Rish pulang awal petang itu kerana ingin meluangkan masa dengan Mia. Sudah 2 hari dia tidak berjumpa kesayangannya itu. Dia pelik apabila terlihat kereta papa dan abangnya yang terparking elok di garaj. Aip, awal pulak papa dengan abang Ri balik. Selalunya pukul 9 baru balik, kalau tak jangan harap nak ada dekat rumah. Rish terus melangkah masuk ke rumah. Sebaik sahaja kakinya memijak anak tangga yang pertama, namanya diseru oleh papa. Dia memusingkan badan dan terus nampak papa,mama dan abang Ri yang sedang duduk di ruang tamu.
"Ada apa papa panggil? Rish nak naik mandi, nak rehat dan jumpa Mia," kata Rish yang masih tegak berdiri di tangga.
"Please Rish. Come here. We need to talk," pujuk si abang dengan lembut.
"If it's about 5 years ago, i think no need. Just forget it if you guys want I give my forgiveness to that women," kata Rish lantang sambil jarinya lurus menunding ke arah mamanya ketika dua pekataan terakhir dituturkan. Rish dapat mengagak isu yang akan diutarakan oleh papa apabila melihat mamanya yang menunduk sejak tadi.
"Sampai bila Rish? Sampai bila Rish nak buat mama macam ni Rish? She is your mother! Your mother! Dia yang susah payah mengandungkan kau Rish. Dia juga yang lahirkan kau dengan susah payah dengan sakitnya. Dia tahan sakit untuk lahirkan kau tapi ini yang dia dapat dari kau? Kebencian kau? Kau tak boleh salahkan mama atas apa yang berlaku 5 tahun lepas! Itu semua takdir. Wajar ke seorang ibu merintih, menangis nak dapat kan kemaafan seorang anak? Wajar ke? Fikir la Rish, fikir! Ada otak guna. Jangan nak agungkan ego tuh. Sudah-sudah la Rish," jerit Qhusyairi yang sudah berdiri. Matanya tajam menentang mata adiknya.
Takdir? Hahaha. Ye memang semuanya takdir. Memang dah takdir aku dapat mama yang yang hancurkan anak dia sendiri,jerit hati Rish. Rish tersenyum pahit sebelum membalas kata-kata abangnya.
"Abang Ri tak rasa apa yang Rish rasa! Rish hilang orang yang paling Rish sayang! Rish hilang orang yang rapat dengan Rish. Rish hilang orang yang selama nie dia lah kakak Rish, kawan Rish. Ye, memang takdir Sarah pergi dulu. Memang. Tapi bukan dalam keadaan macam tuh! Dia tak patutnya pergi dalam keadaan yang menyedihkan macam tu! Tak patut! Rish kembar Sarah! Rish rasa apa yang Sarah rasa! Sarah tak akan menderita kalau mama tak paksa Sarah kahwin dengan binatang tuh! Nak tahu lagi apa benda yang paling menyedihkan dan paling sial dalam hidup Rish tak?"soal Rish sinis. Dia berjeda buat beberapa saat. Nafas ditarik sebelum dia menghemburkan ayat yang bakal dituturkan.
"Binatang tu rogol Rish! Dia rogol Rish!"jerit Rish macam orang terkena histeria. Air mata yang ditahan terhambur keluar. Jelas riak terkejut menghiasi wajah ketiga-tiga insan yang bertentang dengannya.
"Rish benci mama! Kalau mama tak beria nak kahwinkan Sarah dengan setan tu, Sarah takkan pergi dalam keadaan macam tuh! Kalau mama tak kahwinkan setan tu dengan Sarah, Rish takkan kena rogol! Ingat lagi tak mama Rish pernah beritahu mama yang setan tu raba Rish? Ingat tak? Cuba ingat balik. Dan mama akan tahu kenapa Rish benci mama sangat-sangat. Papa dngan abang mesti tak tahu kan? Meh Rish cerita."
******
Pagi itu Rish bangun awal. Dia terus bersiap-siap selepas mandi. T-shirt polo berwarna putih dan track suit disarung ke badan. Rambut diikat kuda. Cap dipakai sebelum keluar dari bilik. Itulah pakaiannya setiap pagi hujung minggu. Dia akan ke taman berhampiran rumahnya untuk berjogging. Setelah 4 round berjogging none stop, dia mula keletihan. Taman perumahannya ini boleh tahan besar. Dia mengelap peluh dengan tuala kecil yang tersangkut di leher. Dia mula melangkah untuk meninggalkan taman itu. Setelah menyegarkan badan, Rish terus turun ke ruang tamu. Tv dipasang."Hai Rish, wanginya. Baru bangun ke?"
Teguran itu membuatkan Rish menolehkan kepalanya ke arah suara itu. Eh bila masa pulak abang ipar aku kat duduk sebelah aku nie? Aduh menyampah betul lah,gerutu Rish dalam hati.
YOU ARE READING
Aliya Qairisha
General FictionPreviously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta?" "Eh, awak yang langgar saya nak cakap saya yang langgar awak pula." "Yes you're." "No! I'm not!" "Yes you're." "Whatever." Perlan...