Bab 45

6.4K 184 7
                                    

Hariz melangkah masuk ke kelab itu seperti biasa. Dia terus berjalan ke kaunter. Air dipesan. Suasana bingit kelab itu tidak dihiraukan oleh manusia yang berada disitu. Mereka tidak kesah asalkan dapat bergembira. Lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan. Air kencing syaitan pula diteguk tanpa rasa berdosa. Air kencing syaitan yang diteguk mula memberikan kesan. Badan Hariz mula terhuyung-hayang. Dia tergelak dan menari sendiri sebelum dihampiri oleh pelacur disitu. Dia mula menari dan bergembira menerima layanan si pelacur. Terasa segala masalahnya hilang seketika. Malah tangan Hariz semakin galak bergerak ditubuh pelacur itu sambil membayangkan wajah Rish. Alangkah bagusnya jika wanita ini adalah Rish. Tanpa sedar dia mula meracau perlahan.

"I love you Rish. Love you. Kenapa susah sangat kau nak terima aku?" Si pelacur itu hanya diam dan meneruskan kegiatannya. Peduli apa dia orang tu nak panggil dia apa dan bayangkan sesiapa pun semasa dengannya. Dia cuma fikirkan duit. Itu sahaja.

"Aku cakap tu jawab la bodoh." Rambut si pelacur ditarik perlahan sehingga dia mengaduh. Dasar lelaki jahanam,sumpah seranah wanita itu kepada Hariz di dalam hati. Hariz menolak wanita itu dan bergerak ke kaunter. Arak dipesan lagi dan diteguk berkali-kali.

                     ********

"Mana Amsyarnya. Lambat betul. Gelaran raja lambat dia tu melekat lagi eh sampai sekarang?" Bebelan Zack itu mengundang tawa yang lain.

"Entah la Amsyar tu. Beria suruh kita kumpul nie. Ada job dia nak kita buat. Penting la kot." Rokok ditangan kembali disedut Irfan usai berkata.

"Lama dah tak race dengan dia kan? Rindu pulak."kata John tiba-tiba.

"Kalau buat konvoi dia ikutla. Kalau race malam-malam mana boleh. Diakan dah jadi CEO company papa dia. Kalau tiba-tiba kena cekup, malu tujuh keturunan beb."

"Sakan kutuk beb? Apa yang malu tujuh keturunan tu?"soal Amsyar sebaik sahaja sampai ditempat yang dijanjikan.

"Ceitt.. CEO kita dah sampai lahh."

"Haah la Fan. Sampai pun CEO nie. Lambat betul. Naik kebas bontot kitaorg duduk sini tunggu."ujar Zack sebaik sahaja Irfan habis berkata-kata.

"Kecoh la lu orang. Nanti wa kasi ang pau la."

"Apa-apa la Am. Dah lambat lagi mau kecoh ke? Hah apa citer? Job apa nak kasi?"soal Arif.

"Cantik soalan. Macam nie......" Senyuman sinis lagi menjengkelkan terpampang diwajah Amsyar.

    
                *******

Hariz terus menerus meneguk arak tanpa batasan. Jam tangannya dikerling. Hmm masa untuk balik. Bosan dah dia teguk arak dan melayan pelacur yang sibuk hendakkan duitnya itu. Dia berjalan terhuyung-hayang ke arah keretanya. Tanpa diduga, dia telah ditarik dari belakang oleh insan yang tidak dapat dia kenali dengan jelas akibat pengaruh pil kuda yang telah ditelan bersama arak.

"Korang nak apa hah? Blah lah," marah Hariz kepada dua orang insan yang memegangnya.

"Blah? Fuh. Sedap je mintak bebas eh?"soal lelaki berbaju biru.

"Habis korang nak apa? Nak duit? Ambik, ambik. Aku tak kesah. Lepaskan aku sekarang!"

"Kitaorg tak nak duit. Kitaorg nak bagi pengajaran je." Tanpa amaran terus muka Hariz menerima satu tumbukkan padu oleh insan yang sedari tadi berdiam sahaja. Berkeriut muka Hariz akibat menahan sakit. Sial. Diaorg nak apa nie. Hariz cuba membuat serangan balas, tetapi berjaya ditepis dan dihalang dengan mudah oleh pemuda itu. Pemuda yang seorang lagi mula menendang perut Hariz. Argh, senak! Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Cukup!" Suara itu.... Hariz terus mendonggak. Membulat matanya.

"Kauu.."

"Yes? Ada apa masalah?"

"Kau nak apa hah sial?"

"Aku nak bagi pengajaran je.."

"Sial, aku dah cakap kan yang.. Arghh.." Hariz terus menjerit kesakitan. Perutnya ditendang lagi.

                   ********

"Kau la masuk."

"Tak nak aku. Tahu dek tunang aku si Fisya tu mahu dia putus."

"Masuk je la. Tunang kau bukan ada pun."

"Tak nak laa....."

"Hish, pening aku dengan korang berdua. Kau suruh dia, dia suruh kau. Bila nak masuknya?"celah insan berbaju hitam yang dari tadi hanya memerhati.

"Aku tak masuk. Nanti Fisya nampak mati aku."

"Bodoh la kau. Tunang kau ada ke sekarang bangang. Dasar lelaki hati kecik. Nanti dah kahwin mesti takut bini kau nie."bebel jejaka si baju hitam. Geram betul dia dengan sikap kawannya yang sorang itu.

"Hah kau la masuk, dah mamat ni tak nak masuk."

"Err.. akuu.."

"Hah apa pulak alasan kau? Jangan nak mengada-ngada. Masuk!"

"Arrghhhhhh....."

Ketiga-tiga jejaka itu berpandangan apabila mendengar jeritan itu.

"Macam suara dia la. Jom la cari. Tak payah kita masuk, dia dah kat luar."ujar jejaka yang kedua.

"Jom lah tengok." Mencerlung mata si jejaka berbaju hitam melihat kedua-dua kawannya.

"Laa. Apasal pandang kitaorg macam tu? Jom la cepat."

"Hmm.." Mereka bertiga terus mencari dari mana jeritan itu datang. Cari punya cari akhirnya jeritan itu membawa mereka ke satu lorong gelap.

"Tak ada apa pun."

"Cari la. Ish kalau dah penakut tu penakut jugak. Dengan tunang takut, dengan gelap pun takut jugak ke?" Hambik sekali. Zapp tak? Abang baju hitam dah marah la beb.

"Arrgghh.."

Jeritan itu kembali bergema. Mereka bertiga terus meluru ke arah suara itu. Seketika mereka tergamam.

Hai guyss. Sorry klu hambar. Sis xde idea dn xde mood.. and hmm.. cerita sis bosan eh? Sbb view dn vote makin menyusut. Huhuhu sorry klu cerita ini bosan, boring and so on. Sorry sgt².

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now