Bab 25

7.4K 251 14
                                    

Rish tersenyum apabila kakinya melangkah masuk. Cantiknya bilik. Ada dua katil. Satu katil saiz queen dan satu lagi single. Hmm budak tiga orang tuh boleh la tidur sekali kat katil queen aku duk katil single nie.

 Hmm budak tiga orang tuh boleh la tidur sekali kat katil queen aku duk katil single nie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rish melangkah ke arah almari. Almari yang berada dihujung sudut bilik dibuka. Beg sandangnya diletakkan di dalam almari dengan cermat. Sebelah almari pula tandas. Rish melihat tandas. Biasa sahaja. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Gelak tawa yang datang dari ruang tamu menjadi tumpuan Rish. Laju kakinya menapak ke ruang tamu.

"Korang nie! Gelak tak ajak. Minum air pakai cawan, huh, tak nak kawan!"

Pecah tawa tiga orang gadis di depan Rish. Ish budak tiga ekor nie. Aku sekeh baru tahu. Jangan nanti merayu-rayu mintak ampun. Jelingan maut Rish berikan kepada setiap seorang. Namun, belum sempat Rish membuka mulut untuk menyoal siasat budak tiga ekor tu bagaikan polis pancen telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Segera dia menjawab panggilan tersebut dan berlalu ke dalam bilik.

"I'm just 27 years old already. Don't worry la abang," kata Rish setelah mendengar apa yang dikatakan pemanggil. Sekali lagi Rish berjeda. Memberi ruang pihak sana bercakap. Rish memusingkan badannya menghadap ke luar bilik. Suasana di pantai dapat dilihat dengan jelas dari tempatnya berdiri.

"Stop treat me like a baby Muhammad Aiman Qhusyairi! Please?" Rish meninggikan nada suaranya ketika menyebut nama abangnya dan mengendur semula. Mia, Nasuha dan Aishah yang duduk di atas katil mula berpandangan sesama sendiri apabila nama lelaki yang disebut Rish agak asing dipendengaran mereka. Mereka sangkakan panggilan itu dari Amsyar. Rupanya tidak.

"Hish! Okay whatever. PD, Pantai Teluk Kemang." Pantas pangilan dimatikan.

"Maakkkk!"jerit Rish. Terkejut dia apabila Mia and the gang sudah tegak berdiri dibelakangnya.

"Ish korang nie. Nak aku mati cepat ke?"

"Siapa lelaki yang call tadi tu?"soal Aishah sambil berpeluk tubuh. Dengan secara rasminya Mia and the gang telah menjadi anggota polis yang  tidak bertauliah sebaik sahaja Aishah mula menyoal.

"Korang curi dengar eh?"

"Kitaorang nak letak beg dalam almari lepas tu tiba-tiba kau jerit sebut nama lelaki tadi. So who is.."

Pantas Rish memotong percakapan Mia.

"He is my lovely.." Percakapan Rish dipotong Nasuha pula.

"What? Don't tell us he is your boyfriend! No! It can't be! You better.."

Pap

Tangan Nasuha ditampar Rish. Terjerit Nasuha dibuatnya.

"Lain kali bagi orang habis cakap! Nie main menyampuk je." Rish menjeling. Nasuha menampal sengihan diwajahnya.

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now