Bab 47

6.2K 201 9
                                    

Amsyar menoleh ke arah suara itu. Keningnya terjongket seketika. Nampak macam familiar tapi dekat mana eh?

"Aku Amsyar. Lagi empat orang nie budak aku."

"Ok tak kesah. Sekarang ni apa urusan kau dengan mamat nie?" Amsyar menjeling sekilas ke arah orang yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Hariz.

"Aku nak bagi dia pengajaran sikit. Tapi tak sangka dia dah dapat pengajaran lebih awal."

"Ouh. Apa kata kita sama-sama bagi pengajaran terakhir untuk dia sebelum dia jumpa tuhan. Nak?"

Amsyar mengerutkan dahi. Otaknya ligat berputar. Sedang pertimbangkan ajakan lelaki itu barangkali. Amsyar seketika menoleh ke arah rakannya. Keningnya yang dijongketkan bagaikan berbicara dengan rakannya tiga orang itu. Matanya beralih pula ke arah Zack. Seketika matanya berbicara. Zack mengangguk tanda mengerti. John dan Arif sudah saling berpandangan. Apakah? Nak membunuh? Seriuskah Amsyar atau dia sekadar bercanda? Persoalan itu berlegar-legar di minda mereka.

                   
                     ********

"Hi! Miss me?"

Suara itu. Ya Allah. Aku mimpi saja kan? Tolong kejutkan aku jika aku bermimpi sahaja. Muka si pemilik suara yang amat menjengkelkan itu benar-benar menganggu mata Rish. Rasa nak tercabut keluar biji mata pun ada. What the....mother father gentleman betullah! Jelingan maut diberikan buat si pemilik suara itu. Renungan tajam juga turut diberikan.

"Why are you here?"

"Tak rindu ke?"

"Tak!"

"Sampai hati."

"Tak kesah la sampai hati ke tak sampai hati ke yang kau buat aku terkejut tu apasal?"  Habis sahaja Rish berbicara insan itu tersenyum sinis.

"Terkejut ke takut? Ni mesti fikir aku nie hantu tadikan?" Soalan si abang mengundang kepada jelingan maut Rish. Laju sahaja tangannya mengetam lengan Qhusyairi. Malu la tu dah  kantoi fikir si Qhusyairi tu hantu tadi. 

"Diam lah! Sana lah. Ganggu je orang nak minum air." Rish terus berlalu ke biliknya. Malu tak payah cakap lah. Mesti muka aku nampak cuak sangat tadi, tu pasal kantoi. Taguna punya abang. Bukan sepatutnya dia pergi ke JB ke? Apasal ada dekat rumah pulak tiba-tiba ni. Isshh apa-apa saja lah!

                 *******               

Telefon bimbitnya dibelek. Eh ada noti. Segera jarinya membuka noti tersebut. Senyuman terus terlakar di muka putihnya.

Hai, no la.
Tak tido lg and
xbusy.

Selepas menghantar pesanan ringkas itu, dia terus melangkah ke tandas untuk menbersihkan diri. Segera pakaiannya ditanggalkan. Shower dipasang dan terasa nikmat apabila air sejuk menyapa kulitnya. Setelah hampir 20 minit membersihkan badan dia terus keluar. Singlet tanpa lengan dan ketat yang disarung ke badan itu menyerlahkan segala otot-otot perut dan lengannya. Dia tersenyum melihat figuranya sendiri yang terpantul depan cermin.

"Look nice huh," gumam lelaki itu sendiri. Segera telefonnya dicapai dan satu gambar dihantar kepada sang jantung hati.

Handsome tak?

Tak. Dah
la nmpak ketiak.

Tercetus tawa dari mulutnya. Ada-ada sahaja jantung hatinya ini. Kalau bab mengutuk nombor satu.

Tak? Hmm
Klu mcm tu sy
cari org yg sudi
ckp sy handsome la.

K.
Tak kesah.
Nite.

Ah sudah! Dahu ditepuk kuat. Apa nak buat nie? Fikir! Fikir!

Marah?
Sorry.

Hampit lima minit dia menunggu balasan dari sang kekasih hati. Namun hampa. Sang kekasib hati hanya meninggalkan bluetick sahaja. Keluhan berat terlepas dari mulutnya.

I'm sorry dear. I didn't mean it. It just a joke. Please forgive me😔
I just love u baby. Just u. I'm sorry🙏

Mesej yanh dihantar oleh jejaka yang dirinduinya hanya dipandang sepi. Buat aku marah lagi! Buat. Padan la muka tanggung sendiri! Lidah dijelir-jelirkan macam lah orang yang dimarahinya boleh melihat aksinya itu. Dia langsung melelapkan mata dan terus berlayar ke alam mimpi.

Hai guys. Nah sis update. Sorry late. Hope u guys suka dn enjoy tau. Jgn lupa tekantauu!! Comments sekali eh. Hope u guys bersabar lah ats kelembapan sis meng'update' cerita ini. Hah teka jgn xteka. Adakah amsyar menjadi pembunuh??????

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now