Bab 46

6.3K 186 11
                                    

"What?? Ok aku datang."

"Apasal?"

"Hariz nyawa ikan. Cepat lah."

"Ok. Ok jom." Segera dua orang pemuda itu keluar dari kereta mereka dan menuju ke tempat yang menempatkan Hariz. Sebaik sahaja sampai mata mereka berdua terbeliak.

"What's going on? Teruknya korang belasah dia nie," ujar Amsyar. Zack segera menoleh.

"Abah kau lah. Kitaorg tak sempat buat apa-apa lagi. Tadi mangkuk dua ekor nie takut sangat nak masuk club tu. Si Arif nie tak nak masuk sebab takut tunang dia nampak la bagai. Sorang lagi nie tah apa yang dia takutkan aku pun tak tahu,"balas Zack sambil menjeling ke arah Arif dan John.

"Kalau korang tak masuk club macam mana dia leh nyawa ikan dekat sini?"soal Irfan.

"Kitaorg terdengar dia nie jerit tadi sebab tu la jumpa dia nie dekat sini." Amsyar menganggukkan kepala mendengar butir bicara Arif. Dia terus merapati Hariz.

"Woi. Woi. Hidup lagi tak?"soal Amsyar sambil menggerak-gerakkan bahu Hariz. Hariz meringgis kesakitan.

"Ouh hidup lagi. Macam mana kau boleh teruk macam nie?"

"A..ak..aku.."

"Lembab lah dia nie nak cakap. Meh aku tolong kau cakap laju sikit." Tanpa amaran terus Amsyar menendang perut Hariz.

"Arghh.. To..to..tolong. Ja..ja.. jangan.. "ronta Hariz kesakitan.

"Tahu pun sakit. Hati aku lagi sakit dengan kau ni. Suka-suka hati mak nenek kau je ugut Rish, lepas tu siap bagi amaran nak kerjakan aku. Sekarang apa citer?"soal Amsyar marah. Jika tadi dia bersimpati, sekarang tidak. Perasaannya terus membuak-buak apabila mengenangkan apa yang telah Hariz lakukan. Orang macam dia nie tak guna tolong, kalau ditolong sama saja seperti melepaskan anjing tersepit. Puih!

"To..tolong Am. Aku mi..minta maaf. Jangan apa-apakan aku. To..tolong.. tolong bawak aku blah sebelum diaorg datang balik." Berkerut dahi Amsyar. Diaorg?

"Siapa diaorg tu?"

"Aku. Kenapa? Korang nie siapa pulak?" Amsyar segera menoleh ke arah suara itu. What the...

                    *******

Rish tersenyum sambil tergolek-golek diatas katil. Voice yang diberikan Qhusyairi melalui aplikasi whatsapp diulang berkali-kali.

Saya. Saya rindukan dia. I don't know why. But one day, lepas dia balik dari Singapore atas urusan kerja dia terus minta break dengan saya. Saya. Saya cuba tanya dia why. But dia tak beri saya jawapan. Dia just cakap dia bosan dengan saya. Saya tak boleh terima. Dan saya tak percaya. Saya cuba pujuk dia until one day. Dia reply mesej saya and dalam mesej tu dia suruh saya berhenti pujuk rayu dia dan sedar diri saya, dia cakap layakkah saya yang bekerja sebagai dispatch untuk dia yang cantik dan bekerjaya? Dan saya give up. Saya give up. Saya terus ubah diri saya, dan sekarang saya bekerja sebagai CEO company ayah saya. Yeaa saya tak la sengkek mana. Saya cuma nak berdikari. Kerja sendiri. Jadi dispatch sebab saya memang minat dengan motor. And one day, saya terlanggar dengan dia di lobi hotel. Dia masih cantik macam dulu. Masih sama cuma dia dah bertudung. Saya hampir tak kenal dia. Bukan hampir memang tak kenal. Saya dapat cam dia lepas dia tegur saya. Then muka dia macam sedih. Saya tertanya-tanya kenapa, dan kenapa. Dan hari ini saya dapat jawapannya. My love Aliya Qairisha, awak nak tahu tak? Awak totally stupid. Hahaha. Stupid sebab awak mintak break sebab takut dengan ugutan orang yang tak ada akal macam Hariz tu. Walaweh, saya anak jantan ok. Saya boleh jaga diri saya. Tak apalah, walaupun awak agak stupid sekurang-kurangnya saya tahu awak sayang saya betul tak? HAHAHA.  I love you sayang. Love you so much. And I know you love me too. Diari awak ada kat saya. Dan thanks sayang sebab penuhkan diari awak dengan muka hencem saya. Saya terkejut baca sebab penuh dengan ayat gramatis dan puitis. Tak sangka sayang saya nie pandai jiwang karat jugak eh. Selalu tu bebel je dekat saya sebab nyanyi lagu jiwang. Hahaha. Okk saya rasa ucapan saya panjang sangat pulak. Pendengar-pendengar lain mesti dah tadah baldi nak muntah. Hahaha. Thanks dj sebab bagi saya ruang dan peluang nak bebel dekat future wife saya yang agak stupid tu..hahaha.. bukan saje nak kutuk tau.. kenyataan.. sorry sayang..byee..

Aliya QairishaWhere stories live. Discover now