Bab 8

9.5K 355 4
                                    


Amsyar memberhentikan motornya seketika ditepi lorong. Akibat terlalu kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Amsyar terus memecut laju motornya tanpa arah tuju sehingga la dia  sampai dikawasan ini. Kejadian yang berlaku sebentar tadi mula terlayar semula diminda.

"Nak pergi mana tu huh Muhammad Amsyar Rayyan?"soal Dato' Al-Amin. Melihat anak terunanya yang hanya diam dia mula menyambung kata.

"Cakap dengan papa! Nak pergi mana?"suata Dato' Al-Amin kendengaran keras ditelinga Amsyar.

"None of your business papa. And please just mind your own business." Amsyar mula menyambung langkah ke pintu.

"Papa nie papa Am. Urusan Am urusan papa." Langkah Am terhenti mendengar ayat yang keluar dari mulut papanya. Dia menarik senyuman sambil memandang papanya.

"Apa papa cakap? Am macam tak percaya pulak," Am ketawa seketika sebelum menyambung katanya.

"Pandai sekarang Dato' Muhammad Al-Amin kita nie buat lawak. Hahahaha. Good try dato." Tajam mata Dato' Al-Amin memandang anaknya. Mukanya yang sudah merah cukup jelas menandakan yang dia sedang menahan marah.

"Kalau macam tuh urusan dato urusan saya juga lah. Tapi kenapa ye? Kenapa dato kahwin jugak dengan perempuan tuh sedangkan saya tak setuju? Kenapa!! Ada dato fikir ke perasaan saya. Perasaan mama saya masa tuh. Ada? Ada ke Dato Muhammad Al-Amin!" Jerit Amsyar dengan perasaan yang berbuku. Air mata sedaya upaya ditahan dari jatuh ke pipi.

"Mama saya sakit masa tuh! Sakit! Tapi mana awak sebagai suami dato? Mana dato?? Ada ke kau fikir hah!! Aku kau biarkan terkontang-kanting sendiri jaga mama aku yang sakit. Mana kau masa tuh sebagai ayah sebagai suami mana?"soal Amsyar dengan perasaan marah yang membuak-buak. Air matanya yang ditahan mengalir deras di pipi. Amsyar menarik nafas dalam sebelum menyambung katanya.

"Mama perlukan papa masa tu. Tersangat perlu. Dia perlukan papa untuk bagi dia semangat supaya dapat lawan cancer dia, but.." Amsyar membiarkan ayatnya tergantung seketika. Dia menyeka air mata yang mengalir.

"But you fucking bastard not there." Sambung Amsyar. Amsyar sudah tidak peduli dengan apa yang dituturkannya. Dato Al-Amin terdiam mendengar kata-kata kesat yang meluncur keluar dari mulut anaknya itu. Dia memandang anaknya yang sudah beremosi itu.

"Amsyar tak tahu apa-apa baik Amsyar diam," kata Dato Al-Amin. Amsyar tergelak.

"Am tak tahu apa-apa? Are you serious? I'm  just 16 years old at that time. I know every single things you do dato."kata Amsyar sambil merenung tajam papanya.

" Am..."pantas percakapan Dato Al-Amin dicantas oleh Amsyar.

"Dah laa dato. Saya dah penat. Suka hati saya la nak pergi mana. Saya dah besar. Dah 28 tahun dato."

"Sebab dah besar la papa tegur. Ni makin besar makin biadap. Am nak pergi mana? Lumba haram? Apa yang tak cukup lagi? Duit? Papa boleh bagi duit. Tak perlu lah nak berlumba. Nak jadi apa? Jadi mat rempit?"sinis tutur Dato Al-Amin. Amsyar yang berjalan ke pintu lantas menghentikan langkah dan berpusing menghadap papa.

"Jadi mat rempit lagi ok dari jadi lelaki yang tak guna macam dato. Biadap dan tak bertanggungjawab. Biadap sebab mempermainkan perasaan seorang isteri. Tak bertanggungjawab sebab biarkan saya dan mama terkontang-kanting sedangkan kau boleh mengatal dengan perempuan tuh!" Herdik Amsyar lalu terus melangkah keluar dari rumah itu dan memecut laju motornya di atas jalan raya. Ya, itu yang akan dilakukan Amsyar sekiranya dia serabut dan mempunyai masalah. Masalahnya seolah-olah terbang ditiup angin dan dia akan berasa sedikit tenang jika berbuat demikian. Lamunan Amsyar terhenti apabila terdengar suara seseorang meminta tolong. Amsyar memasang tongkat motornya dan mencabut kunci sebelum beredar untuk mencari punca suara itu. Macam suara perempuan. Manusia ke hantu? Amsyar berteka teki di dalam hati. Merepek lah kau Am. Mana ada hantu, monolog Am sambil mengelengkan kepala.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now