Fairy tale or Reality ? 23

87 5 15
                                    

Credit to SAO II opening - the song is for my next story promotion :D

**Special Chapter**

Isma

Haih.. Memang tak baik merungut, tapi.. Aku ni kan watak utama?! Kenapa tak dapat happy ending!!!!

"Oiiiii kenapa kau koyakkan kertas draf akuuuu!!!!!" Teriak Iskandar.

Aku hanya memberinya jelingan maut. 'Sape suruh tulis draf atas kertas, macam lah takde laptop!' Aku merengus kasar. 

"Kau ni dah kenapa semenjak balik Malaysia ni asyik emo je.." Soal Iskandar.

Aku bangun dan menghala ke arah dia. "Kau, budak, boleh diam tak?" Betul cakap Is, aku semenjak balik Malaysia ni setiap hari emo. Bukan, sebenarnya, sebulan lepas kitorang ziarah kubur Juliana tu.. Aku tunggu seseorang ni, tapi tak datang-datang, entah bila nak muncul!

Helloo aku nak jugak happy ending! Penat aku tunggu, takkan aku dapat ending camtu je! Watak novel aku pun dapat happy ending tau, jelesss laahh!!!

"Excuse me, kita ni sama umur lah!!!!!" -Iskandar

aaa nak tau apa yang jadikan aku lagi sakit hati? Iskandar, dah nak kahwin!!! Aku ni umur dah dekat 30 boyfriend pun takdeee sedihnyaaaa!!!

"Is, kau takyah sebok nak menulis lagi, pegilah siapkan apa patut, Jumaat ni kan?"

"Aww caringnya kakak aku ni, rileks la semua dah setel, buku ni dah nak dekat deadline, tu yang kena cepat habiskan." Haa, sukatilah malas aku nak tanya lagi, dia yang nak kawin bukan aku! Hmph!!

**

*

"Isma! Sini kejap sayangg." "Ye ma coming."

"Jom keluar kejap, teman mama beli baju untuk hari nikah Is." Haii mama ni asyik nak shopping je, aku rase haritu macam dah beli. Haa takpa lah ikutkan jelahh.

Iskandar memilih tema putih untuk hari pernikahannya. Typical betul pemikiran adik aku ni. Aku kalau nak kawin nanti nak buat warna hitam merah lah hahahahaha 

"Kenapa Isma gelak sorang-sorang?" Eh mama perasan pulak! "Hee takde ape ma.." Dah makin tua ni makin kuat berangan pulak aku ni. "Yang ni okay tak Isma?" Mama menunjukkan sehelai baju kurung putih yang boleh dikatakan simple, eh of course la kata putih kan, mesti la simple!

"Cantik je ma." Kataku kurang ikhlas hahahaha. "Okay, beli yang nilah." 

**

Dah Jumaat dah!

Okay mari siap-siap! Kejap lagi nak pegi masjid! Lepas semua dah siap, kami pun pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumah. 

Akira tak dapat balik lagi sebab banyak sangat kerja kat sana. Hmmm rindunyaa diaa dah lama gila tak jumpaa :( My bff kot tu hmph! Suka duka kami bersama cewah.

Aku pun duduk lah bersimpuh macam budak baik kat tepi tu haa, aku bukan mak pengantin so buat apa nak mencapap kat depan-depan sangat huhu. 

Okay akhirnya semua dah setel, dengan sekali lafaz je bagus betul adik aku ni! Ni yang bangga ni. Haaa.. Pastu tetiba ramai gila reporter kat luar peh susah la bila artis kawin ni. Astro, tv segala jenis tv la yang datang, haa nampak tak femes dia tu cemana. 

Kami semua masih duduk di dalam masjid, dalam hatiku berkata 'Tunggu ape lagi ni nak balik cepatt penat gila dah.' entah apa yang penat padahal aku duduk je daripada tadi..

Semua senyap, semua pandang ke arah aku. Aku be like ape aku menguap tak tutup mulut ke tadi aduh!

"Isma."

Who? (malay)Where stories live. Discover now