10

14.1K 224 4
                                    

Tiga minggu kemudian

"Fariz!" jeritku dari tingkat atas.

Fariz berlari pecut naik keatas. Dia mendekatkan dirinya kearahku lalu melihat dan mereba-reba tubuhku. Mataku membulat dengan kelakuannya. Aku tolak tubuhnya perlahan. Taklah terlalu kasar.

"Kenapa dengan awak ni ?!" tanyaku.

"ah apa ?" tanya dengan bengang.

"Saya cakap, kenapa awak sentuh-sentuh tubuh saya ni ?"

"ahh.. Saya pikir awak jerit tadi awak jatuh ke apa ke" katanya sambil mengosok belakang lehernya. Aku terkejut beruk apabila mendengar dia panggil aku 'Awak'. Berbunga hati aku.

"Saya tak terjatuhlah." kataku. "Ni ah tolong saya ambikkan kotak kat atas almari tu. Saya tak sampai sebab saya pendek dan comel" ah sempat lagi aku memuji diriku.

"Perasaan kau ni" seperti terhempas batu je kepala aku ni bila dia kata macam tu dan dia panggil aku 'kau' lagi!

Dia mengambil kotak tersebut. Diserahkan kotak tu kat aku. Aku mengangkatnya perlahan-lahan. Berat tau!

"Fariz!" jeritku lagi. Dia yang baru sahaja keluar kembali kearahku. "Beratlah!" dia ambil kotak tu dari peganganku. Diletakkannya diatas lantai.

"Kau nak buat apa dengan kotak ni ?" tanyanya.

"saya nak lihat dalamnyalah" kataku lalu membuka kotak tersebut. Rasa nak menangis je tengok bila lihat banyak barang waktu aku zaman kanak-kanak.

"Asal ngan awak ni ? Mainan je kot. Takyah nangis" katanya. Aku mendengus kasar lalu menujukkan penumbuk.

"Biarlah saya nangis. Barang ni sangat bermakna tau bagi saya" kataku. Barang yang bisai terletak didalam kotakku capai.

"Aah.. Macamlah awak nak buang benda ni" gumamnya.

"Taklah.. Saya nak simpan kat dalam store. Penuh bilik saya ni ah. Bila baby ni lahir senang mata dia melihat bilik tidur mama dan papa dia ni tak sempit." kataku sambil mengosok perutku yang semakin membesar.

Fariz me'hem' sahaja lalu mencapai barang-barang didalam kotak tersebut. Sempat juga dia gelak bila lihat patung barbie tu.

-

Selesai sahaja menyimpan barang-barang lamaku, aku dan Fariz berhajat nak makan luar.

Aku mengenakan baju dress berwarna krim dengan shawl berwarna hitam. Tas tangan chanel aku capai lalu memasukkan Iphone 7plusku kedalamnya.

Fariz lebih awal siap. Sekarang dia berada didalam kereta. Aku yang lembab ni baru nak mengunci pintu rumah.

Aku masuk kedalam perut kereta milik Fariz dengan perlahan-lahan. Aku memakai tali keledar dan kereta pun keluar dari perkerangan rumah.

Tiba sahaja kami dikedai makan kesukaan aku dan Fariz. Kami masuk kedalam lalu duduk ditempat yang berdekatan jendela.

Pelayan perempuan mula menghampiri kami. Dia menyerahkan buku menu. Aku apa lagi pesanlah makanan yang ku idam iaitu spaghetti dan watermelon jus adalah minuman aku. Manakala Fariz dia memesan nasi ayam. Macam biasalah kegemaran dia dan jus apple sekali. Selepas mendapatkan pesanan kami pelayan itu beredar. Sempat lagi dia mengenyitkan mata. Kenapa ngan mata tu ? Sakit ke ? Pergi jumpa doctor.

Aku memandang Fariz yang memberikan senyuman biasa kepada pelayan perempuan itu tadi. Nasib senyuman biasa, kalau tak habis aku carik-carik rambut dia tu dengan akar-akarnya sekali. Baru dia tahu siapa aku.

Beberapa minit kemudian, pelayan perempuan tadi kembali.

Kau kenyitkan mata kau lagi pempuan, aku cungkil mata kau tu sebalah ngan gerfu ni

Takdir Kita✔Where stories live. Discover now