Bab 18

7.4K 275 17
                                    

Amsyar memecut motornya laju di atas jalan. Dia menunggang motornya tanpa hala tuju. Dia mengambil keputusan untuk menginap di rumah rakannya, Irfan. Sampai sahaja di depan rumah sewa Irfan, dia mengeluarkan telefon untuk menghubungi rakannya itu.

"Eii, setan tanduk lapan betul lah. Sape yang bangang sangat call memalam nie. Otak kat kepala lutut ke apa? Perangai serupa pink betul," bebel Irfan apabila tidurnya diganggu.

Baru sahaja dia ingin menjawab pangilan, pangilan itu dimatikan. Irfan ingin menyambung tidurnya, namun sekali lagi telefonnya berbunyi. Dengan amarah yang bergunung tingginya pangilan itu terus diangkat dan si pemanggil terus disembur.

"Eh setan tak tahu ke orang tengah tidur hah? Nak call pun esok-esok je la. Pink betul. Apa kau fikir kau bagus sangat lah kacau orang memalam buta nie? Tak belajar adab ke huh? Apa cikgu sekolah kau dulu tak ada ajar ke masa yang sesuai untuk call orang? Eii geram betul lah aku. Apa bangang sangat kau nie huh setan?"

"Dah habis sembur aku dah? Dah abis ke belum? Kalau belum sambung la lagi iblis bermuka pink." Segera Irfan melihat screen fonnya apabila mendengar suara si pemanggil. Amsyar rupanya gerangan yang dihamun tadi.

"Dah habis dah. Apasal setan sangat kau nie call memalam. Ada apa? Kalau kau mintak aku jamin kau, aku tak de duit la Am."

"Ada aku suruh kau jamin aku ke iblis? Nie aku depan rumah kau. Buka la pintu nie. Aku nak masuk nie." Irfan terus mematikan pangilan. Dia terus melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke rak kunci. Kunci diambil dan terus membuka pintu rumah untuk membenarkan Amsyar masuk. Sengihan dilemparkan buat Amsyar apabila melihat muka cemberut rakannya itu.

"Kemain kau kan sembur aku setan, pink, bangang. Dah lama hidup?"soal Amsyar sejurus badan dicampakkan ke atas sofa.

"Sorry la woi. Takkan sentap pulak. Sejak bila hati tisu nie?"

"Abah kau! Bila masa aku sentap? Aku tengah bengang kau boleh sembur macam naharom apahal? Hawau betul," marah Am.

"Kau bengang apahal? Cer citer."

"Esok je la. Aku nak tidur je sekarang. Dah aku tidur lu," kata Amsyar sambil berjalan ke arah bilik tetamu. Bukan sekali dia menginap di rumah Irfan, dah banyak kali. Sebab tu dengan selamba dia leh jalan menonong. Pintu bilik segera dikunci. Badan direbahkan ke atas katil. Jiwanya kacau, fikirannya berkecamuk, otaknya serabut. Wayar otaknya semuanya seperti bersimpul-simpul dan berselirat sana sini. Tak boleh nak fikir dengan waras dia sekarang. Nak tidur mata tak mahu lelap. Lantas dia teringatkan seseorang. Telefon segera dicapai.

To : Rish minah kerek
Dah tidur ke?

Selesai menaip dia terus menekan send. Setelah 3 minit berlalu telefonnya bergetar. Dengan perasaan teruja Amsyar terus membuka mesej tersebut.

From : celcome
Sila tambah nilai untuk terus kekal aktif.

Hantu! Jin! Iblis! Aku pikir minah tuh la tadi. Bangang punya celcome! Telefonnya bergetar semula. Amsyar pantas membukanya dengan sengihan yang lebar.

From : Rish minah kerek
Soalan jenis apa awk tnya nie? Cuba tngok jam dah pukul brp? Pukul 3 pg kan? Sah² la dah tidur.

To : Rish minah kerek
Klu dh tidur asal boleh reply?

From :  Rish minah kerek
Soalan xleh lg KBAT ke awk? Sah² la sbb terjaga dengar fon bunyi.

To : Rish minah kerek
Ws jom? Kedit aku xckup lak nk mesej.

Amsyar terus membuka aplikasi whatsapp.

Sorry kcau memlm.

Sokay. Ada apa ws sy?

Saje. Aku rindu seseorg
sbnrnya.

Siapa? Awek? G la
ws awek klu rindu.

Haah. Rindu awek.
Tpi dia rindu aku ke
x ek?

Tnya la awek awk tu.
Dh la sy nk tidur. Dadaa~

Lek la. Awl lg. Huhu.

Awl apanya? Cuba
tngok jam dh kol brp?
Kol 3 :30 kan? Mmg
wktu org tido apa.

G la tido. Tngl aku
sesorg. Mcm nie en kwn.

Amsyar terus tutup aplikasi wsnya. Data juga ditutup. Matanya merenung syiling kembali.

Rish mengaru kepala yang tidak gatal. Dah kenapa mamat nie? Buat ayat macam orang merajuk je. Hmm..

Awk merajuk ke?
Sorry la. Tpi sy mmg nak tido.
Xmoh mrjuk ok? Alo bucuk²
Jgn ngajok ok? Bye. Nite.
Sweet dreams ok😉 😉

Rish terus melelapkan mata dan mencipta mimpi setelah menghantar mesej tersebut.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now