Bab 31

6.6K 241 2
                                    

Penghantar bunga :
Good morning princess. Hari ni awk nak sy kasi apa?

Mesej itu dibaca Rish buat kali kedua. Private number yang mesej dia semalam dia save dengan nama penghantar bunga memandangkan dia tak tahu siapa gerangan yang memberi dia bunga itu.

Me :
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarokatuh.

Penghantar bunga :
Er.. Assalammualaikum my beauty princess😄 awk nk coklat x?

Me :
Nope. Sy bkn budak kecik awk nak kasi coklat.

Penghantar bunga :
Ok then. Sy kasi bnda lain la. Baru fikir nak belanja kitkat.

Membulat mata Rish. Kitkat? Huaa sedap tu. Alah. Bencinya. Boleh tak nak tarik balik apa yang aku cakap tadi? Alah alah alah. Nak kitkattt.. Favorite tu. Amsyar dah tergelak-gelak di luar butik. Dia boleh nampak muka Rish yang macam budak lima tahun nak susu. Hahaha.. Kemain tak nak kan. Bukan budak kecik kan? Hahaha. Berkat pertolongan Qhusyairi dia dapat tahu hampir semua yang benda diminati Qairisha.

Princess :
Errr.. Awk. Sy mmg budak kecik. Nak kitkat boleh?

Me :
Laa. Sy dh mkn dh kitkat tu. Sy kasi awk lain kali la. Sy nak masuk kerja dh. Bye love ❤ I love you.

Hampir sahaja telefon Rish nak terjatuh. Tangannya mengeletar. Jantungnya bergerak pantas. Dup dap dup dap. Ke..kenapa dia rasa berdebar sangat. Tangan dibawa ke dada. Terasa pantas jantungnya bergerak. Mesej yang baru diterima dari penghantar bunga membuatkan dia tidak keruan. Kenapa hatinya kuat mengatakan bahawa insan itu ialah orang yang dirinduinya? Kalau betul apa aku nak buat? Rish sudah termenung. Keluhan berat dilepaskan.

Me :
Kalau sy tanya something, sy nak awk jwb jujur boleh?"

Amsyar mengerutkan dahi. Rish dah kenapa? Dia memandang Rish dari jauh. Kenapa muka Rish macam.. Macam rungsing?

Me :
Awk nk tanya apa?

Princess :
Awk Amsyar ke?

Tergamam Amsyar membacanya. Dia tahu ke? Siapa bagi tahu? Takkan Qhusyairi pulak?

"Hello Ri."

"Hah, hello Am. Pasal call?"

"Kau ada bagi tahu Rish ke plan aku nie?"

"Tak ada. Kenapa?"

"Ouh, tak ada apa-apa. Ok lah bye. Assalammualaikum." Amsyar terus memutuskan talian tanpa sempat Qhusyairi menjawab salamnya.

Me :
Knp awk fikir sy Amsyar? And who is Amsyar?

Princess :
Ouh, nothing. So who are you? Are you Hariz?

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now