READ.VOTE.COMMENT- votes really build up my confidence to write. thnk you lovely <3
--------------------------------------------------------
Isma's POV
Alahai satu kelas pulak..
"Hmm Nama saya Faizal Mikhail. Selamat berkenalan. Harap beri tunjuk ajar." Kelas menjadi gamat seketika. Riuh dengan tepukan dan sorakan. Apebenda lah diorang ni, macam lah dah kenal lama. Ceh kejap lagi perangai budak ni macam ape je. Hmm. Isma, kerjanya nak menilai orang je. Isma membuang pandangan ke luar tingkap. "Baiklah Mikhail, awak duduk sebelah sana." Homeroom teacher, Cikgu Ashly, menunjukkan tempat duduk Mikhail. Kelas ini mengamalkan cara susunan seperti sekolah di Jepun. Lebih efisien kata pengetua.
Mikhail berjalan dengan senyuman tak lekang di bibir. Maklumlah orang baru, kena baik sikit. Isma masih tidak memandang sedikit pun. Mikhail menjeling sedikit ke arah Isma. 'Eh budak ni sombong pulak. Muka je cantik haih. Sayang, tak cover aurat. Kalau tak cukup pakej ni.' Desis hati Mikhail.
Kelas pun bermula..
"Baiklah buka buku Sejarah muka surat 188.................." Kelas pun berjalan seperti biasa sehinggalah tamat waktu persekolahan.
** DING DONG**
"Fuh habis pun.." Isma mengeluh kecil. Mikhail terdengar keluhan Isma, "Tak baik mengeluh.." Perlahan sahaja Mikhail bersuara. Isma menoleh dengan penuh curiga. Aik? Dia cakap dengan aku ke? Tapi tak pandang pun.. Pelik.
"Isma, jom balik." Akira muncul di belakang. Isma mengangguk ceria, yalah, ada abangnya di rumah! Hmm perasaan indah tu tak bertahan lama .. bila..
**
"WOI ISMA!" Jerkahan yang kuat kedengaran daripada luar pintu pagar sekolah. Isma baru sahaja ingin menuju ke arah keretanya yang dipandu oleh Uncle Samad. Langkahnya terhenti apabila namanya diseru. Ada lagi mamat ni.. ingatkan dah K.O. Topek. Nak cari pasal lagi lah tu.
Kelihatan van hitam datang dari arah kiri. Berhenti betul-betul di hadapan Isma. Topek berlari lalu memaut bahu Isma. Isma terkejut. Dalam keadaan yang kalut, Topek menolak badan Isma dengan kuat sehingga termasuk ke dalam van. "WAHH" Isma terjerit sedikit. Laju Topek melompat masuk ke dalam van yang sama. "Isma!" Baru Akira ingin membuka langkah, van telah mula memecut. Situasi tersebut dilihat oleh beberapa orang pelajar, dan salah seorang daripadanya ialah Faizal Mikhail.
Akira dengan pantas berlari ke arah kereta lalu meminta Uncle Samad untuk mengejar van hitam tersebut.
Akira's POV
Janganlah jadi apa-apa kat Isma! Tolonglah!! Akira membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya. "Jawablah!!" Telefon Dato' Azhan tidak berangkat. Aduh! Masa nilah tak angkat pulak! Seterusnya, Datin Wina pula. Mama Isma. Tak angkat juga!?! Apa benda ni baik bakar je telefon tu! Sempat lagi Akira memarahi perangai mereka yang tidak menggunakan telefon sewajarnya. Haha! "Ish!" Akira menelefon Fairuz. "Hello?? ABANG FAIRUZ! Tolong!! Isma kena culik!! Dengan..... blablabla (malas nak detail)" Selesai memberikan info kepada Fairuz Akira meletakkan telefonnya.
Tak guna kau Topek. Tunggu aku dapat kau. Mati aku belasah! Bodoh!
Van hitam itu memecut dengan laju. Seperti orang profesional yang memandunya. Van tersebut menghala ke arah sebuah rumah agam yang usang. Gayanya seperti dalam cerita hantu. Spooky Mansion gitu. Akira menelan liur. Dia menyuruh Uncle Samad untuk berhenti jauh sedikit dari rumah agam itu. Akira keluar dengan pantas, dan terus berlari ke arah rumah itu.
**
*
Hmm mana diorang ni? Agaknya dah masuk dalam rumah tu. Akira menyorok di belakang pokok. Mengintip. Heish tak boleh jadi ni! Aku kena masuk dulu nak tunggu abang Fairuz lambat ni! Akira pun melangkah dengan penuh berhati-hati supaya tiada siapa perasan kehadiran dia.
Ada orang pula kat van tu! Aduh. Dengan penuh berhati-hati. ZAPP Akira melingkarkan tangan kanannya ke leher orang itu. Dijerut sekuat mungkin! Dan akhirnya pengsan. Akira kemudian menyelinap masuk ke dalam rumah.
**
Isma's POV
"Apa lagi kau nak ni?" Isma menyoal dengan tenang. Tiada riak gerun di mukanya. Walhal, yang berada di situ semuanya gengster daripada kumpulan MADE, iaitu kumpulan gengster ayah Topek. Bukan seorang dua, tapi ada 7 orang! Muka pula semua berparut-parut, lengan berketul-ketul, tinggi jangan cakap! Macam galah! Ni kalau sekali Isma kena pukul, mau koma.
"Kau!! Dah guna taktik kotor! Suruh Pilsuk serang aku! Memang lah kau ni!" Topek menunjal-nunjal kepala Isma. Halah dia ni, penakut cakap je la. Aduh payah orang gini! Desis hati Isma. Hampir saja dia ketawa memikirkan apa yang terjadi semalam. "Kau pahal nak ketawa ni?!" Topek bertindak kasar menarik rambut Isma. Dalam keadaan tangan Isma diikat, dan kakinya juga diikat, memang dia bebas berbuat apa saja kepada Isma!
BUKK! Topek menolak Isma dengan kuat. Isma tersungkur. Mukanya tercium bumi. Perit! Bibirnya luka. "HAHA! Puas hati aku! Tapi, belum lagi habis. Kau tengok jelah!" Salah seorang gengster tadi menarik rambut Isma dengan ganas, memaksa Isma untuk bangun. "Aku dengar cite kau ni tak kuat mana pun berlawan? Cuma suka pakai taktik kotor nak menang!" Topek melangkah mendekati Isma.
"Muka cantik ni tak lama lagi akan hancur aku kerjakan!!" Marah betul si Topek ni. Topek menyambut huluran seorang gengster yang memberikannya kayu besbol. Kayu besbol dihayunkan kebelakang, dan, DUSHH hinggap di perut Isma. Muka Isma sedikit berkerut, tetapi tidak terluah kata sakitnya. Topek mula bengang. Isma ditolak kembali hingga terbaring. Beberapa lagi pukulan hinggap di badan Isma.
Tiba-tiba, seorang perempuan datang menghadiahkan flying kick kepada salah seorang gengster disitu. Yes, Akira.
**
*
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...