"Thanks sebab teman saya pergi klinik dan buat report" ucap Rish sambil menayangkan senyuman yang manis untuk Amsyar. Amsyar terpaku memandang Rish yang tersenyum manis kepadanya. Indahnya ciptaan tuhan yang ada di depannya ini."Awak?"panggil Rish apabila Amsyar memandangnya tidak berkelip.
"Hah? Ye. No problem. Small matter. Memang tanggungjawab saya sebagai seorang lelaki budiman untuk tolong orang yang memerlukan lagi-lagi wanita," kata Amsyar dengan senyuman yang meleret.
"Eh eh, masuk bakul angkat sendiri pulak awak nie. Abah awak, budiman. Kalau budiman sangat awak tak sakitkan hati saya tau," kata Rish dengan jelingan.
"Eh bila aku sakitkan hati kau?"
"Masa kita berlanggar kat restaurant tempoh hari dengan tengah hari tadi," kata Rish sambil berpeluk tubuh.
"Eh tu memang salah kau ok. Kau yang langgar aku," balas Amsyar sambil membulatkan mata. Ewah perempuan nie, lebih-lebih pulak.
"Abah awak! awak yang salah bukan saya!"bangkang Rish.
"Suka hati kau lah." Muka menyampah ditayangkan Amsyar kepada Rish. Nak dia je menang. Rish sudah gelabah. Aduh, mamat nie merajuk ke?
"Err..okay, okay salah saya. Mintak maaf," tutur Rish sambil memandang wajah Amsyar yang kacak.
"Ok. Emmm.. Emm.. Rish.." Amsyar mengaru kepalanya. Aduh asal aku gelabah nie. Rish sabar menanti ayat Amsyar yang tergantung..
"Awak? Awak nak cakap apa?"
Relek Amsyar. Relek. Amsyar menarik nafas dalam sebelum menuturkan kata.
"Emm.. Boleh tak nak your phone number? Sebagai tanda mintak maaf, kau kena kasi phone number. Cepat sini kasi no," kata Amsyar sambil cuba menayangkan muka selamba. Ya ampun, malunya. Relek Am,relek. Rish mengangkat kening. Nak phone number? Dia nak buat apa?
"Cepat lah. Dah malam nie. Aku nak balik lagi," gesa Am.
"Ouh ye, kita kawan ok? Sebagai tanda aku maafkan kau,kita jadi kawan," sambung Am.
"Okay kita kawan. Btw oleh kerana kita kawan, saya nak tahu nama awak and nick name awak boleh?" soal Rish.
"Ouh, nama aku Amsyar. And suka hati kau la nak panggil Am ke syar ke abang pun boleh. Tak kesah,"kata Amsyar nakal sambil mengeyitkan mata. Rish membuat gaya orang nak muntah sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Amsyar.
" yulks! Abang? Abah awak, abang. Err bila masa tah mama saya lahirkan awak." Jelingan maut Rish berikan kepada Amsyar setelah berkata demikian. Gatal! Lelaki tetap lelaki. Pantang tengok perempuan lawa sikit. Mula lah nak mengatal.
"Tak kesah la, cepat lah bagi number phone. And tak baik tau kutuk orang walaupun dalam hati"
Eh eh mamat nie, tahu je aku tengah kutuk.
"Ok fine. 01113090215, dapat?" Soal Rish dengan senyuman sinis.
"Mana dapat. Awak memang pernah bercita-cita nak jadi rapper ke apa? Laju semacam."
"Nasib lah kalau tak dapat. Saya bagi sekali je. Byeeeeee." Rish terus masuk ke rumah sambil tergelak jahat. HAHAHAHA rasakan. Gatal sangat. Fikir aku senang-senang je nak kasi nombor? No way!
Cheese cake punya perempuan! Aku tak sempat lagi save no kau. Tak pe lain kali aku paksa kau bagi aku jugak. Amsyar terus berlalu. Rish hanya tersengih dibalik langsir melihat muka masam Amsyar. Dah macam orang kena sembelit je muka. Ceh, pikir kau siapa nak ambik nombor phone aku. Rish terus melangkah ke bilik, namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara garau menegurnya.
"Dari mana Rish nie. Tak reti tengok jam ke dah pukul berapa?" Rish menoleh untuk melihat wajah si pemilik suara itu. Rish memandang kosong wajah insan tersebut. Hailah aku penat nak tido ada pulak orang nak bebel pagi-pagi buta nie,rungut hati Rish.
"Dari butik. Rish tertidur kat butik then terjaga terus la balik sini," balas Rish tanpa menceritakan dengan lebih lanjut apa yang berlaku sebelum dia sampai di rumah.
"Papa tak buta lagi Rish. Dari butik apanya kalau ada laki siap follow Rish sampai depan rumah?soal Dato Qairi.
"Dia just teman kan Rish. Rish hampir kena rogol masa nak balik tadi dan dia yang selamatkan Rish. Dia juga yang teman Rish pergi report polis. Puas hati papa?"
"What" terjerit Dato Qairi mendengar ayat yang keluar dari mulut anak gadisnya itu langsung mengejutkan semua orang.
"Abang, Rish kenapa nie?"soal Datin Alisya cemas. Dia takut anaknya berperang dengan suaminya memandangkan dia lihat muka suaminya yang memerah.
"Kenapa tak call papa? Why?"soal Dato Qairi kepada anaknya tanpa menjawab pertanyaan isterinya.
"Dalam situasi cemas macam tu mana boleh fikir apa dah. Don't worry la papa. I'm fine."
"Boleh tak sesiapa beritahu saya apa yang berlaku sekarang?"soal Datin Alisya sambil memandang wajah suami dan anaknya silih berganti.
"None of your business la mama."
"Rish! Sedar tak Rish cakap dengan siapa nie?"soal Dato Qairi dengan suara yang sudah naik seoktaf.
"Sedar papa. Cukup sedar. Rish tengah bercakap dengan Datin Alisya. Orang yang dah hancurkan anak dia sendiri sejak 5 tahun lepas!" Jerit Rish dengan lantang.
"Rish!" Jerit Dato Qairi dan abangnya, Qhusyairi serentak.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap nie Nur Aliya Qairisha?" Soal si abang dengan perasaan marah yang tertahan. Dia sudah lama bersabar melihat tingkah laku Rish yang biadap terhadap mamanya, insan yang telah melahirkan dirinya.
"Sedar abang. Rish sedar. Dan Rish yakin abang, papa dan mama tahu apa yang jadi 5 tahun sudah kan?" Soal Rish sambil menahan air matanya dari mengalir. Dia terus nelangkah ke biliknya dan menghempas pintu dengan sekuat hati. Di dalam bilik Rish menangis sepuasnya. Dia cukup sakit. Sakit apabila mengenangkan perkara yang berlaku 5 tahun lepas. Dia benci! Benci dengan mamanya. Semuanya berpunca dari perempuan tua tuh!! Jerit hati Rish.
Datin Alisya ditenangkan oleh suami dan anak lelakinya. Dia menangis tersedu sedan mengenangkan kata yang terucap dibibir anak gadisnya sebentar tadi. Mengapa takdir dia sebegini? Dia dibenci oleh anaknya sendiri. Anak yang dia kandungkan 9 bulan. Mengapa anaknya bertindak kejam menyalahkan dia atas apa yang berlaku 5 tahun lepas? Mengapa?
Hai guys..hah ok x? Sorry kalau hambar.. Btw 'abah awk' tu patutnya 'abah kau' Alah korg xpenah ke ckp 'abah kau' kat kwn² bila geram? Jgn pening dh la masa bce. Oleh kerana Rish tu guna gnti nama diri saya-awak. So jadi lah abah awk.. Hahahaha..okk byeeee.. Jgn lupa vote ye..sebarang cdgan,komen or apa² je, leh la bg tau.. Tqqq bg yg view.
YOU ARE READING
Aliya Qairisha
Narrativa generalePreviously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta?" "Eh, awak yang langgar saya nak cakap saya yang langgar awak pula." "Yes you're." "No! I'm not!" "Yes you're." "Whatever." Perlan...