Big announcement

2.5K 30 0
                                    

Assalamualaikum readers. Sebelum memulakan khabar berita gembira, saya nak ucapkan beribu-ribu terima kasih atas sokongan korang dalam karya saya iaitu Takdir Kita.

Alhamdulillah berkat usaha saya mencipta cerita ini, akhirnya cerita ini mahu dibukukan. Tetapi sebelum itu saya perlu membuat pembetulan pada setiap bab sebelum saya print dan menyerahkan kepada pihak perpustakaan.

Saya sangat-sangat berterima kasih atas sokongan korang yang setia membaca karya saya yang tak seberapa ni huhuhu. Rasa nak nangis pula bila tahu pihak perpustakaan nak saya beri dia cerita ni. Tak sangka hasil usaha dan doa saya kini terkabul. Allah maha adil, Allah juga pemberi rezeki dan rezeki tak salah simpang. Terima kasih juga sebab memberi VOTE dan comment pada ayat yang salah yang perlu dibetulkan.

Kawan saya juga membantu untuk membukukan cerita ini dengan memberitahu pihak berkuasa tentang impian saya untuk menjadi seorang penulis karya dan juga kawan saya memberitahu bahawa negara saya ingin dan memerlukan generasi muda untuk membuat sebuah buku dan Alhamdulillah saya salah seorangnya generasi muda itu.

Saya berharap doa dari korang untuk menyokong saya semoga dipermudahkan segala urusan yang dalam process ini.

Sekian Terima kasih.

Allahuma Yassir Wala Tu'assir. Rabbi Tammim Bi'khair.

Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan janganlah jadikannya ya susah. Ya Allah jadikanlah yang berakhir dengan baik. Aamiin Ya Rabbalalaamiin

Assalamualaikum..

-amlhjhmdlh

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now