Bab 1

361 25 13
                                    

"Isma.."

"Siapa? Siapa kau??"

Bayang-bayang itu semakin menjauh.

"Hei tunggu!! Aku cakap tunggu!!"

*BAM*

"Ouch kepala akuu!!" Isma mengaduh sakit sambil memegang kepalanya yang terhantuk pada lantai.

"Isma?! What's wrong??" Seorang perempuan bergegas berlari ke kamar Isma. Mungkin agak kuat jeritan Isma sehingga mampu membangunkan orang lain.

Isma mencebik. Menggosok-gosok kepalanya beberapa kali. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik air. Perempuan tadi tu merupakan orang kanan Isma merangkap kawan baiknya, Akira. Mereka sebaya, 17 tahun. Akira merupakan anak yatim piatu yang dibesarkan oleh keluarga Isma. Mereka membesarkan Akira supaya boleh menjaga Isma dan juga menjadi kawan baiknya. Akira sangat mengambil berat tentang Isma, bagi dia, menjaga keselamatan Isma merupakan satu keutamaan. 

'Hmm, aku mimpi apa ek tadi?' Isma bermonolog sendirian. Lama dia berendam di dalam tub mandi untuk merungkai misteri mimpi dia yang mengakibatkan dia terjatuh katil.

'Ahh malas pikir!' 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

**SEKOLAH**

"Fuh, Isma wei, apa lagi pegi la wei." Meor menyiku lengan Taufiq berkali-kali supaya rakannya itu bergerak.

"Haha, Isma ni memang cari pasal tau, usik budak kita. Memang nak mati agaknya." Taufiq atau lebih mesra dipanggil topek, berjalan ke arah Isma dan Akira yang baru sahaja tiba di perkarangan sekolah. Sekolah mereka ini merupakan sekolah elite. Sekolah untuk anak Dato' Dato' , Tan Sri dan sebagainya. Jadi kalau berlaku pergaduhan atau sebagainya guru-guru tidak berani masuk campur.

"ISMA!" Jerkah topek dari arah tepi. Berjalan menuju Isma lagak gengster. Isma menoleh sedikit dan tidak memberi apa-apa respon. Perjalanan diteruskan.

"Oi pompuan! Aku nak borak sikit dengan kau." Topek tanpa berasa segan silu menarik lengan Isma dengan kasar. Isma seperti biasa, masih tiada riak di mukanya. Dia hanya memandang topek dengan muka kosong. "Nak ape ni?"

"Oh kau?! Tanya? Aku dah cakap kan jangan usik budak-budak aku?! Kau apehal degil sangat eh??" Topek menengking Isma dengan begitu kuat sekali sehingga beberapa orang pelajar lain memandang mereka. "Aduh kau ni boleh rilek kan? Sikit je. Aku bosan. Benda kecik je tu." Isma membuat muka bosan. Gila, berani betul dia ni! Topek tu anak gengster terbesar kawasan ni. Malah Topek pun ada kumpulan gengster khas sendiri. 

"Alamak geng ada pompuan ni mintak kena belasah wei." Topek memanggil kawan-kawannya. Akira menyiku lengan Isma. "Isma, jangan cari pasal lagi..." Akira separa berbisik. Isma membuat muka tidak tahu. "Mari la nak gaduh sangat habis sekolah nanti." Isma menarik lengannya dengan laju dan terus berjalan. "OK!! Aku tunggu kat belakang sekolah!!" 

----------------------------------------------------------------------------

**TAMAT WAKTU PERSEKOLAHAN**

Topek dan konco-konconya telah sedia menunggu Isma di belakang sekolah. Sekolah mereka sangat besar dan belakang sekolah merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk 'setel'.

"Mana lah betina ni takut ke sia." Topek menumbuk-numbuk dinding bangunan 3 tingkat. Mereka menunggu Isma lebih daripada 15 minit. Topek mula bengang. "Dia nak mainkan aku ke ape doh?" Amarahnya tidak tertahan lagi. 

"Ui rilek la." Kedengaran suara Isma datang daripada tingkat 3. "Oi kau buat apa tu turun ah takut ke?!" Isma tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih tersusun. Topek dan konco-konconya mula melontarkan kata-kata kesat. Isma menunjukkan sebuah bakul kepada mereka yang berada di bawah. "Tau tak apa benda niii??" Isma menyoal dengan lagak ceria. "Ini makanan kegemaran Pilsuk." Penutup bakul itu dibuka dan isinya dicurahkan ke bawah. Daging-daging lembu yang baru lepas dipotong bertaburan di sekeliling mereka. "Celaka kau pompuan!! Siap kauu!!" Baru sahaja Topek ingin melangkah, kedengaran bunyi ngauman yang hebat. Mereka terus kecut!

Pilsuk merupakan sejenis serigala yang sangat garang dan menakutkan. Makanan kegemaran ialah daging lembu. Boleh jadi juga daging manusia!

"Warghhhh!!!!!" Isma tertawa sakan mendengarkan jeritan Topek dan konco-konconya. Bertempiaran mereka berlari menyelamatkan diri. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

**ATTENTION**((Author notes))

Pilsuk tu hanya rekaan semata-mata~ This story genre includes fictional character and also some fictional facts that I made up to make the story even more interesting. So, enjoy your reading! Thank youu ^^

READ.VOTE.COMMENT- votes kinda help me to continue this story, love and hugs <3

Who? (malay)Where stories live. Discover now