Don't Mess With Me 14

99 13 2
                                    

Credit to one of my fav pianist Yiruma - River Flows In You

____________________________________

Isma

Haih.. kenapa lah benda ni semua jadi kat aku? Dah la baru je dapat tau aku ni anak angkat. Lepas tu, Mikhail jejaka idaman aku tu pulak dah couple.. why my life is so fucked up!!

"Isma.." Aku menoleh ke arah suara itu. Mama..

"Isma.. mama-" Belum sempat mama menghabiskan ayatnya aku memeluk mama terlebih dahulu. Air mata yang aku tahan selama beberapa hari ni tumpah jua akhirnya.

"Hey anak mama, pandang mama.." Mama memegang kedua-dua belah pipiku. Kemudian dia mengesat air mataku.

"Mama sayang Isma tau. Mama dengan papa dah jaga kamu semenjak lahir lagi. Mana tak sayangnya.." Makin laju air mataku tumpah.

"Mama mintak maaf sangat sayang.. mama takde niat nak sorokkan hal ni.. tapi.." Aku memeluk mama dengan erat. Sedih yang teramat sangat aku rasa sekarang ni.

"Sape mak ayah sebenar Isma?" Sempat aku bertanya dalam esakkan.

"Nama arwah mak kamu Karmila, ayah kamu Azhan.. sebab nama ayah kamu sama lah kami decide taknak bagitau.. tapi bila dah makin berusia ni.. mama dan papa rasa berdosa pulak tak bagitau kamu hal sebenar.. jadi kami nak bagitau lepas kamu habis SPM.. tak sangka pulak.. kamu dah tau.." Wajah mama menunjukkan yang dia sangat terkilan sebab tak bagitau perkara sebenar lebih awal.

Aku tak mampu nak berkata-kata lagi. Aku hanya memeluk mama sehinggalah aku terlelap di pangkuannya.

..

.

Aku terjaga daripada tidur apabila aku terdengar ketukan di tingkap.

Tingkap? Tingkap??

Mataku terbuka luas. Terus hilang perasaan mengantuk.

Ya Allah ujian apa pula kali ni!

Perlahan-lahan aku mengerakkan tangan untuk mencapai suis lampu tidur. Ketukan itu masih jelas. Ya Allah seramnya!

Aku memandang ke arah cermin tingkap yang berada dekat dengan meja belajarku. Takde pula kelibat ke bayang-bayang ke. Lagi seram ni. Aku turun dari katil, langkah diatur ke meja belajar.

Setapak demi setapak.

Tiba-tiba sebiji batu yang kecil melayang ke arah cermin tingkap. Dah pulak, sape main batu malam-malam ni gila ke.

Aku menjengah sedikit. Ada seorang manusia yang cukup aku kenali sedang berdiri di bahu jalan.

Faizal Mikhail.

Mataku terbeliak. Seakan-akan tidak percaya. Mika?? Dia tak penah-penah buat macam ni, serius ke ni Mika?? Ke jelmaan dia ni?!? Aduh seram pulak. Peluh dingin mula membasahi dahiku.

Aku dikejutkan dengan bunyi telefonku.

Incoming call

Mika.

Aku tenung skrin telefon. Nak angkat ke tak ni..?

Setelah beberapa saat menunggu. Akhirnya aku angkat.

"Hello? Assalammualaikum?" Suara Mika.

Aku masih diam. Malas nak cakap ape-ape.

"Ok, I know you there. saya just nak cakap, err.. saya minta maaf kalau saya macam tertinggikan suara kat awak time kat sekolah tadi.." Aku masih diam tak membalas apa-apa.

"And, saya tau Juliana yang cari pasal dengan awak dulu kan? Dan one more thing, saye takde pun cakap pasal perempuan tak jaga maruah.. saye tak couple pun dengan Juli." Bersungguh-sungguh dia menerangkan hal yang sebenar.

"Isma, kalau awak ade problem.. cakap lah manatau saye boleh tolong? Ok?" Aku masih diam lagi. Lama aku fikir. Akhirnya aku jawab 'OK' dan terus matikan talian.

Aku lihat jam di skrin telefon, 9.46 p.m. dah dekat pukul sepuluh dah.. sanggup dia datang semata-mata nak explain hal sebenar..

**flashback- selepas adegan pergaduhan Isma dan Juliana**

Mikhail

Aku menuju semula ke kelas walaupun waktu rehat masih berbaki 30 minit, tapi seleraku mati. Jadi aku buat keputusan untuk duduk di dalam kelas sahaja.

Sebaik saja aku tiba di depan pintu kelas.

"HAHAHA, kau kene tengok muka Isma tadi. Padan muka dia! Puas hati aku. Ade hati nak tumbuk aku heh!" Juliana. Hmm. Talam dua muka rupanya minah ni.

Kawan-kawannya yang lain turut sama gelak terbahak-bahak.

Aku buka pintu kelas, aku tenung tepat muka-muka yang acah tak bersalah tu.

"Eh Mika, awak taknak rehat ke? Nak saya teman?" Juli berkata sambil pura-pura mengelap saki-baki darah di hidungnya.

Aku melangkah sambil kedua-dua tanganku menyeluk poket seluar. "Tak sakit ke? Kau ingat kau stunt man?" Aku pun taktau kenapa aku tiba-tiba rasa marah sangat. Ikutkan hati aku nak lempang je. Nasib baik iman kuat lagi.

Muka Juli seakan tidak percaya aku ber'aku' 'kau' dengan dia.

"Memang dah lama eh buat keje camni? Talam." Aku memusingkan badan dan keluar dari kelas. Tak betah aku berlama-lama duduk dalam kelas!

..

Aku cuba menelefon Isma tapi tak berangkat. Dah 10 kali call.

Jam di telefon kulihat. 9 malam..

Baju sejuk berwarna hitam yang tersangkut di dinding kucapai. "Mak, Mika nak keluar kejap ye."

"Pegi mana ni malam-malam?" Mak bertanya dengan nada risau.

"Rumah kawan. Dekat je. Sebelum pukul 10 Mika balik." Sneaker yang berwarna hitam jenama Nike kusarung ke kaki. Yup, warna kegemaran aku hitam!

"Pegi dulu!" Aku berlari keluar rumah.

**READ.VOTE.COMMENT**

thank you for reading <3

Who? (malay)Where stories live. Discover now