Actress 13

97 16 14
                                    

Credit to one of my fav anime - Eyeshield 21

**

Mikhail kelihatan tidak senang duduk. Matanya asyik mengerling ke arah jam dinding, kemudian ke arah telefon pintarnya

'Manalah si Isma ni hilang. Dah la semalam tiba-tiba pengsan.. Lepastu balik tak bagitau langsung, hilang gitu je.. call tak angkat.. heish..

Akira pun takde ni.. nak tanya sape ek..' Mikhail tidak senang duduk memikirkan Isma yang tiba-tiba hilang tanpa berita..

Isma dan Akira tidak datang ke sekolah sehinggalah waktu rehat tengah hari. 

...

"Isma! Kenapa awak lambat sangat ni? What happen?" Mika menyoal Isma bertubi-tubi. Muka Isma masih pucat dan tidak beriak. Penampilannya tidak kemas seperti selalu. Mika bertambah risau. 

"Weh Akira, kenapa dengan Isma?" Mika bertanya kepada Akira dalam keadaan berbisik. Akira hanya mampu mebalas pertanyaan Mika dengan gelengan sahaja. 

SPEAKER: "Perhatian kepada pelajar yang bernama Akira, tingkatan 5. Sila ke bilik pengetua sekarang juga."

'Aiseh kenapa diorang berdua ni..' Mika bangun lalu menuju ke luar kelas. Dia ingin ke bilik guru untuk mencari Hatta. 

Mikhail

Heish tokleh jadi ni. Aku kena tanya Hatta, mungkin dia tau kenapa..

"Psst, Hatta! Sini" Oii pandang la sini oii.. Haa pandang pun.

"Yes lil bro, what do you want?" Gaya Hatta seperti ingin menggoda orang. Eh eh dia ni nak buat flying kiss pulak geli aku haha!

"Enough with your kiss. Aku nak tanya ni, Isma kenapa macam tak terurus je harini? Kau tau pape tak?" Aku bertanya dengan penuh minat. Hm? Aku pun taktau kenapa aku risau sangat ape-ape hal yang berkaitan Isma. 

"Ehehehe risau nampak." Hatta berkata sambil menyiku-nyiku lenganku. 

"Mestilah! Member kan." Aku buat muka tak tau.

"Hmm.. aku taktau la bro, kau dah try tanya dia belum?" Aduh nak tanya siapa kalau Hatta pun tak tau.

"Aku dah tanya, tapi dia diam je, biasa dialah yang bising tegur-tegur aku tiap pagi.. pelik pulak rasa." Aku nampak Hatta senyum-senyum dengar ayat aku.

"Waahh kau ade feeling kat dia eh. Ooo kauu.." Hatta mengangkat-angkat keningnya.

Malas aku nak layan aku pun keluar. 

Tiba-tiba.. aku ternampak ade sorang budak perempuan terbaring dekat hallway, siap ade percikkan darah lagi kat lantai. 

Ape dah jadi ni??

**

Sebaik sahaja Mikhail keluar dari kelas..

"Isma, mane kawan kau yang ganas tu? Tak datang ke harini?" Soal Juliana.

Akira baru dipanggil oleh pengetua sebentar tadi, jadi sekarang hanya Isma, Juliana dan tiga orang kawan Juliana sahaja yang berada di dalam kelas. Murid lain masih berehat.

"Aik, dah bisu ke kak?" Juliana menepuk-nepuk bahu Isma. 

"Alaa tak best laa macam ni, kau bukan suke cari masalah dengan orang ke? Ha Isma?" Kali ni Juliana menarik-narik rambut Isma. 

Isma masih tidak memberikan apa-apa respon. Juli menyuruh rakan-rakannya keluar dari kelas. 

"Isma, aku nak cakap sikit ni. Nak tau tak? Aku dengan Mika dah couple tau." Isma menoleh sebaik sahaja mendengar perkataan 'couple' tu. Mukanya sangat terkejut. Lelaki idamannya, dah couple dengan orang lain. Orang yang dia tak suka pulak tu. 

Who? (malay)Where stories live. Discover now