Tanah dan rumput kelihatan basah.Mungkin hujan malam tadi. Disebabkan assignment yang berlambak semalam,aku tidur lewat. Sebab penat sangat lah aku tak sedar hujan lebat malam tadi agaknya. Aku segera mencapai tuala dan mandi. Harini Sabtu. Weee~ cuti! Semalam dah siap semua assignment,jadi harini bolehlah aku meluangkan masa dengan si dia. Heh . Telefon Samsung Galaxy S4 Zoom kesayanganku segera aku terkam dan mendail nombor Zul. 3-4 kali aku mendail. Jam sudah menunjukkan 10 pagi. Tak mungkin Zul belum bangun. Aku mencuba sekali lagi. Panggilan dijawab. "Hai sayang! Kenapa lambat angkat call? Banyak kali i call tadi." Aku teruja. Terasa rindu sangat dengan dia. Sekali-sekala aku nak juga keluar dengan dia."Hello? I busy la harini. I keluar dengan member-member I harini." "Busy? You dah keluar ke? I baru nak ajak you keluar dengan I harini. Kita kan dah lama tak jumpa. You asyik keluar dengan member je. Keluar la dengan I sekali. Hmm..." "Sorry la. I busy.Bye." Tutt..tutt.. Panggilan dimatikan.
Tiba-tiba satu perasaan yang digelar 'SEDIH GILA' menerpa ke hati aku. Hatiku terasa sebak. Nur Liyana Azeera Binti Ahmad Saufi,Pengawas Perpustakaan SMK Kejora.
Aku terpandang tag namaku sewaktu sekolah menengah. Mulalah nak mengimbas segala bagai kenangan waktu tu. Yang paling aku tak boleh lupa,zaman cinta monyet. Crush sini sana. Ada sorang mamat yang aku suka. Muka hensem,perangai nauzubillah. Sombong dia tahap pHD ok. Nama dia Aizat. Dia sebaya dengan aku cuma lain kelas je. Dia juga lah jejaka kegilaan gadis sekolah aku waktu tu. Dengan ketinggiannya,stail rambutnya,matanya,senyumannya ... eh semua lah yang ada pada dia boleh buat perempuan cair. Aku pun tak terkecuali dari golongan tu.
"Weh,kau tolonglah pass surat ni dekat dia. Aku malulah." Aku merayu pada Rina,rakan sekelasku. "Ish,tak ingin aku. Daripada aku hantar surat kau,baik aku hantar aku punya sendiri. Kau ingat kau sorang je yang sukakan dia ?" Aku memegang erat tangan Rina. Berharap sangat yang dia akan tolong aku. Rina memandangku dengan jelingan tajamnya. "Sudahla kau. Daripada kau angaukan si Aizat tu,lebih baik kau duduk belajar..Kita kan SPM tahun ni Zeera...Bukannya Aizat layan kau pun." Aku terus melepaskan tangan Rina. Aku tidak bersetuju dengan kenyataannya sebentar tadi. "Amboi .. apa kau fikir kau tu nujum pak belalang? Mana kau tahu yang dia tak layan aku? Kau tak sedar tapi aku sorang je yang sedar . Dia selalu pandang aku , lepastu senyum. Aku masih ada harapan tau. Kalau aku dapat dia nanti , kau jangan cemburu ye Rina." Dengan bangganya aku berkata. Nasib baik waktu rehat,tiada orang dalam kelas. "Jangan mimpi la Zeera oi..." rina menyambung ulangkajinya. Aku terasa tercabar dengan kata-kata Rina. Lalu aku bingkas bangun meninggalkan Rina. "Eh , kau nak pergi mana tu?" "Jumpa Aizat." Pendek aku menjawab. Aku pun terus menuju ke kantin.
Keadaan di kantin masih riuh dan sesak walaupun waktu rehat sudah hampir tamat. Mataku terpandang kelibat seorang lelaki yang sangat menarik perhatian. Aku pun mencuit bahu lelaki itu dari belakang. Aizat memandangku sambil melemparkan senyuman yang sangat manis. Lidahku kelu sebaik sahaja matanya bertentangan dengan mataku. "Ada apa?" Senyuman yang tadinya manis kini pudar sebaik sahaja dia menegurku. "Errr... Nah!" surat yang berwarna biru itu aku berikan padanya lalu tertunduk malu. Aizat membaca surat itu dengan muka yang serius. Degupan jantungku semakin laju. Entah kenapa,kaki pun tak mahu melangkah pergi serta merta. Aku masih kaku di hadapan Aizat dan rakan-rakannya. Aizat merenung mukaku. "Weh." Aku mendongak dan berbalas renungan dengannya. Aizat mengangkat surat itu ke hadapan mukaku lalu mengoyakkan surat yang aku beri tadi. Cebisan-cebisan surat itu dicampak ke lantai. Lantas,Aizat dan rakan-rakannya meletuskan ketawa sehingga menarik perhatian orang ramai. Aizat menapak pergi seperti orang yang bukan aku kenali sebelum ini. Orang yang aku sangkakan manis dan baik,ternyata bukan dirinya yang sebenar. Terasa semua mata di kantin itu memandangku. "Ah bodoh. aku bodoh!" Aku membentak sendiri. Air mata mula bertakung di kelopak mataku. Aku berlari menuju ke kelas. Tak sanggup aku menunjukkan muka kepada orang ramai selepas apa yang terjadi.
"Rina..." aku rebah ke lantai.Tidak pernah aku diberi penghinaan sebegitu teruk. "Ya Allah,Zeera!"Rina segera mendapatkan aku yang sudah terduduk di lantai kelas.
(Mata sudah mengantuk . Apa kata korang komen dulu. Kalau menarik , Fatin akan teruskan cerita ni :D okay ? selamat malam . Jangan lupa tinggalkan pesanan khidmat nasihat yee >.<"

YOU ARE READING
Crush, Aku Cinta Kau!
Genç KurguMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...