cantik Qas" pujiku lagi dengan senyuman. Dia kembang dan memberikan senyuman yang sama macam aku.

"Dah jom. Kau tak payah pandu sebab aku dah sewa driver untuk bawa kita kat hotel tu" Ujar Qaseh. Lenganku dicapai dan dibawa keluar dari pangsapuri.

Kereta mahal berjenama Kia Cannibal berwarna hitam sudah berada dihadapan pintu. Tanpa berlengah-lengah lagi sebab jam sudah pukul tujuh tepat, aku dan Qaseh masuk kedalam perut kereta dan kereta dipandu kedistinasi.

Sampai sahaja, pintu dibuka oleh driver yang dikenali dengan nama Andrew. Qaseh terlebih dahulu turun sebelum aku. Aku mengucapkan terima kasih kepada Andrew dan dia pun berlalu pergi. Suasana dihotel amat ramai dan meriah dengan adanya beratus-ratus perkerja hospital yang hadir. Aku dan Qaseh masuk menuju kedewan milik hotel tersebut.

Pintu basi yang terbuka luas aku dan Qaseh masuk. Terdapat bepuluh meja bulat dan kerusi disana. Makanan disediakan ditepi dan minuman gas dibawa oleh perkerja waitress dimana-mana. Pentas dinaikki oleh dua orang iaitu lelaki dan perempuan, mereka menyanyikan lagu yang aku tak tahu.

Aku membuntuti Qaseh dari tepinya. Aku tak tahu apa-apa tentang tempat ni sebab aku tak pernah datang sini plus aku tak kenal orang disekelilingku. Qaseh menuju kearah orang berkumpul yang dalam empat kelima orang.

"Hai guys" Qaseh menyapa terlebih dahulu. Aku berdiri dibelakangnya.

"Hello Qas" balas orang pertama iaitu perempuan yang berpakaian merah jambu muda paras lutut.

"Hai Qas!" balas orang kedua iaitu lelaki yang berpakaian tuksedo seperti biasa bagi lelaki dan giliran yang lain.

Mereka berbualan sekejap hinggakan aku membuat batuk paksa. Tak ke mereka sedar aku terjegat disini belakang Qaseh. Apa ? Aku ni invisible ke ?

"Um, Qaseh who's the beautiful woman behind you ?" tanya lelaki berambut perang dan mempunyai biji mata berwarna biru. Aku memberikan senyum kepadannya.

"Ah, almost forgot guys" kata siQaseh. Ah almost forgot bagai kau Qas. Aku dari tadi berdiri kat belakang kau, kau buat der je. Menyasal aku ikut kau sekali.

"This is my best frie- no my sister. Her name Shella Aisyah" Qaseh memperkenalkan diriku kepada kawan yang berkerja dengannya.

"Well hello, I'm Ed" kata lelaki tadi yang aku katakan.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now