**10 years later**
"Bangun woi, siap!!"
"Mmmm.."
"Aku kira sampai tiga kau lambat aku tinggal! Balik lah sorang-sorang. 1..2..ti-!"
"YEEEEEEE SABARRRRR"
Perempuan berambut kusut bangun dari pembaringannya. Melangkah malas ke arah bilik air. Cuba teka siapa?
"KAKAK mandi jangan lama sangat!! Dah lambat ni!"
"Sabar lah adikku sayang aku baru masuk ni aduh bising seh!"
"Dah 27 tahun pun perangai tak ubah!"
Yang tu pulak Iskandar. Haa, dia dah ganti tempat Akira sekarang. Now Akira tengah bekerja di MPD Jepun, hebat kan?n
Isma dengan Iskandar pun tak kurang hebatnya. Mereka berdua dah jadi penulis terkenal! Penulis buku melayu dan inggeris. Sekarang mereka masih ada World Tour, dan sekarang mereka berada di Sheffield.
"Genap 10 tahun.." Isma berbisik sendirian.
****
***
**
"Dah jom pergi airport."
"Orait."
**
Isma hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Walaupun dah 10 tahun berlalu, hatinya masih berat untuk pulang ke Malaysia.
Lebih kurang 16 jam mereka berada dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba di lapangan terbang KLIA.
"Adoi jet lag lah.." Rungut Isma.
"Nak terus pergi 'sana' ke?" Soal Iskandar.
Isma berfikir sejenak. "Boleh lah, inform mak ayah."
Baru sahaja Isma dan Iskandar ingin menaiki teksi, tiba-tiba sebuah kereta Lamborghini berwarna hitam berhenti betul-betul di belakang teksi mereka.
Seorang jejaka tampan keluar dari kereta. Berkaca mata hitam, bersut!
"Hai, penulis-penulis idola ku, jemput lah naik!" Kaca mata hitamnya dibuka.
Isma dan Is tersenyum serentak. "Thank you!" Kata mereka serentak. "Ew bajet pulak korang ni! Hahahaha!" Ketawa mereka pecah.
"Rindunyaa kau Hatta! Kau dah makin tua. Hahaha." Kata Isma bersahaja. "Eh engkau ni, takpe
tua-tua pun kaya apa salahnya hahahaha." Balas Hatta."Eh dah jomlah gerak, nanti lambat pula sampai 'sana'." Mereka semua bergegas masuk ke dalam kereta.
**
ISMA
Rindu..
Sakit..
Sedih..
Itulah perasaan yang aku pendam selama 10 tahun.. Walaupun aku dah menjadi seorang penulis yang terkenal, tak bermakna aku dah lupakan peristiwa 10 tahun yang lalu... Masih segar dalam ingatanku..
"Isma, turunlah, dah sampai ni.." Kata-kata Hatta mematikan lamunanku. Akhirnya, kami tiba di destinasi. Aku gagahkan tangan yang menggigil untuk membuka pintu. Perlahan-perlahan aku menjejakkan kaki ke tanah.
Kami bertiga masuk ke dalam hutan.
"Dah tak semak sangat lah.." Iskandar membuka bicara. Ya, macam ada seseorang yang sering membersihkan tempat ni..
"Dah sampai.."
Kami tiba di kubur .. Juliana..
"Ada orang bersihkan lah.."
Aku tersenyum.. Senyuman yang membawa 1001 maksud. Sedih, gembira, kecewa dan sebagainya.
'Dia' dah balik. Desis hatiku.
**Flashback**
Sebaik sahaja hujan berhenti aku dan Hatta berlari masuk ke arah hutan. Kami mencari Iskandar dan Mika. Hampir sahaja aku berputus asa, tiba-tiba kelihatan Iskandar terbaring di sebalik pokok besar. Aku berlari ke arahnya.
Iskandar tidak apa-apa cuma pengsan sahaja, dan berhampiran dengan tempat Is pengsan, aku terlihat dahan pokok yang sangat besar. Aku teliti, ada manusia di bawahnya. Pada mulanya, aku ingatkan Mika, rupanya Juliana.
Tekakku tiba-tiba terasa kembang, loya. Hatta menyuruh aku untuk membantu Is bangun dan keluar dari hutan. Aku abaikan kata-kata Hatta, aku teruskan larian untuk mencari Mika, aku lari lari lari dan lari tanpa ku sedari, keadaan sekitar semakin gelap.
Aku dah sesat.
Aku menangis meratapi nasib aku yang malang. Sedih, kecewa, aku menyalahkan diri aku kenapa aku tidak kuat untuk mencari Iskandar pada awal lagi! Kalau tak semua takkan jadi macam ni.. Aku menangis semahu-mahunya.
Sehingga aku penat, aku bersandar pada pokok. Otakku tidak dapat berfungsi dengan baik, emosiku tidak stabil. Kepalaku berdenyut-denyut, mataku berpinar-pinar, kakiku calar-balar. Sakit. Sakit sangat.
Satu susuk tubuh datang menghampiriku, tapi mukanya tidak jelas. Akhirnya aku kalah.
**
*
Aku terdengar namaku dipanggil berkali-kali. Aku paksa diriku untuk membuka mata. Aku lihat keadaan sekeliling, huh? Bukan malam tadi aku pengsan dalam hutan ke? Aku seperti khayal, bercakap pun tidak jelas. Hatta dan yang lain menjumpai aku di sebuah kawasan lapang, badanku diselimutkan dengan satu jaket denim yang berlumuran darah.
Aku tahu, itu kepunyaan Mika.
"Hatta, Mika mana?" Hatta menggelengkan kepalanya.
Mikhail tidak dijumpai lagi selepas daripada hari itu. Sehinggalah hari ini. Aku meninggalkan jaket denim kepunyaan Mika di kawasan lapangan itu, dengan harapan satu hari nanti dia akan kembali..
***
**
*
"Dia dah balik." Kataku dengan sekuntum senyuman.
Iskandar dan Hatta juga tersenyum.
Jaket denim kepunyaan Mika yang aku tinggalkan 10 tahun lepas dilipat kemas dan diletakkan di atas kubur Juliana..
Walaupun aku masih tak dapat betemu dengan Mikhail sehingga ke hari ini.. Tapi, aku tau, dia tak jauh..
'Aku tunggu kau Mikhail!'
$THE END$
**Author notes**
Thank youu every oneeee yang setia membaca daripada awal hingga ke akhir! <3 Much love for uolsss.
Btw, i need uols punya opinion, either i should do my next story in english or Malay?
xoxo,
honey <3
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...