16

9.4K 212 9
                                    

"Jack ?"

"Hey Shella! Is that really you ?!" Jack berjalan kehadapan lalu duduk disebelahku. Taklah dekat sangat. Sebelum cerita kami jadi panjang, aku nak kenalkan korang tentang Jack.

Jack. Dia bekas kawan lama aku kat sekolah dulu dalam tingkatan lima. Dia orang baru kat sekolah dulu. Nama dia Jack Jenner disebebkan dia masuk Islam nama dia Jack Bte Abdullah. Simple je nama dia. Kalau korang nak tahu kenapa nama dia macam orang putih. Okay cam ni. Mama dia orang melayu ayah dia pula orang putih. So darah orang melayu dan orang putih bercampurlah. Dia pandai cakap melayu tapi tak berapa fasih. Jack ni pula kawan karib aku selepas Fariz. Dulu masa zaman sekolah, Jack ni kuat membebel. Sakit tau mulut aku ni nak berbahasa luar. Air liur aku habis terkeluar. Adoi ma, dia datang lagi! Habislah aku kena cakap bahasa antah malas aku.

"Yes its me! Shell to the Shella" kataku dengan senyuman paksa.

"Ha'ah yes! Shell. I forgot that" katannya. "Awak buat apa kat sini ?"

Mataku membulat. Masya'Allah. Dia sudah lancar ke bahasa melayu. Aku dengar tah ada henti-henti ditanya aku soalan tu.

"S..saya" lah asal aku yang gagap ni. "Well, saya tengah ambil angin" kataku. Pandangan kami berdua beralih kearah pemandangan tasik yang begitu cantik.

Dia membuat bentuk mulut 'O' sebagai balasan. "So, apa khabar awak ? Dah lama kita tak jumpa. Dua tahun ? Dua tahun lebih ?"

"Dua tahun lebih, Jack" perbetulku. "Alhamdulilah. Saya baik-baik saja dalam dua tahun tu" bohongku.

"Alhamdulilah." katannya lalu meraup wajahnya mengunakan dua belah tangannya sepert meng'Amin'kan doa.

Aku gelak kecil. "Saya lagi tanya. Awak buat apa kat sini ?" aku melihat dirinya dari atas kebawah. Dia pakai baju jogging.

"Bersenaman" balasnya. Air sebetul diteguk sekali. Aku hanya memandangnya. "Nak ?" tanyanya dengan sinis.

Aku geleng. Tangan ku aku lambaikan. "Tak nak"

Suasana sunyi belaka doh. Tak tahu nak kata apa.

"HA'AH!"

"Oi Mak Kau" telatahku.

Dia gelak sambil memegang perutnya.

"Issh awak ni. Takyahlah cam tu. Macam ada idea terbesar je keluar dalam otak awak tu" marahku. Dia cuba untuk menghentikan gelaknya.

"Okay Okay" katanya. Dua tangannya dibawa keatas, menunjukkan dia mengalah. "Saya nak tanya tentang NabilaQaseh" katanya.

"Oh.. Dia berlajar kat California." kataku. Tiba-tiba fikiran kebudak-budakan ku datang. "Asal tanya ? Suka eh ?" ejekku dengan sinis.

"Eh mana ada!" marahnya. Tapi dari sudut wajahnya aku tahu.

"Eleh.. Takyah nak mana ada mana ada. Aku tahu." kataku. "Ingat tak masa zaman sekolah dulu ?" ini yang aku suka ni ejek-ejek. Sebab dulu, akulah yang selalu ejek dia ngan NabilaQaseh. Diorang pula selalu membebel. Habis wajah aku basah dek terkana airliur diorang. Lebih juga aku ni.

"Janganlah sebut pasal zaman sekolah." Katanya dengan rayuan. Aku apalagi gelaklah sebab kecomelannya. Tapi comel lagi Fariz.

"Comelnya awak ni Jack. Macam dulu." kataku membuatkan dia malu beruk. "Takyah nak malu-malu." kataku. "Malu macam beruk"

Matanya membulat. Aku gelak sehabis-habisnya. Beberapa jam kami berada disana. Kami pun berhajat nak pulang ketempat asal kami. Seeh.

"Okay. Jalan baik-baik tau. Pandu dengan had yang laju." pesannya. Aku angguk.

"Ye cik pesan. Terima kasih. Asalamualaikum" sebelum aku berlalu pergi. Kedengaran suaranya laung-laung.

"Walaikumsalam. Semoga kita jumpa lagi! Terus bawa NabilaQaseh tau!"

Aku gelak. Aku menayangkan ibu jari kearahnya. Dia pun senyum. Kereta ku pandu keluar dari teman. Aku nak bercadang makan malam kat luar.

Aku pandu ketempat kedai makan yang selalu aku datangi bersama Fariz. Sampai sahaja ku disana. Kereta ku aku letakkan sebelum masuk. Pintu kedai aku buka. Tempat yang sama dekat tabuk aku pilih. Pelayan wanita menghampiriku dengan membawa buku makanan. Sekarang pelayannya berubah. Tak lagi yang macam hari tu. Maybe dia takut kot. Aku bukannya incredible hulk pun.

Makanan yang aku pesan ialah nasi ayam. Makanan kegemaran Fariz dan jus buah naga adalah minumanku.

Beberapa minit kemudian, makanan ku sampai. Selamat pelayan itu meletakkan makanan ku dihadapan. Dengan kalimah basmallah. Aku bedal habis-habis dengan piringnya sekali. Merapu.

Tiba-tiba dua kelibat yang aku kenali masuk kedalam kedai makan. Aku kenal. Ya, memang aku kenal. Tepat sekali itu Fariz dan Inara. Siap pegang tangan bagai. Tak sedar diri mamat dan minah tu.

Mereka berjalan kearah meja yang kosong sebelah mejaku. Aku pula sorok diri dengan menutup wajahku mengunakan buku makanan. Iphoneku aku keluarkan. Nak ambil gambar yang romatik ni. Rugi tak ambil tau. Mahal ni.

Siap aku ambil gambar diorang. Aku hantar kat Fariz. Siap kau Fariz.

FarizAiman: sedapnya makan tu.

Aku tekan hantar. Aku pandang Fariz sedang mengeluarkan phonenya dari koceknya. Aku dapat rasakan dia terkejut babun membelakangi aku. Inara pula asyik tanya Fariz apahal. Dengan selamat dan perlahan Fariz memusingkan tubuhnya memandang aku. Buku yang aku pegang aku letakkan. Kami memandang satu sama lain. Satu lambaian dan senyuman paksa atau dikenali dengan sinis aku lemparkan. Dari sudut wajahnya aku sudah dapat tafsirkan. Terkesima.

"Hai Fariz." sapaku. Aku sekarang berada dimeja diorang dengang keadaan yang berdiri. "Makan malam ? Date ?" tanyaku. Tapi Fariz masih lagi membisukan diri. Inara pula melihatkan wajah takutnya kearah Fariz.

Kau fikir Fariz termakanlah dengan wajah kau tu ?. Eleh Fariz dah terkejut babun pun lau nak wajah bagai. Aku tampar karang.

Aku berdehem. "Takpelah. Enjoy your meal. Aku nak bayar makanan aku." aku berlalu pergi kekaunter. Aku berjalan keluar tanpa memandang mereka lagi. Jijik aku.

Belum sempat aku masuk kedalam kereta. Tanganku dirangkul.

"Shella" Aku kenal beruklah dengan suara ni. FarizAiman.

Aku tidak tepis tangannya. Malahan aku memandangnya. Perasaan sebak dan sakit memang ada tapi aku tahan. Airmata aku cuba untuk tidak mengeluarkan.

"Apa dia ?" tanyaku dengan lembah lembut.

"Um..." Leher belakangnya diurut perlahan. Dia tak tahu apa nak cakap ke ?

"Um apa ?" tanyaku lagi.

"Ak.. Aku" Lah dah mulalah Fariz ni gagap. Sejak bila pula ? Oh baru aku tahu. Sejak ada minah tak cukup kain tu.

"Takpe. Baik kau pergi masuk. Temankan Inara tu makan sebelum dia mengamuk kat aku." kataku. Aku mahu sahaja masuk kedalam perut kereta tetapi dia hentikan lagi dengan memohon maaf.

"Saya minta maaf"

Aku mengeluh kecil. "Kau tak perlu minta maaf. Bukan salah kau pun. Salah aku sebab ambil kau dari Inara. Salah aku sebab khawin dengan kau. Sedangkan kau milik Inara dan dia cintakan kau lebih dari aku" kataku. Suaraku perlahan-lahan bertukar menjadi sarut dek kerana aku nak menangis dengan kata-kataku tadi.

Rangkulannya aku lepaskan. "Kita cakap kat rumah. Tak baik orang tengok." kataku lalu masuk kedalam kereta. Dia masih lagi berdiri kat situ. Tak berganjak langsung. Macam kaki dia tu kena simen.

Aku pun pandu keluar dari sana. Airmataku jatuh deras. Aku biarkan sahaja. Esakkan aku tak keluarkan. Takut pula menjadi-jadi.

---

VOTE DAN COMMENT TAU!

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now