haiii..you guys rindu i x? hehehe..Isnin ni sy trial..doakan saya dapat jwb dengan tenang dn doakan juga sy pnye result trial flying colours tauu..
"Muhammad Amsyar Rayyan Bin Muhammad Al-Amin"
"Saya.."
"Aku nikahkan dikau dengan anak aku Nur Aliya Qairisha Binti Muhd Qairi dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.."
Dada aku berdegup kencang selepas dengar papa lafazkan akad. Aku mimpi je kan?
"Aku terima nikah Nur Aliya Qairisha Binti Muhd Qairi dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.."
"Sah."
Betul ke ni? Aku bukan bermimpi ke? Allahu. Aku dah jadi isteri Amsyar dengan sekali lafaz je? Hmm.. air mata aku turun meleleh-leleh pulak. Tak tahu kenapa. Meleleh sebab gmbira atau sebab jadi pengantin express? Entah lah.. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu sekarang ni aku nak pelangkung kepala si Amsyar ni. Gila betul. Lepas dia cakap nak nikah sekarang tu dia terus call papa aku dan papa dia suruh datang pejabat agama. Hmm.. Elok aku berangan nak nikah kat masjid pakai baju lawa semua siap hantaran end up nikah kat pejabat agama dengan baju kerja. Memang kerja gila betul. Melihat tok kadi, papa, amsyar dan papa mertua aku menadahkan tangan, aku,mama dan ibu mertua aku turut menadahkan tangan mengaminkan doa yang di baca oleh seorang ustaz di sini bagi merahmati hubungan kami suami isteri. Selesai mengaminkan doa, Amsyar mara ke arah aku dan menyarungkan cincin ke jari manis aku. Perlahan-lahan aku menjabat tangannya dan mengucup sopan tangan insan yang telah bergelar suami. Usai mengucup tangannya, Amsyar meletakkan tangan kanannya ke atas kepala aku.
"Allahhumma inni as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa 'alaihi wa a'uudzu bika min syarriha wa min syarri maa jabaltahaa 'alaihi. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang kau ciptakan pada dirinya."
Tersentuh hati aku mendengar bacaan doanya. Dari arab, dia baca maksud doa tu sekali. Masya Allah. Terima kasih Ya Allah. Kau kabulkan impian aku selama ini. Berguguran air mata aku buat kali kedua. Amsyar mengesat air mata aku dan melemparkan senyuman paling manis buat aku. Secara spontan, aku terus membalas senyumannya dengan senyuman paling manis yang aku ada.
"Ehemmm.."
AKu dan Amsyar terus menoleh ke arah suara itu.
"Tak payah nak senyum bahagia sangat. Sekarang jom balik."
Aku mencerlungkan mata buat empunya suara. Wajah itu aku jeling kemudiannya.
"Alah jeles la tu kan aku dah kahwin dulu sebelum kau? Wekkkk.."
Lidah aku jelirkan khas buat si abang yang cemburu melihat aku yang sudah halal buat Amsyar.
"Dah, sudah. Tak malu ke nak bergaduh depan ustaz dan tok imam kat sini?"
Haa..kan dah kena bebel dengan papa kitaa.. Amsyar tergelak melihat muncung panjang aku.
"Rish sayang, mama tak sangka anak mama dah nikah dah."
"Hmm.. Rish pun tak sangka cepat sangat. Mama tanya yang kat sebelah ni."
Mama tergelak.
"Rish, dah jadi isteri ni, kita kena jaga semua keperluan suami. Dengar cakap suami. Jangan ingkar perintah dia selagi perintah dia tak melanggar syariat islam."
"Baik mama, insya-Allah Rish akan jadi isteri yang terbaik dan solehah buat Amsyar."
Senyuman aku lemparkan kepada mama sebelum kami berpelukkan.
"Ibu harap, lepas ni Rish boleh jaga Am. Dia manja sangat sebenarnya Rish.."
"Ish ibu ni.. Ke situ pula. Am mana ada manja." Amsyar cuba membela diri.
"Hahaha, ibu, mama,Amsyar ni jangan cakap la. Manja dia tu sampai tak larat Rish layan."
"Dah mari balik. Kita ada banyak lagi perkara yang hendak dibincangkan. Lagi-lagi pasal dua orang ni.." potong Dato' Al-Amin yang sejak tadi mendergar perbualan kami.
"Betul. Banyak benda yang kamu berdua kena selesaikan. Soal jemputan, kenduri dan sebagainya lagi. Baju-baju untuk persandingan kamu berdua lagi." sokong papa
Kami semua mula melangkah ke kereta masing-masing. Amsyar menautkan tangannya dengan tanganku. Dia tersenyum manis. Masya Allah. Sungguh kacak manusia depan aku ni. Hati aku berbunga-bunga melihat wajah bahagia suami tercinta. Indahnya perasaan ini. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini. Sungguh, aku bersyukur dengan takdir yang tulis buat aku ya tuhan.
Hai guys..sorry pendek je..pas trial klu free sy update la eh..klu x lps spm..huhuhu..xsangka nk abis sekolah dahh..doakan saya tau. syg korgg.
YOU ARE READING
Aliya Qairisha
Ficción GeneralPreviously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta?" "Eh, awak yang langgar saya nak cakap saya yang langgar awak pula." "Yes you're." "No! I'm not!" "Yes you're." "Whatever." Perlan...