Bab 26

6.9K 268 6
                                    

"Kau apasal bodoh sangat? Panggil aku Fifi lah lembab!" Fifi terus menolak Nasuha.

"Nas!" Jerit Rish, Mia dan Aishah serentak. Mia terus menolak Fifi. Nasuha yang baru bangun dari jatuh terus menolak Ikin yang berusaha hendak menjatuhkan Aishah. Isya tersenyum. Mia, Nasuha dan Aishah leka dengan kawan-kawannya. Peluang aku. Terus Isya menarik tangan Rish untuk pergi ke tempat yang lebih dalam dan jauh dari kawan-kawannya.

"Hey kau siapa huh nak menyibuk dengan Amsyar aku?"marah Isya.

"Apa awak merepek nie?"

"Kau tak payah nak berlagak innocent boleh? Menyampah la aku tengok." Pantas tubuh Rish ditolak. Terduduk Rish dibuatnya. Baru sahaja Rish ingin bangun kepala Rish dibenamkan ke dalam air. Badan Rish pula ditindih Isya. Dengan sekelip mata tubuh Rish tengelam. Isya tersenyum puas. Dia hanya ingin menyeksa sahaja tidak lah sampai membunuh. Dia ingin berlalu ke arah kawannya, namun mata dia tertancap kepada Rish. Dah kenapa minah nie buat gaya macam orang lemas? Aku benam sikit je pun. Ke dia.....

"Nur Aliya Qairisha!!!"

Semua orang dipantai terkejut mendengar jeritan itu. Mia dan semua yang tadi membuat adegan tolak-menolak pantas menoleh ke arah Rish. Membuntang mata mereka.

Splashh..

Seorang lelaki terjun dan berenang ke arah Rish. Tubuh Rish yang sekejap tengelam sekejap timbul dipeluk erat lelaki itu. Dia berenang ke tepi laut sambil menarik tubuh Rish. Pipi Rish ditampar lembut setelah membaringkan.

"Wake up! Please wake up!"

"Rish, bangunnn" Mia bersuara. Tiada lagi adagen tolak-menolak. Semua berkerumun disekeliling Rish. Dada Rish ditekan-tekan oleh lelaki itu. Jujur, aku tek penah selamatkan orang lemas. Nie first time. Nasib baik la aku penah masuk PBSM. Sokay try!
Pantas lelaki itu membuat CPR kepada Rish. Amsyar dan Hariz yang baru tahu tentang keadaan Rish bergegas meninggalkan motor mereka yang sedang dihias. Terbeliak mata Amsyar melihat Rish yang sedang dicium lelaki lain. Walaupun ciuman itu hanya untuk menyelamatkan Rish tetap Amsyar tidak suka. Rish hanya untuk dia! Seperti Amsyar, Hariz juga terkejut.

Uhuk uhuk..

Semua mengambil nafas lega apabila Rish sudah sedar. Segera lelaki yang menyelamatkan Rish tadi bangun dan...

Pang..

Pipi Isya ditampar. Semua yang mengelilingi Rish terkejut.

"Kau nie tak ada akal ke huh? KALAU DIA MATI TADI, MEMANG AKU TEMPAH KUBUR UNTUK KAU!! BITCH!" Isya dijerkah kuat. Terkejut Rish mendengar suara itu. Dia pantas menoleh. Omg. Mati aku. Tapi baik aku pergi tenangkan dia. Dah merah sangat muka dia. Kang Isya tu yang mati. Segera Rish bangun dan berlari. Kaki dibawa mendekati lelaki itu. Tanpa teragak-agak tubuh lelaki itu dipeluk Rish dari belakang. Terbeliak mata manusia yang melihat tindakan berani itu. Terbakar Amsyar melihatnya.

"Cool. Tenang. Redakan marah tu dulu honey." Rish mengurut-urut dada lelaki itu yang berombak laju. Marah sangat nie. Telinga Amsyar memerah. What? Honey? Dada Amsyar pulak yang berombak marah sekarang. Dannn..

"TENANG ABAH KAU LAH! KONON I'M JUST 27 YEARS OLD BOLEH JAGA DIRI. NIE APA? KALAU KAU MATI AKU NAK MENJAWAB APA DEKAT MAMA?"

Ehhh? Mama? Siapa laki nie? Amsyar sudah mengaru kepala yang tidak gatal.

"Dengar sini baik-baik, aku bagi amaran dekat korang. Kalau korang sentuh Rish lagi hatta hujung jari je. Mampos korang. Dah la blah. Menyampah pulak aku tengok. Bagus sangat la tu berbikini je? Suka sangat tayang boobs. Kalau cantik tak pe jugak nie macam apa je. Lawa lagi boobs nenek aku."  Fuh berapi. Dengan malu yang menebal Isya and the gang pun blah. Rish terus cubit perut Qhusyairi. Mata yang terjegil ditayangkan buat si abang.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now