Rish memandang lama kubur itu. Nisan yang tegak di kubur itu diusap. Tiada lagi air mata yang mengalir di pipi saat kubur itu ditatap. Yasin kecil yang berada ditangan terus dibuka. Rish mula mengalunkan ayat suci itu dengan perlahan.
"Rish, mari balik. Dah tengah hari ni. Panas."
Aku hanya menganggukkan kepala buat Ain. Pusara itu aku usap sekali lagi.
"Ain singgah restoran Thailand selalu tu. Tiba-tiba teringin nak tomyam." Rish menayang sengih buat Ain.
"Mengadalah kau ni. Hah ye la," rungut Ain.
"Yeah. Sayang Ain!"
"Gedik. Mengada!" Ain membebel.
"Dalam kereta jangan main phone la Ain." Rish menegur Ain yang sedang berbalas whatsapp. Entah siapa lah yang dia whatsapp. Suami kot.
"Traffic lights kan. Releks sudah." Ain terus bermain phone. Setelah lampu menjadi hijau dia terus menyimpan telefonnya.
"Yeah.. Dah sampai. Tak sabarnya nak makan tomyam."
Ain menjulingkan matanya. Macam budak-budak!
Ain memarkir keretanya dengan cermat. Rish di sebelah dikerling sekilas.
"Fikir apa tu Rish? Tadi bukan main seronok dah sampai. Tiba-tiba termenung pulak."
Aku menoleh ke arah Ain.
"Fikir pasal dia."
Ain melepaskan nafas berat.
"Kau pregnant tau Rish. Jangan stress. Chill. Releks je."
"Aku rindu dia."
Ain menoleh ke arah Rish. Dia menepuk paha Rish dengan geram.
"Apa ni Ain. Sakitlah!" Rish merungut apabila Ain menepuk pahanya. Fikir paha gebu aku ni apa? Paha ni nanti tempat anak aku nak baring tau tak?
"Kau ni mengada tau. Rindu-rindu. Lepastu stress. Aku sepak juga kau nanti. Dah lah. Jom keluar. Tadi kata lapar."
Ain dan Rish menapak keluar daripada kereta dan berjalan menuju ke restoran Thailand kegemaran mereka.
"Bukan aku yang rindu la. Anak aku yang rindu sebenarnya. Blah la kau. Harap je dah jadi mak orang tapi tak memahami jiwa ibu mengandung macam aku. Menyampah!" Rish mencebik.
Ain terus menepuk dahi Rish kuat.
"Ain! Sakit lah! Ish." Rish memarahi Ain. Wajah empat belas ditayangkan buat Ain.
"Hah tu sebab kau sengal. Apalah alasan baby rindu. Kalau kau yang rindu cakap je lah."
"Ish. Aku cakap aku rindu dia kau marah. Aku cakap baby yang rindu pun kau marah. Yelah! Aku rindu suami aku. Puas?"
"Puas." Sapa satu suara.
Rish terus menoleh ke belakang. Senyuman terus ditarik.
"Bie! Bila sampai Malaysia? Hmm I miss you so much!" Rish terus memeluk Amsyar sambil merenggek. Serius dia merindui suaminya itu. Amsyar terbang ke Mekah bagi menunaikan umrah. Tetapi kerana Rish mengandung dia tidak dapat turut serta. Amsyar tergelak melihat teletah isterinya yang terlebih manja.
"Baru je sampai sayang."
"Daripada airport ke? Naik apa datang sini?" Rish melentokkan pula kepalanya pada bahu Amsyar. Tangan kanannya memeluk lengan Amsyar manakala tangan kirinya bermain-main dihujung kemeja Amsyar.
"Bie terbang je daripada airport nak ke sini." Rish mencebik mendengar jawapan suaminya.
"Loyar buruk lah bie ni! Orang tanya betul-betul dia main-main pulak."
"Hahaha bie minta driver tak berbayar ambil bie."
Berkerut dahi Rish.
"Siapa?"
"Abang Ri la.. Hahahah."
"Ish ada ke kata abang Ri driver. Tak baik tau!"
"Hahaha.. Ye la.. Sorry."
Rish hanya tersengih.
"Bie sayang nak pergi toilet sekejap."
Amsyar hanya mengangguk. Suasana menjadi hening lagi janggal memandangkan hanya tinggal Amsyar dan Ain sahaja. Ain mengerling jam tangannya.
"Dah lah. Aku nak balik. Tugas aku jadi driver si Rish dah selesai."
"Eh. Nak balik dah? Tak nak makan sekali ke?" soal Amsyar.
"Tak nak lah. Aku nak pergi dating dengan suami aku kejap lagi."
"Ouh. Terima kasih kerana sudi jadi driver bini aku. Kirim salam kat suami kau."
Ain hanya mengangguk dan berlalu.
Rish yang baru kembali daripada tandas memandang sekeliling."Mana Ain?"
"Dia dah balik. Katanya nak dating dengan suami."
Rish hanya mengangguk.
"Macam mana bie tahu sayang dekat sini?" soal Rish sambil membelek menu makanan.
"Ain la. Tadi bie whatsapp dia."
"Ouh."
"Sayang ziarah kubur Sarah ye tadi?"
Soalan Amsyar dibalas dengan anggukkan. Dia masih leka memilih menu untuk dipesan. Setelah membuat pilihan dia terus memanggil pelayan untuk mengambil pesanannya.
"Sayang macam mana harini? Sihat? Baby macam mana?"
"Baby sihat. Tadi masa check up sayang dengar degupan jantung dia." Rish bercerita dengan senyuman yang mekar diwajah.
"Sayang pula? Sayang sihat?"
"Sayang? Hmm sayang tak sihat."
"Tak sihat? Sayang demam ke? Or sayang ada sakit dekat mana-mana?" soal Amsyar bertubi-tubi. Dia mula risau.
"Tak, sayang tak demam. Tak sakit mana-mana pun."
"Habis tu?"
"Sayang sakit..sakit rindu." Wajah seposen ditayangkan Rish buat Amsyar.
"Sayang! Bie risau tahu tak?" marah Amsyar.
"Hah macam tu la juga sayang rasa masa tengok bie dah terlantar dekat hospital tempoh hari."
"Sayang.."
"Apa? Hmm. Sayang tak boleh bayang hidup tanpa bie. Please jangan cuai lagi." Rish menatap mata Amsyar dengan pandangan redup.
"Ok. I promise." Amsyar mengangkat tangan seperti gaya orang berikrar.
Sungguh. Mahu luruh jantung Rish apabila dia dikhabarkan dengan berita Amsyar ditikam saat dia tersedar daripada pengsan.
Qhusyairi pula hanya luka kecil akibat bergasak dengan Jeff. Jeff cuba melarikan diri setelah dibiarkan sendiri.
Jeff keluar menggunakan pintu depan kerana dia pasti Amsyar dan Roy di dapur. Malangnya Jeff dihalang oleh Qhusyairi dan beberapa orang kawan Amsyar.
Mulanya dia hanya dihalang oleh Qhusyairi. Setelah dapat mencapai sebatang kayu yang berhampiran dengan kawasan mereka bertumbuk, dia memukul Qhusyairi. Mujur sahaja Irfan dan John kebetulan ada disitu. Jadi mereka menolong Qhusyairi.
"Dah tak mahu Monyok-monyok. Nanti muka baby jadi macam tu pula. Hah kan dah susah."
Ayat yang meluncur keluar daripada mulut Amsyar menyebabkan tawa Rish pecah. Bayangan kejadian hampir 3 bulan yang lepas terus terbang dari ingatannya.
Terima kasih Allah. Kau berikan aku kesempatan untuk membina keluarga bersama suami tersayang.
Ye sis tau sis baik sbb biarkan amsyar hidup.. So sila comment aishah comel ok. Muahahahaha..
YOU ARE READING
Aliya Qairisha
Ficción GeneralPreviously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta?" "Eh, awak yang langgar saya nak cakap saya yang langgar awak pula." "Yes you're." "No! I'm not!" "Yes you're." "Whatever." Perlan...