12

10.6K 172 0
                                    

"Apa ?! Shella mengandung ?" kata abah dengan terkejut.

"Macam mana boleh berlaku ?!" kata ibu dengan suara yang serak. Ibu sedih.

Fariz pun menceritakkan kesemuanya dari A sampai Z. Ibu dan abah memandangku dengan wajah yang sedih dan kasihan.

"Maafkan anje ibu abah. Anje tak jaga kandungan anhe dengan baik" kataku. Aku dapat rasakan mata ku memerah disebabkan airmata.

Ibu memandangku dengan wajah tangisan. Ibu mendekatkan diri kearah ku. Tanganku dicapai lalu digosok.

"Anje tak salah." kata ibu, air matanya terjatuh. Bukan terjatuh kerana aku derhaka. Terjatuh kerana sedih dengan keadaan ku sekarang. Ibu mana tak sedih bila tahu anak dia keguguran. Apa tah lagi yang gugur tu cucunya. "Allah lebih sayangkan anak anje dan cucu ibu dan abah"

Kata ibu sama dengan kata Fariz. Ya, Allah lebih sayangkan anak aku dan Fariz.

Ibu memelukku dengan kasih sayang. Aku memeluknya kembali. Fariz mengusap tubuh belakang. Airmata ku terjatuh.

Ya Allah, jika engkau dengar doa hamba mu ni. Tolong sampaikan kata ku kepada anak ku bahawa aku dan suami ku Fariz sangat menyayanginya. Berbahagialah disana anakku.

-

Malam menutupi bumi. Aku merebahkan diriku dikatil hempuk bersebelahan Fariz. Selimut aku tarik hingga keparas leher.

"Fariz.." panggilku.

"Hmm.."

"Saya boringlah" kataku. Mataku dan Fariz memandang siling.

"Nak buat apa juga tengah malam ni ?" tanyanya. Tiba-tiba soalannya itu membuat pipiku merona.

"Takde.." biasa sahaja ku jawab."Jom cerita tentang kisah lama. Nak ?" tanyaku.

Kepalanya dipusingkan memandangku. Aku paham dengan pandangannya itu.

"Tak kesahlah tentang part yang tu. Ni saya nak tanya tentang Inara Kaisara" kataku. Matanya membulat.

"Asal tiba-tiba tanya tentang dia ?"

"Saja.. Nak tahu kisah awak dan dia sebelum khawin ngan saya" kataku lalu memberikan dia senyuman yang manis bak gula-gula.

"Okay. Mula yang mana dulu ?" tanyanya membuatkan aku beria-ria nak dengar kisah cinta monyet suami aku dan Inara kaisara.

Aku saja nak macam ni. Aku nak hilangkan semua kesakitan dan keperitan yang terbuku didalam hatiku. Semoga apa yang aku lakukan ni membuatkan aku gembira seperti dulu. Setelah kehilangan bayi pertamaku. Aku rasa sepeti aku berubah saratus persen.

"Nak mula dimana eh ?" tanyaku sambil memetik daguku. "Aah! Waktu awak ngan dia. Macam mana awak dan dia tak bersama."

Dia mendehem. Membersihkan sedikit lehernya supaya senang berkata. Merapu.

"Waktu saya berpisah ngan dia. Cam ni.. Pada" dia pun menceritakan al-kisahnya dengan wanita kesayangannya dulu. Ada part yang sedih dan ada part yang gembira.

"Kenapa dia tinggalkan awak ?" tanyaku.

"Antahlah.. Tiba-tiba je dia menghilang tak tahu pergi mana."

Aku membalas dengan membuat bentukan 'O' dibibir manisku. Seeh.

"Dah jom tidur. Besok saya ada meeting ngan klien." katanya lalu menutup matanya.

"Isok awak nak pakai baju warna unggu atau meron ?" tanyaku sambil bermain dengan hidung mancungnya.

"Apa-apa jelah" balasnya. Aku mencium hidungnya sekilas. Dia senyum sebelum kuruhan keluar dari mulutnya. Aku pun tidur dengan mudah.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now