Bab 58

8.3K 209 24
                                    

Rish membuka matanya. Senyuman terus terlakar diwajahnya apabila dia terpandang wajah tenang suaminya yang sedang enak bermimpi. Tangan halusnya dibawa ke wajah itu. Wajah tenang Amsyar diusap. Daripada mata, turun ke hidung dan pandangan Rish akhirnya jatuh pada bibir suaminya.

"I love you," bisik Rish perlahan.

Rish mengucup pipi dahi dan pipi Amsyar. Bibir comel milik Amsyar dipandang lama. Nak kiss ke tak? Mmmm... Rish berfikir. Dia tidur kan? Kiss je la.

Rish terus mengucup bibir milik Amsyar. Mata Rish tiba-tiba terbuntang apabila kucupannya berbalas malahan pelukan Amsyar semakin erat.

"Pagi-pagi dah nak goda bie ke?" Amsyar menyoal isterinya dengan mata tertutup.

"Ma..ma..mana ada! Dia yang gatal ada lah!"

Mata Amsyar terus celik. Wajah isterinya yang sudah memerah akibat malu dipandang.

"Siapa yang kiss dulu? Bie ke sayang eh? Rasanya sayang yang kiss dulu. Tapi kenapa bie pulak yang dituduh gatal? Hmm...Musykil ni.."

"Diamlah!" Rish terus bangun dan berlari masuk tandas. Malu tak payah cakap lah! Adeh, dia pun dah bangun ke tadi?

"Diamlah!!! Gelak apa kat luar tu!" Rish menjerit dari dalam tandas apabila tawa suaminya menjadi irama yang menghilangkan suasana sepi di pagi hari. Tak guna betul. Gelakkan aku pula. Aku sepak sekali kejap lagi tahulah kau langit tu tinggi ke rendah!

Keluar daripada bilik mandi Rish terus menyarung pakaian dan bersiap untuk bersolat. Amsyar yang baru sahaja masuk ke bilik dikerling sekilas. Mandi bilik tetamu la kot suami aku ni.

Aku menanti sang suami siap berpakaian. Ye la nak solat berjemaah bersama-sama la katakan. Dapat 27 pahala tau!

Usai mengimamkan solat Subuh, Amsyar menoleh ke arah aku.

"Lepas ni siap tau."

Aku mengerutkan dahi.

"Nak pergi mana?"

"Ada lah. Dah, siap tau."

Aku pantas menahan Amsyar daripada bangkit dari duduknya. Tangannya aku raih dan terus aku kucup.

"Sayang minta maaf ye kalau ada buat salah."

Amsyar tersenyum kepada aku. Kepala aku terus diusap oleh Amsyar seperti kanak-kanak berusia 3 tahun.

"It is okay."

Aku terus melentokkan kepala ke atas pahanya dengan manja. Amsyar tergelak.

"Manjanya isteri bie ni."

"Mestilah. Kalau bukan dengan bie sayang nak manja dengan siapa lagi?"

Amsyar mencuit hidung aku.

"Dah, siap. Sekejap lagi kita nak keluar."

"Orite."

***

Ahhh penat! Mana tak penatnya seharian aku mengemas rumah.

"Penat?"

Aku menoleh ke arah suara itu. Senyuman aku hadiahkan buatnya yang sedang memeluk aku.

"Mmm."

"Nak rehat?"

Aku hanya mengangguk. Sungguh aku penat sekarang ni. Keluar yang dimaksudkan Amsyar ini rupanya. Pindah rumah. Vila setingkat ni boleh tahan besar. Penat aku mengemas.

Macam mana aku tak penat. Ruang tamu je dah luas macam padang bola. Kalau aku dah beranak nanti tak ke jenuh nak kemas? Aku akan pastikan Amsyar yang kena kemas rumah ni kalau bakal anak-anak dia buat sepah. HAHAHA.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now