43

9.1K 145 4
                                    

Tekakku terasa kering. Aku menuju keruang makan meninggalkan Fariz diruang tamu menonton drama. Peti sejuk aku buka, jak kaca berisi air putih aku tuang kedalam galas. Aku taguk rangus air tersebut. Galas aku letak kesink. Aku melangkah masuk kedalam menuju keruang tamu tetapi terhenti dimuka pintu bilik makan. Terasa basah dibawahku.

Aku memundukkan kepalaku memandang air putih yang mengalir dikakiku. Perutku pula terasa sakit. Mataku membulat.

"Abang.." namanya aku seru dengan perlahan. Perutku aku pegang mengunakan tangan kanan manakala tangan kiri memegang dinding.

"Hmm.." balasnya. Pandangannya tak beralih memandangku malahan kusyuk menonton kaca tv.

Perutku semakin sakit. Bibir bawahku aku gigit. Aku mengadu kecil.

"Abang!" jeritku satu rumah mengakibatkan Fariz terlompat hingga berdiri. Aku dipandangnya dan terus berlari pantas kearahku.

"W.. What's wrong sayang ?" tanyanya dengan nada suara gugup. Bahuku dan perutku dipegangnya. Matanya beralih memandang air yang membasahi kainku dan lantai simen.

Kelopak matanya terbuka luas. Aku dipandangnya.

"My water broke" Ujarku. Dengan pantas tubuhku diangkat ala-ala bridestyle. Kunci kereta dicapai dan terus sahaja aku dimasukkan kedalam kereta.

Kereta dipandu dengan laju menuju kehospital berdekatan. Aku mengadu dan menjerit kerana kesakitan. Lengan Fariz yang memegang streng kereta aku genggam dengan erat.

"Hold on sayang" katanya. Dapat aku lihat peluh mengalir didahinya.

Selamat sampai dipekerangan hospital dihadapan pintu. Fariz keluar dari kereta, dia berlari laju disebelah pemandu dimana aku duduk.

Aku diangkat ala-ala bridestyle masuk kedalam hospital. Perawat yang melihat keadaan aku dan Fariz, berpusu-pusu mendapatkanku. Fariz meletakkan aku dikatil hospital dan disorong dengan lajunya masuk kedalam bilik pelahiran.

"Okay puan, push!" kata doktor perempuan yang berada dihujung katil.

Tangan Fariz aku genggam dengan erat sekali. Aku tarik nafas dan hembuskan. Aku mengunakan semua tenaga untuk menolak keluar anak yang pertama dari rahimku. Airmataku mula memgalir. Sesungguhnya sakit yang aku rasai sekarang sangat membunuhku.

"Push sayang! You can do this!" sokongan Fariz. Dahiku diusapnya beberapa kali.

"Push puan! Anak pertama dah kelihatan" dan aku sedaya upayanya menolak dengan sekuat tenagaku.

Kedengaran bunyi bayi perempuan menangis membuatkan aku tersenyum lemah. Fariz memandang aku dengan wajah gembira.

"Masih ada bayi kedua" Ujar doktor tersebut. Aku memandang Fariz dengan pandangan yang kabur akibat airmata.

"I can't do this!" tangisku. Tangan Fariz aku genggam mengunakan tangan kananku manakala tangan kiriku menutup mataku.

"No sayang, you must do this! It's our kid's" Ujar Fariz. Lenganku yang menutup mataku dialihkannya. Pipiku disentuh.

"Pandang abang sayang" aku masih lagi menangis. Sakitnya sukar aku tafsirkan. "Sayang! Pandang abang!" jeritnya dan aku memandangnya dengan airmata.

"I love you. Just push" rayunya dan aku mengangguk. Aku mengunakan semua tenagaku melahirkan anak kedua dan Alhamdulilah, kedengaran tangisan bayi perempuan lagi diruang bilik.

Aku menghelakan nafas. Aku memandang Fariz yang mendukung anak pertama kitaorang. Anak kedua sedang dibersihkan oleh doktor dan dibaluti dengan selimut bayi.

Aku melihat Fariz yang memandangku dengan senyuman sebelum duniaku menjadi gelap.

-

Tangisan bayi membuatkan aku tersedar. Perlahan-lahan mataku aku kuak. Kelihatan Fariz berdiri ditengah-tengah dua katil bayi. Fariz yang berusaha menghentikan tangisan anak kedua itu mendukungnya dan diangkat kedada bidangnya. Fariz mencuba sedaya upaya untuk menghentikannya tetapi tidak berhasil.

"Abang.." panggilku dengan nada suara yang lemah. Dia memandangku. Aku menghulurkan dua tanganku untuk meminta dia menyerahkan bayi kedua kitaorang.

Dia melangkah mendekatkan diriku dengan anak kedua kitaorang. Perlahan-lahan bayi itu diletakkan disebelahku. Tangisannya berhenti apabila aku mengusap pipi halusnya.

"Anak mama nakkan mama eh ?" kataku dan aku senyum. Pipinya yang halus dan memerah tu aku usap perlahan dan aku kucup sekilas.

Fariz berjalan kembali kekatil baby. Anak pertama didukung dan dibawa kearahku. Fariz duduk dikerusi yang disediakan disebalah katilku. Bayi yang didukungnya diangkat sedikit, memudahkan aku memandangnya.

"Both of them have your eyes" katanya dan aku dilemparkan senyuman. Aku meneliti wajah dua anak kecil tu. Betul kata Fariz, mereka mempunyai mataku dan hidung mereka pula seperti Fariz. Wajah mereka sebiji macam aku.

Kedengaran pintu bilik dikuak dan kelibat dua orang doktor masuk dengan senyuman diukirkan diwajah mereka dan aku membalasnya.

"So, macam mana keadaan puan Shella sekarang ?" tanyanya. Suaranya kedengaran ayu.

"Alhamdulilah, baik doktor" balasku.

Dia mengangguk. "Puan dah bercadang nama yang hendak diberikan untuk dua orang anak puan ?" tanya doktor yang bernama Kim's tu. Aku tau sebab kat baju dia ada tag nama.

Aku memandang Fariz yang asyik memandang dan menyentuh bayi yang didukungnya. Aku senyum melihat anak dan ayah tu. Bayi yang berada disebelahku aku pandang. Dah nyenyak tidur.

"Abang" panggilku. Pandangannya beralih kepadaku. Dia menjengkitkan keningnya sebagai respon.

"Abang ada nama tak untuk diorang ?" tanyaku. Dia seperti berfikir sebelum mengeleng. Aku memberikan dia senyuman sahaja.

Aku pandang kembali doktor kim's yang berada disebelah kiri katilku. Dia memberikan aku senyuman manis.

"First born, Sarah Farhana dan second born, Sofia Farisha" Ujarku. Perawat yang berada disebelahnya mencatit nama-nama yang aku katakan.

Kelibat dua orang doktor tu keluar dari bilik selepas memeriksa aku. Fariz meletak kembali dua anak kecil tu didalam katil mereka masing-masing.

Fariz kembali duduk dikerusi sebelah katilku. Tangan kiriku yang kemas terletak disebelah pinggangku dicapainya mengunakan dua belah tangannya. Diurut dan dikucup beberapa kali tanganku tu. Dahi ku diusap. Dia melemparkan aku senyuman lelakinya.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab melahirkan anak-anak abang." katanya. Aku terharu dengan kata-katanya itu.

"Sama-sama abang. Sayang nak berterima kasih sebab sudi bersama sayang waktu melahirkan. Terima kasih sebab sokong sayang waktu sayang mengalah. Sayang cintakan abang" airmataku berada ditubiran dan dilap mengunakan ibu jarinya apabila airmataku jatuh kepipi.

"Abang cintakan sayang hingga keakhir hayat abang" dan dahiku dikucup sekilas.

Ya Allah, terima kasih kepadaMu. Aku berasa bersyukur Ya Allah.

Hanya Engkaulah yang membuat jalan hidupku hinggalah sekarang, aku selamat melahirkan dua cahaya yang sangat bermakna dalam hidupku dan suamiku. Terima kasih atas apa yang terjadi kepadaku dan Engkau masih lagi mampu memberikan aku ketabahan.

Terima kasih kerana memberikan aku suami yang baik dan dua cahaya matahari yang comel. Sungguh cantik ciptaanMu Ya Allah.

Dan hingga sekarang, jalan hidupku hanya berada ditanganmu. Aku sangat bersyukur kepadaMu.

Kau kekalkanlah aku hidup bersama Fariz dan anak-anakku.

Amin Amin.. Ya Robal'Alamin.

---

Rasa sedih pula sebab tinggal dua chapter lagi nak tamat. Tapi takpe, saya dah publish cerita baru yang bertajuk What is Love ?. Kalau sudi sila kunjungi eh.

Jangan remove dulu cerita ni sebab masih ada dua bab lagi dan kemungkinan ada bab bonus saya update.

Enjoy!

Vote dan Comment.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now