Bab 55

7.1K 197 7
                                    

Rish mengeluh. Mesej yang diterimanya tiga minggu yang lalu masih berlegar-legar di mindanya. Sudah tiga minggu juga la dia mengelakkan diri daripada Amsyar sekiranya suaminya hendak bermesra. Rish mengeluh lagi. Maafkan saya Amsyar, saya buntu. Saya takut. Jika saya beritahu awak, awak akan terima ke? bisik hati kecil Rish.

"Sayang, termenung apa tu?" soal Amsyar sambil tangannya memeluk kemas pinggang isterinya.

"Bie ni, terkejut sayang."

"Hehehe..Sorry. Tapi, sejak kebelakangan ni sayang asyik termenung je. Ada problem ke?" 

"Tak ada la. Mana ada problem."

"Betul?"

"Betul."

"Sayaanggg.."

Rish menelan liur. Kalau Amsyar meleret-leretkan suara macam tu ada la tu yang dia nak.

"Hmm.."

"Sayang wangi la." Amsyar menahan debaran di hatinya. Bau wangian sabun yang dipakai oleh isterinya menusuk hidung dan menggetarkan iman.

"Memang la wangi sayang baru lepas mandi."

"Sayanggg.."

"Yee.."

"I love you.." Amsyar terus membenamkan wajahnya pada leher isterinya usai berkata. Hidungnya digesel-geselkan. Rish mengeluh tanpa sengaja. Amsyar terus menghentikan perbuatannya sebaik sahaja dia terdengar keluhan yang terlepas dari mulut Rish.

Rish terkejut apabila Amsyar terus menghentikan perbuatannya. Pelukan juga turut dileraikan oleh Amsyar. Fikirnya Amsyar akan melanjutkan perbuatan itu. Pelik, selalunya Amsyar kalau dah datang mood gedik plus gatal dia tu memang aku tak dapat lepas.

"Bie ok?"

"Hmm.."

"Macam tak ok je."

"Ok je."

"Kenapa stop?"

"Stop apa?" Rish menarik nafas dalam-dalam. Kesabaran mula dikumpul. Geram betullah. Orang tanya jawab sepatah je. Lepas tu jawab soalan orang dengan soalan pula. Amsyar selalu macam ni kalau merajuk. Geram betul aku. Menyakitkan hati. Macam ni juga la dia bila aku mengelak sejak tiga minggu lepas. Sarkastik memanjang.

"Stop tadi tu."

"Sayang nak ke? Tak nak pun kan? Buat apa paksa." Amsyar terus meninggalkan Rish sendirian di balkoni itu. Dia merebahkan diri ke atas katil sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.  *pss..sis tak tahu nak discribe yg balkoni tu acana. korg byg je la rumah org kaya selalu tu. ada bahagian luar yang pisah dari bilik leh tengok bintang bagai tu. heheh*

Rish mengeluh. Tak tahu nak cakap macam mana. Muka Amsyar nampak macam kecewa, macam marah pun ada tapi nada suara dia sangatlah sarkastik dan ya, tebakkan Amsyar benar. Dia tak mahu. Tapi dia punya alasan tersendiri.

"Sayang minta maaf."

Amsyar terus mencelikkan mata dan menoleh ke arah suara itu. Bila masa masuk bilik ni? Amsyar terus bangun dari pembaringan dan ingin melangkah keluar.

"Bie nak pergi mana?"

"Turun. Panaslah bilik ni." Amsyar terus memulas tombol pintu dan berlalu. Tinggallah Rish seorang diri. Rish mengeluh lagi. Dia tahu Amsyar marah. Dan dia juga tahu Amsyar mungkin sudah perasan yang dia selalu mengelak jika Amsyar mahukannya.

"Seorang je ke?"

Amsyar menoleh seketika sebelum matanya memandang semula skrin televisyen.

"Nampak macam ada orang lain ke?"

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now