Bab 17

7.2K 279 5
                                    

"Amsyar! Malu papa. Mana papa nak letak muka papa? Apa nak jadi dengan Am nie huh?" Suara Dato Al-Amin memenuhi ruang tamu itu. Amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat panggilan dari pihak polis untuk menjamin anaknya yang ditangkap kerana merempit. Amsyar hanya diam dan tidak memberi sebarang  respon kepada papanya.

"I'm talking to you Muhammad Amsyar Rayyan! Answer me!"

Amsyar memandang wajah papanya dengan pandangan yang kosong.

"Jawab! Apa nak jadi dengan Am? Sampai bila nak terus buat perangai macam nie? Sampai bila?"jerkah Dato Al-Amin.

"Sampai mati." Jawapan Amsyar mengundang maut. Dato Al-Amin terus mara ke hadapan anaknya dan satu tamparan dilayangkan ke pipi anaknya itu.

Amsyar terus berlalu ke biliknya. Pintu dihempas kuat. Dia terus merebahkan badan ke atas katil. Kepalanya serabut. Shit. Sial. Malang pulak malam nie. Mata dipejamkan beberapa kali. Tak nak lelap pulak mata nie. Amsyar merenung syiling biliknya lama. I miss you mama. Amsyar mengeluh halus.

"Bang kenapa tampar dia? Dia kan anak abang." Suara Datin Raudah yang lembut  membuatkan Dato Al-Amin menoleh ke belakang.

"Sebab dia anak abang la abang buat macam tuh. Makin besar makin kurang ajar pula. Awak jangan nak bela sangat budak tu."

"Abang, bukan begitu caranya. Saya tahu Am tu anak yang baik. Kalau kena gayanya, mesti dia tak buat perangai macam tu. Dia nakkan perhatian abang saja. Abang terlalu sibuk dengan kerja sampai abaikan dia. Berbaik la dengan dia bang. Kesian dia. Sebelum arwah pergi, dia selalu dapat perhatian dari arwah. Lepas arwah pergi, abang kahwin dengan saya. Dia mungkin rasa tergugat dan rasa yang perhatian abang akan lari. Itu saja sebabnya. Cuba la abang kasi perhatian dekat dia. Mana tahu dia berlembut hati dan dapat jadi macam dulu," ujar Datin Raudah dengan lembut sambil memujuk suaminya agar berbaik dengan anak tirinya.

"Awak sudah-sudahlah bela dia. Dia hormatkan awak pun tidak. Apa yang..."

"Dia tak tahu perkara sebenar. Sebab itu dia macam tu. Cuba kalau dia tahu perkara yang sebenar. Dia tak akan macam tu. Abang, sampai bila abang nak rahsiakan? Saya tahu dia anak yang baik. Silap kita yang rahsiakan. Kalau kita tak rahsiakan keadaan sebenar, doa takkan macam tu abang," pantas Datin Raudah memotong kata suaminya.

"Beritahu perkara yang sebenar? Banyak kali abang cuba bagi tahu. Tapi dia yang mengelak. Asal abang buka mulut pasal mama dia, dia mula melenting, marah abang,lepas tu terus pergi. Macam mana abang nak beritahu? Abang selalu nak berbaik dengan dua tapi dia yang tak nak. Abang kadang-kadang rasa macam.."

"Abang, saya tahu abang. Saya faham apa yang abang rasa. Abang tak perlu la rasa bersalah. Ini semua juga permintaan arwah. Arwah yang minta abang kahwin dengan saya supaya Am dapat ibu tiri yang baik. Arwah tak nak Am diseksa oleh ibu tiri macam dalam drama tv. Arwah juga yang amanahkan saya agar jaga Amsyar macam anak saya sendiri. Sayang dia, kasihi dia macam mana arwah buat. Saya juga yang salah sebab tak dapat nak ambil hati Am, tak dapat didik dia. Maafkan saya. Sebab saya Am jadi macam tu," celah Puan Raudah. Amsyar terkaku. Niatnya yang ingin turun ke dapur untuk menghilangkan dahaga terbantut. Betul ke apa yang aku dengar nie? Please kata yang semua nie tipu je. Please. Kalau semua ni betul, apa yang aku dah buat selama ni? Aku biadap dengan papa, aku sakitkan hati orang yang tak bersalah. Aku hina perempuan yang sanggup laksanakan amanah mama walaupun aku  buat macam-macam dekat dia. Shit! Sial! Aku benci rasa serba salah macam nie. Amsyar terus naik ke bilik. Dia perlua tenangkan fikiran. Beg galas segera dicapai. Baju disumbat ke dalam beg. Aku kena blah. Blah dari sini buat sementara. Aku kena waraskan balik otak aku yang berserabut nie. Dato Al-Amin dan Datin Raudah terkejut melihat Amsyar turun dengan tergesa-gesa.

"Am nak pergi mana nie?"soal papanya.

"Am perlukan ruang, masa dan ketenangan buat sementara. Bye papa. I got to go." Pantas tangan Dato Al-Amin diraih sebelum mengucupnya dan berlalu pergi.

Ok kepada readers sorry kalau citer nie dh mcm merapu sikit. Dah macam sinetron pulak. Ngeh ngeh ngeh ngeh.. Btw please keep reading my novel. Hope you all enjoy. Muah. Please vote. Tqvm.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now