Bab 41

6.5K 204 17
                                    

Rish menyelongkar hand bagnya. Ishh mana nie!! Fail yang ada diperiksa satu persatu. Habis berselerak seluruh ruang kerjanya. Dia mencapai kunci keretanya dan bergegas keluar dari ruang itu. Seluruh ruang keretanya diperiksa pula. Masya Allah! Mana pula diari cinta aku dengan Amsyar tu? Takkan laa.. Segera dia masuk semula ke dalam butik. Langkah kaki terus dibawa ke pejabatnya. Hand bagnya disambar. Dia terus terus berlari anak. Dia tak banyak masa!

"Eh Rish, kau nak pergi mana rushing sangat nampaknya ni?" Rish hanya menoleh sekilas sambil langkah kaki terus dipercepatkan ke arah pintu butik .

"Ada hal sekejap. Tengokkan butik ye?" Sempat dia menitipkan pesan buat rakannya itu, siapa lagi kalau bukan Rina. Kereta terus dipandu laju meninggalkan butiknya itu. Sampai sahaja di destinasi yang dituju, Rish terus bergerak ke pintu utama hotel dimana dia berlanggar dengan jejaka yang mirip Amsyar itu. Seluruh ruang dan tempat yang hampir ditempat kejadian diperiksa Rish dengan teliti. Nak nangis rasanya Rish sekarang ini. Mana diari aku!!! Pekerja hotel yang dari tadi memandang pelik ke arah Rish terus menghampiri Rish.

"Err. Maaf cik,apa yang boleh saya bantu? Dari tadi saya perhatikan cik ni, macam gelisah semacam. Cik cari apa ye?"

                  ********

Buku yang dibawa bersamanya tadi ditilik lagi. Hatinya semakin tertanya-tanya apa isi kandung buku itu. Perlahan-lahan buku itu dibuka dengan penuh sopan dan santun. Terkejut Amsyar. Muka surat pertama buku itu sahaja sudah membuat dia terkejut apabila terlihat ada gambarnya ditampalkan disitu. Perasaan ingin tahu yang bermukim di hati Amsyar semakin membuak-buak. Dia mula membaca isi buku itu dari satu muka ke satu muka. Sekejap-sekejap dia tergelak, sekejap-sekejap dia tersenyum. Sungguh dia tidak sangka yang gadis idamannya, Nur Aliya Qairisha boleh tahan romantiknya. Penuh buku itu dengan gambar-gambar yang telah diprint, tulisan yang ditulis dengan pen berwarna-warna, ayat-ayat puitis yang tak pernah dia jangka akan keluar dari mulut Rish juga turut dicoretkan disitu. Seketika Amsyar dirudung pilu. Jika dia sayang aku sampai begini sekali, mengapa dia meminta putus? Mengapa dia menamatkan hubungan ini? Persoalan itu dibiar seketika. Dia menyambung pembacaannya semula. Tajuk yang ditulis dengan besar dimuka baru itu sangat menarik minat Amsyar.

Missing Him

Dear diari, I miss him soo bad! Rindu aku nak dengar suara dia, gelak dia. Rindu nak dia sakat aku. Rindu nak dengar dia nyanyi untuk aku. Argh hati ini terlalu rindukan segalanya tentang dia. Wahai hati, tabahlah dikau. Engkau yang memilih ini semua. Engkau tak dapat patah balik Rish. Sedar lah kenyataan ini, dia bukan lagi milik kau! Pedih? Sudah semestinya. Hati mana yang tidak pedih jika terpaksa berpisah dengan orang yang kita sangat sayang? Hmm, benci ke dia dengan aku? Aku harap sangat dia tidak membenci aku kerana aku buat semua ini demi dia. Demi dia! Aku terpaksa! Terpaksa! Hati kecil aku ini tidak rela. Aku tiada pilihan. Amsyar maafkan saya. Walaupun saya yang memutuskan, awak harus tahu yang saya sangat sayang dan rindukan awak. Rindu sangat. Tolong, tolong muncul dalam mimpi saya, sekurang- kurangnya dapatlah saya melepas rindu. ='(

Your minah kerek,
Qairisha.


                    *********

Rish mengaru-garu kepalanya yang berlapik dengan tudung itu. Tudung? Ye, Rish sudah mula berubah. Dia sudah bertudung litup sejak sebulan lepas. Mukanya bagaikan orang yang bakal hilang nyawa bila pekerja itu tidak menjumpai diarinya. Hmm, kenapa firasat aku mengatakan bahawa lelaki itu yang ambil? Dia ambik? Srs la? Kalau dia baca macam mana? Mamaaaa malunyaaa!!! Macam mana ni? Aku kenal mamat tu pun tak. Macam mana aku nak cari dan minta diari alu balik? Huaaaaa. Rasa nak nangis dekat sini juga. Rish terus berlalu ke kereta. Seketika dia termenung di dalam kereta. Keluhan berat terlepas dari mulutnya. Kereta dihidupkan. Dia terus meluncur laju ke tasik kegemarannya. Bangku kosong di duduk Rish. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuhnya terasa nyaman sekali. Rish termenung lagi. Muka dia sama dengan Amsyar. Tapi mustahil dia Amsyar. Amsyarkan dispatch je, mana mungkin dia boleh pakai blazer macam tu. Siap datang hotel lagi. Kaya tu. Nama pun lain. Nama lelaki tu Rayyan nama kekasih aku dulu tu Amsyar.  Entah lah. Rish melihat keadaan sekeliling. Dan matanya tertancap kepada satu figura. Itu Amsyar! Dia duduk bersama kawan dia Irfan selang tiga bangku. Rish memandang lama wajah itu. Rindunya. Dia terus bangun untuk meninggalkan tasik itu.

"Hai."  Suara itu. Rish menoleh. Amsyar? Betul ke Amsyar di depannya?

"Err.. hai?"

"Lama tak jumpa. Apa khabar?"

"Baik. Bye I got to go."

"Rish, tunggu." Rish menoleh. Keningnya dijengketkan sebelah.

"Awak tak rindu saya ke? Awak tolong la bagi tahu saya apa salah saya."

"Apa salah kau? Huh. Kau membosankan! Itu salah kau." Rish terus berlari meninggalkan Amsyar. Air mata terus mengalir sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam kereta.

Hai guys.. ok nah i update. Sorry klu hambar dn bosan. Jgn lupa vote n comment ok? Ouh yeaa teruk kn rish nama penuh pkwe pun tak tahu😂😂😂😂 HAHAHAHA.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now