27

9.8K 174 4
                                    

Aku dan Qaseh dah pulang rumah dengan selamat. Jam menunjukkan pukul sepuluh lima minit malam. Aku membersihkan diriku dan mengenakan baju tidur panjang tangan berwarna hitam plan.

Aku keluar dari balik. Bau aroma yang sedap menarik perhatian aku. Rasa macam kari je.

Langkahku menuju keruang makan. Kelihatan Qaseh berdiri dihadapan tembak sambil mengaul makanan yang dimasaknya didalam belanga itu.

"Qas" panggilku dengan nada nyanyian.

"Hoi.." balasnya. Pandangannya masih lagi kusyuk melihat masakannya.

"Apa kau masak ?" tanyaku. Tapak tanganku dibawa keperut kempisku. "aku laparlah"

"Hmm.. Aku masak magi kari campur bebola ayam je" katanya memandang. "Lapar eh ? Kejap ye anak mak. Duduk kat sana dulu" mulutnya dimunjungkan kearah bangku berhadapan meja kaunter.

Aku gelak kecil dan mengikut arahannya. Aku duduk dibangku, tanganku bermain dengan meja kosong siap bergendang-gendang. Tak kuasa!

"Tak masak ?" tanyaku. Tak sabar.

"Kejap eh. Mee masih keras" katannya dan aku diam, mengharapakan magi tu masak.

Beberapa minit kemudian, Qaseh meletakkan magi kari yang dimasaknya itu kedalam dua mangkok bersais sederhan lalu menghidangkannya dimeja kaunter.

"Nah makan" Mangkok berisi magi kari tu diletakkan dihadapanku. "Kau nak minum apa ?" tanyanya. Macam pelayan kedai makan je dia ni.

"Bagi aku oren jus" kataku. Gerfu yang terletak dikhasnya aku capai. Aku membaca basmallah terlebih dahulu sebelum ngap.

Qaseh menjemu seleranya selepas menuangkan oren jus untuknya dan aku.

"Shell.." namaku diseru.

"Hmm.." balasku. Aku memghirup sup kari.

"Kau tak terfikir ke nak balik malaysia ? Dah lapan bulan lebih kau berada disini" katannya sambil mencedok mee dan disuapkan kemulutnya.

Aku mengangkat bahuku menunjukan 'Tak tahu'. Aku kusyuk makan makan sedap dihadapanku ni ah. Siap ada bebola ayam lagi tu.

"Issh kau ni. Kalau ada makanan memang kau endahkan pertanyaanku ni" katanya dengan nada geram. Aku gelak.

Aku pandang dia selepas makanan dalam mangkok tu habis aku bedal.

"Okay, kau tanyalah aku beberapa soalan sebab makanan aku dah habis" kataku biasa. Mangkok aku sorong kehadapan, menyenangkan aku meletakkan dua belah tanganku dimeja.

"Mengada kau eh" dia melontarkan jalingan maut. Mulut sengaja dilantikkan. Aku menjelirkan lidahku. Bukan apa, pedas lidah aku ni sebab kari tu.

"Okay, aku tanya soalan. Kau kena jawap dengan betul. Malas aku nak berperang mulut ngan kau ni" katannya. Oren jus diteguk sampai habis.

"Kau tak rindu Fariz ke ?" ah soalan dia membuatkan aku membisu seribu bahasa. Tak ada jawapan difikiranku. Adakah aku rindu Fariz ? Atau tak ?

"Tak tahulah Qas" belakang leherku aku gosok beberapa kali.

"Tak tahu ? Jawapan apakah itu Shella Aisyah ?" dia membuat reaksi yang sukar aku tafsirkan.

Aku angguk. Keningku berkerut. Nak jawap apa lagi ?

Aku sangat rindu Fariz Qaseh! Bibir aku ni ah kelu. Tak nak aku nak katakan ayat keramat tu sebab kalau aku kata yang alu rindu akan si mamat tu. Mungkin rindu aku membuak-buak.

Mukaku aku raup beberapa kali. Kusut aku. Kusut dengan segala-galannya.

"Dahlah, aku masuk bilik. Nak melayan mata aku ni" kataku. Baru sahaja punggungku berdiri dari mencacah bangku tu, Qaseh hentikan.

"Mangkok,gerfu,galas kau ni siapa cuci ?" tanyanya dengan sinis.

Aku berikan dia senyuman manis sebelum kaki ku berlari selajunya masuk kedalam bilik tidurku. Dapat aku dengarkan Qaseh menjerit namaku dari sana.

Pintu aku tutup rapat. Badan belakangku aku sendarkan dipintu. Mulutku aku tekup, menahan dari gelakkan. Lawak sungguh si Qaseh tu.

Aku merebahkan tubuhku dikatil hempuktu. Iphone 7plus milikku aku capai. Nak buat panggilan dengan ibu, jam dah menujukan dua belas pagi. Aku letakkan kembali Iphone milikku dimeja tepi katilku. Aku mengeluh kecil. Selimut aku tarik hingga keperas leher. Aku memandang siling berwarna putih tu.

Fariz buat apa sekarang eh ?

-

Fariz masuk kedalam rumah dengan longlai. Dia pulang pada waktu satu pagi. Banyak sungguh kerja dia kena selesaikan pada hari tu.

Pintu bilik ditutup rapat. Dia membersihkan dirinya dan memakai baju tidur seperti biasa. Dia merebahkan dirinya dikatil hempuk miliknya dan Shella. Iphonenya dah lama mati, malas dia nak mencas. Kedudukkannya memandang ketepi dimana ada meja lampu dan frame gambar khawinnya dengan Shella. Pada masa tu, Shella senyum menampakkan gigi ratannya manakala Fariz hanya senyum serious dengan wajah yang malas. Dia senyum mengenakan kisah tu siap air mata berharganya jatuh kemuka bumi.

"Mana kau Shella ?" gumamnya. Frame kaca digosok pada gambar Shella.

Gambar dibawa kedekapan. Dia rindu sangat dengan insan yang bernama Shella Aisyah dan bergelar isteri kepadannya. Mengharapkan gambar yang dipeluknya itu adalah Shella. Dah lama Shella menghilangkan diri dari pandangannya.

Frame tu dipeluk hingga dia gelap menutupi dirinya. Tidur.

-

"Qaseh!" jeritku dari luar pintu biliknya. Dapat aku dengarkan dia membalas dengan suaru tidur.

"Bangun!" jeritku lagi.

"kejap"

"Sekarang juga!" pintunya aku ketuk dua kali.

"Issh kau ni! Bagi aku lima minitlah!" sekarang dia mengunakan nada jeritan.

"Kau tak kerja ke ?" tanyaku. Tak menjerit sebab pintunya aku kuak dan memasukkan kepalaku sahaja.

"Tak" balasnya dengan kecil. Dia bergelut dengan selimut bulunya.

"Okaylah, fikirkan kau kerja." kataku. Tapi tiada respon. "kau nak ikut aku ambil angin kat luar ?" tanyaku. Dengan pantasnya posisinya bertukar menjadi duduk membuatkan aku terkejut.

"Ambil angin ?"

Aku angguk.

"Kau tak pergi keperpustakaan ke jumpa si Erik ?" katannya.

Aku berfikit seketika.

Eh sikit lagi aku lupa pasal tu. Nasib si Qaseh ni cerita pasal bab tu, kalau tak memang aku pergi keperpustakaan tu dan menunggu siErik tu sampai malam.

"Ah.. Dia tak dapat datang sebab dia kena pergi kemajlis perkhawinan adik kawannya untuk menyanyikan lagu sipengatin perempuan" Jelasku kepadannya membuatkan dia mengangguk dan menayangkan bentuk 'o' pada mulutnya.

"Kau ikut ke tak ni ?" tanyaku sekali lagi.

"Ikutlah. Udara diluar tu macam sedap je" katanya lalu bangkit dari katilnya.

"Macamlah Udara tu makanan nak kau bedal" kataku dengan suara kecil dan sindiran. Harap-harap dia tak dengar. Aku keluar dari biliknya.

"Kau dengar tu Shell"

Aku pun gelak sambil menekup mulutku.

---

Okeh, kalau cerita ni semakin menbosankan korang. Saya tak paksa korang untuk membacanya sehingga tamat.

Sekurang-kurangnya VOTE eh kalau tak COMMENT.

Terima kasih.

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now