14

8.6K 218 2
                                    

Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar. Siap ambil gambar sekali. Aku taklah ambil. Sebab aku tolong Fariz beri cendermata kat dia. Muka aku masam tau sepanjang majlis ni. Sebab apa ? Ah malas aku nak cakap. Habis je air liur aku ni.

Sekarang waktu makan malam. Aku dan Fariz duduk bersebelahan disatu meja bulat. Kami seduduk dengan tiga syarikat yang dikatakan Fariz tadi termasuk Inara Kaisara. Dia duduk sebelah Fariz. Fariz pula tak terfikir nak pendang aku. Dia asyik membebel dengan minah tak cukup kain sebelahnya tu. Korang nak tahu ? Inara kaisara. Cinta sejati Fariz tu pakai baju atas lutut. Nak terkeluar je biji mata aku ni melihat.

Kami berborak-borak biasa dan ada juga borak tentang syarikat. Aku biar membisu seribu bahasa. Fariz bukan lagi seribu bahasa. Air liur dia tu dah habis terpercik kat minah tak cukup kain tu. Geram aku. Dia tak layan aku. Aku nikan isteri dia. Patutnya dia kenalkan lah aku kat orang putih kat sebelah Inara tu.

"Fariz, Who's the beautiful ladies beside you ?" Tanya Mr. David Corlin.

Syukur kau tanya cik orang putih. Aku memang nakkan kau tanya cam tu sebab minah sebelah kau tu tak habis-habis cerita antah aku pun tak tahu ngan suami aku.

"Well Mr. Corlin. This is my wife. Shella Aisyah" Fariz memperkenalkan diriku. Aku memberikan senyuman terima kasih sebab tanya tentang aku.

Aku menolehkan wajahku memandang si minah tu. Mulut dia terlopong. Nak masuk lalat je lagi.

"Tutup mulut tu. Masuk lalat nanti" Kataku kepada Inara. Kena kau sekali.

Dia memandang aku dengan pandangan maut. Pikir aku takutlah. Ni sudu dan gerfu ni aku sumbat kat mulut kau.

Sejam lebib diorang borang. Aku pula dah bosan. Biasalah, aku ni kan kerja kat rumah. Tak kerja kat syarikat.

Aku pun berhajat nak pergi bilik perempuan. Nak tengok wajah aku kat ceramin. Takut pula tudung aku ni hancur sebab geram kat Inara kai-kai. Antah malas aku nak tahu nama dia.

Aku berlalu pergi dari meja selepas meminta diri. Aku menuju kebilik tanpa berlengaj-lengah. Tak tahan aku seduduk dengan minah tu. Solek dia. Allah, macam tepung seguni dia pakai.

Aku masuk kebilik air. Paip aku pulas untuk mengeluarkan air. Tanganku aku cuci. Kering tangan aku sebab sejuk.

Tiba-tiba pintu bilik air dikuak. Kelihatan Inara Kaisara masuk dengan kaki yang berjengket sebab dia pakai kasut tumit lebih tiga inci. Nak tersedok je lagi.

Di berjalan menuju kesink sebelah. Perbuatan yang sama dia buat cam aku. Aku melihat gerak gerinya melalui pantulan ceramin.

"So, you wife Fariz eh ?" katannya. Kami sama-sama melihat diri masing-masing dari pantulan ceramin.

"Of course" aku balas tanpa teragak-agak. Aku dapat lihat wajahnya seolah-olah geram dengan pembalasan ku dengan nada biasa.

"Tak sangka korang khawi-"

"Jodoh dari Tuhan. Siapa nak tolak" balasku lagi dengan nada ejekkan. Kena kau dua kali.

"Boleh tak kalau you jangan potong cakap I" katanya. Badannya sudah ditoleh memandangku.

"So what ?" balas ku. Tanganku aku silangkan kedada. "Apa masalah kau datang sini ?" tanyaku. Mataku aku jengketkan melihat tubuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Woaw! Berbezanya sikap kau dengan apa yang Fariz katakan dulu masa kita dalam percintaan" perkataan 'percintaan' sengaja ditebalkan.

Aku buat endah tak endah sempat juga aku gelak. Melihat akan diriku yang berkelakuan biasa itu membuatkan wajahnya bertukar. Sukar aku tafsirkan pat korang.

"Cinta monyet tu ?" tanyaku dengan nada gelak. "Takyahlah sebuy pasal tu. Lawak betul korang pada zaman tu" kataku. Wajahnya yang memerah nak meletup tu aku tenung dengan tenungan maut.

"Fariz suami aku sekarang. Kau jangan nak merosakkan rumah tangga aku. Aku tau niat kau Inara kaisara" jari ku aku tunjuk kewajahnya tajam-tajam. Tak kesahlah dia berumuran dari aku. Rumah tangga aku sangat penting bagi. Ya, aku cintakan Fariz.

"You jangan nak perasanlah Shella. Rumah tangga bagai. You taukan I ni cinta pertama Fariz. I tau suatu hari nanti dia akan pergi kat I dan tinggalkan.." belum habis kata-katanya diluahkan. Tangan ku sudah mendarat kepipinya.

Geram,marah,benci dan banyak lagi yang menguasai diri ku. Kata-katanya tidak sopan. Nak aku bagi lada padi lima biji baru tahu.

"You! Berani you tampar I!" jeritnya dengan nada tak percaya yang wanita macam aku ni. Huuh mantap!

"Siapa tak berani ? Orang-orang kat luar sana tu pun berani tau. Sebab apa ? Sebab mulut kau yang tak berpaku" kataku dengan suara yang garang. Lebih garang. Aku tengah marah ni. Jangan kacau.

Dia mendengus sebelum berlalu pergi dari situ. Aku senyum tapi sekejap sahaja. Aku memandang diri ku kembali kecermin. Aku meliat diriku. Didalam fikiranku banyak mengatakan sesuatu cuma aku tak tertangkap.

Aku mesti berhati-hati. Penceraian bila-bila sahaja berlaku diantara suami isteri disebabkan orang yang ketiga iaitu Inara Kaisara. Dialah orangnya sekarang. Tapi kenapa waktu dia baru dia muncul ?

Aku tertanya-tanya. Aku keluar dari bilik air. Aku kembali ketempat asal. Dari jauh aku dapat lihat Inara seperti mengadu kepada Fariz. Inara kelihatan akan kehadiranku dari jauh. Fariz memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Inara pula senyum kemenagan.

Asal ngan Fariz tengok aku macam nak terkam aku satgi ?

Aku duduk tanpa teragak-agak. Aku menoleh kepalaku ketepi. Fariz tengah memandang aku.

"Kenapa pandang saya cam tu ?" tanya dengan kening yang berkerut.

"Ikut aku." katanya dengan suara yang garau. Hati ku terkejut dengan perubahan drastik 'saya' menjadi 'aku' "Excuse us" Fariz memintakan dirinya dan aku. Sempat juga Inara menayangkan senyuman sinis.

Fariz membawa aku diletak kereta. Aku membuntuti dia dari belakang hinggalah kami berada dikereta milik Fariz. Kami hanya berdiri diluar.

"Kenapa awak-" kata-kataku dipotongnya.

"Asal kau tampar Inara ?" tanyanya dengan suara yang garau.

"Sebab dia kata sesuatu yang ak sopan" balasku.

"Tapi dia tak sampai tangan kat kau. Tapi asal kau yang sampai ?"

"Sebab kata-kata dia tu menyakitkan hati saya" marahku. Suaraku semakin tinggi.

"Suara shella!" jeritnya. Bahu ku terhinjut kerana herdiknya. Langkahku terundur kebelakang setapak.

Kenapa dengan awak ni Fariz ? Tiba-tiba berubah ?

"Awak bela dia lah ni ?!" marahku.

"Tak. Saya tak bila kau atau dia. Tapi kelakuan awak melampaui batas!" marahnya. Jarinya ditunjuk tajam-tajam diwajahku. Aku dapat rasakan perubahan drastikmya. Airmata ku bertakung ditubir mata. Tak nak aku keluarkan. Tak nak aku tunjukkan yang aku lemah sekarang.

"Awak tak berada disana Fariz. AWAK TAK TENGOK APA YANG TERJADI. DIA CUBA UNTUK ROSAK-" belum habis kata-kataku aku ungkapkan. Satu tamparan kuat hinggap dipipi kananku membuatkan wajahku beralih kekiri. Airmata ku tidak dapat aku tahankan lagi. Jatuh deras membasahi wajahku.

Fariz mahu sahaja berlalu dari situ tapi terhenti dengan kata-kataku. Diberdiri sebelahku.

"Awak berubah" kataku dengan suara yang sarut.

"Awak tiba-tiba berubah disebabkan perempuan tu." esakkan ku kedengaran. Aku memusingkan badanku memandang belakang tubuhnya.

"Awak masih cintakan dia"

---

VOTE DAN COMMENT, OKAY ?! BERI SEMANGAT SIKIT!

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now