Bab 22

6.6K 263 10
                                        

Rish memasukkan satu persatu baju yang diperlukan ke dalam beg sandangnya. Pergi 2 hari je. Tak payah nak bawak beg besar-besar.  Lagi pun naik motor. Bukan kereta. Kang bawak beg besar nak campak mana? Hmm, apa lagi yang tak cukup? Berus gigi, ubat gigi, track suit dua helai,jeans sehelai, t-shirt dua helai, adik kakak (pkaian dalam) ,charger,power bank. Tu jela. Ada apa-apa yang tinggal ke ek? Rasanya macam tak. Jam di dinding di kerling sekilas. Hmm baru pukul 6.10 pagi. Haih. Mengantukk! Kalau bukan sebab nak pergi pukul 6.30 pagi tak ada maknanya Rish nak bangun awal pagi. Pukul 5 pulak tuh dia bangun. Pukul 5 mandi, keluar bilik air 5.30 pqgi, pakai baju ambik masa 10 minit. 5.40 pagi baru gelabah nak pack baju. Boringnya tunggu pukul 6.30! Nak buat apa ek? Hah! Ws Amsyar la.

Woi cik abg.
Dh bngun lom?
6.12 a.m

Rish menunggu balasan dari Amsyar. Jam dikerling. Aik? Dah pukul 6.19 pun tak balas lagi. Dia nie dah bangun ke belum nie?

Oiitt! Dh xreti
bls ke? Oit! Blom
bngun ke?
6.20 a.m

Setelah 2 minit menanti balasan Amsyar yang tidak kunjung tiba, Rish terus menghubungi Amsyar.
Tet..tet..tet..tet..

Mana pulak pergi mamat poyo sedunia nie?? Aku call tak reti angkat. Rish menghubungi Amsyar buat kali kedua.

Tet..tet..tet..tet..

Rish terus meletakkan pangilan. Dia menghubungi Amsyar lagi tetapi tidak lama. Cukup hanya untuk jadi missed call sahaja. Dalam masa 10 minit Rish berjaya membuat 29 missed call. Masuk kali yang ke-30 baru lah pangilan dijawab.

       *********

Lagu stitches dendangan Shawn Mandes bergema lagi buat sekian kalinya.

"Woi setan! Jawab la call tuh! Binggit sial," marah Irfan kepada Amsyar. Amsyar merengus. Dia mengantuk. Semalam dia dan Irfan habis berlumba pukul 3 pagi.

"Bodoh. Binggit lah! Anggat lah call tuh. Dah berpuluh kali bunyi. Tak tenteram nak tido bodoh." Sekali lagi Amsyar dimarahi Irfan. Dengan kantuk yang masih bersisa dia mengangkat panggilan itu. Sebaik sahaja dia mengangkat... Kebabooomm.. Berasap telinga.

"Hello? Awak nie tak reti tengok jam ke? Saya call masuk nie dah 30 kali tau tak? Awak kata nak jemput saya pukul 6.30 pagi. Sekarang dah pukul 6.31 pagi tahu takkkk!!!! Awak tak bangun lagi ke? Ya Allah! Awak nie tak reti set alarm ke? Awak tak solat subuh ye? Masya Allahhh!! Awakk!!!! Apa nak jadi nie! Macam mana nak jadi suami orang macam nie? Hey! Saya cakap dengan awak! Awak nak prank saya je ke? Hey?? Hello?? Bangunnnnnnnn!!!!!!!!!"jerit Rish dihujung talian dengan laju bak machine gun. Amsyar mengosok-gosok telinganya.

"Eii.. Bising la kau. Aku jawab call terus sembur macam machine gun apasal?"

Rish dihujung talian sudah membulat matanya. Bagaikan ada asap yang berkepul-kepul dibebaskan melalui kepala dan telinga Rish. Ibarat gunung berapi yang menanti detik dan waktu untuk memuntahkan lava yang sudah menggelegak dan mendidih ke permukaan bumi, begitu la yang Rish rasa. Menanti masa untuk memuntahkan amarah.

"APA AWAK CAKAP?? Dah pukul berapa nie? Awak cakap ade konvoi nak gerak pukul 6.30 pagi. Nie dah nak dekat pukul 6.40 awak tahu tak?" Membulat mata Amsyar apabila mendengar perkataan 'konvoi' yang meluncur keluar dari mulut Rish. Jam dikerling. Mampos! Dah lambat! Syaitooonnn betul.

"Ok byeeeee..nak siappp..byeeeee.." Amsyar terus memutuskan pangilan. Dia segera bangun naik ke bilik. Irfan yang masih terbongkang di sofa dibiarkan. Semua sebab race malam tadi. Penat punya pasal aku dengan Irfan terus tidur disofa ruang tamu. Dia segera membersihkan diri dan bersolat. Lepas bersiap dia terus mencapai begnya. Mujur dia dah siap pack baju malam tadi sebelum pergi race.

"Woi! Bangun. Dah lambat." Amsyar mula hilang sabar apabila hampir 5 kali dia mengerakkan Irfan dan mengejutkan rakannya itu. Namun respon yang diterima sangat menghampakan.

"Woi SETAN! BANGUNNN!! DAH PUKUL 9 BANGANG!" jerit Amsyar ditelinga Irfan. Gelabah Irfan bangun apabila Amsyar mengatakan jam  sudah menginjak ke pukul 9. Setelah memastikan Irfan masuk ke bilik mandi, Amsyar terus menghidupkan enjin motornya dan bergerak meninggalkan rumah Irfan. Irfan yang sudah selesai mandi keluar dari tandas dengan tuala yang berbalut kemas dipinggangnya. Jam dikerling. 7 a.m? Bangang punya syaitoonnnnnnnnn! Kata dah pukul 9. Buat cuak je. Irfan mengeleng kepala dan terus menyambung aktivitinya untuk bersiap.

Hai guyss..sorry pendek je..sorry kalau hambar..huhuhuhu... Nti sis update lagi. Bebaii..sis nak tido luu.. Night...

Aliya QairishaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang