Akira's POV
A..abang Fairuz!!
Fairuz menahan pisau ramboo yang hampir terkena Akira menggunakan tangannya. Darah merah mengalir laju. Tangannya sedikit pun tidak menggeletar dek luka yang dalam. Fairuz menarik pisau itu. Digenggam dengan lebih erat.
"Kau jangan usik dia selagi aku hidup!" Amaran keras daripada Fairuz! Pisau itu kemudian ditarik dan dicampak ke atas lantai. Luka di tangan diabaikan. Fairuz bernafas kencang.
Dia mula membuka langkah dan menendang muka gengster pertama. "Heh, sape lagi?" Fairuz mula berlawan bagai orang baru kematian anak! Sesekali dia membuat flying kick, ada juga dia menghentam kepala gengster-gengster itu menggunakan kepalanya sendiri.
Abang Fairuz.. Aaa... Kenapa tiba-tiba gelap ni?..._______________________________________________________________
Aduhh.. kenapa aku tak boleh berhenti fikirkan mamat ni??? Haihh apesal lah dengan aku ni.. Isma duduk merenung skrin laptopnya. Fikirannya melayang. Masih teringatkan si jejaka idaman malaya Faizal Mikhail. Kenapa? Tak percaya?
Faizal Mikhail, tinggi, lebih kurang 175 cm, tidak terlalu kurus, badannya tidak berketul-ketul, tetapi sedap mata memandang. Rambutnya yang tidak terlampau nerd, warna hitam, matanya yang menawan! Warna matanya coklat, bibir yang kemerah-merahan, kulit wajah yang bersih tanpa sebarang jerawat dan yang penting, baik orangnya. Cuma, tidak rajin bercakap. Dia lebih gemar tersenyum. Wajah itulah yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan Kiran High School, walaupun baru sehari dia bersekolah di situ. Guru-guru pun menunjukkan minat terhadap Mikhail. Mana kan tidak digelar jejaka idaman malaya?!
"EHHH!" Isma baru tersedar. "Abang?!!" Isma bingkas bangun. Mencapai baju sejuknya dan berlari menuruni anak tangga. Cuaca agak buruk, mendung, dan mungkin akan hujan sebentar lagi. Ibu bapa Isma masih belum pulang, biasanya mereka akan pulang lewat malam. Jadi, Isma akan pulang sebelum mereka tiba. Dalam kekalutan, Isma menyarung sneakers berwarna biru. Tidak sempat untuk mencapai payung, dia terus berlari ke luar rumah.
'Tolonglah! Tolong jangan jadi apa-apa!' Hujan mula membasahi bumi. Isma berlari meredah hujan yang semakin lebat. Dia berlari dengan mata yang mula berair. Terbayang sekiranya abangnya diapa-apakan. Berlari dalam hujan memang sesuatu yang tidak digemari Isma, dia mudah demam sekiranya terkena air hujan. Badannya mula terasa lemah. Lututnya menggigil, hujan turun dengan sangat lebat. Isma meneruskan larian sehingga dia terjatuh di lopak air. Dia melepaskan keluhan kecil, matanya kabur.
'Tak boleh jadi ni..' Isma mengepal penumbuknya. Giginya diketap. Masih tidak berputus asa, dia bangun dan meneruskan larian. Lari.. lari... lari... Tiba-tiba.. Dia terlanggar seseorang. Dia jatuh tersungkur.
"Maa..Maaf.." Isma meminta maaf, matanya benar-benar kabur. Tidak dapat dilihat siapa yang dilanggarnya tadi, dengan menggunakan kudrat terakhirnya, dia mendongak melihat orang itu, lalu gelap.
___________________________________________________________________
**Di Rumah Isma**
Fairuz membuka pintu rumah. Akira yang masih tidak sedarkan diri didukung di belakang. "Isma. Tolong Kira ni." Tiada respon.
Fairuz hairan. Dia melangkah ke ruang tamu dan membaringkan Akira di sofa panjang. Langkahnya diatur ke dapur, mencapai besen kecil lalu diisi dengan air, sehelai sapu tangan dicapai. Fairuz kembali ke sisi Akira. Luka Akira dibersihkan. Perasaan bersalah mula menyelinap ke hatinya.
"Maaf Kira.. disebabkan janji kau kat aku dulu kau jadi macam ni.." Fairuz menggenggam sapu tangan itu lebih erat. Menyesal, bersalah, kesian, perasaannya bercampur-baur. Ingatannya kembali ke 10 tahun lepas..
**Ding Dong**
Bunyi loceng rumah mematikan lamunan Fairuz.
*
*
Pintu dibuka..
"Err, saya jumpa dia kat tepi jalan tadi, pengsan."
Fairuz masih terkaku.
"Oh ohh sorry, masuk lah masuk." Fairuz mempelawa tetamu itu masuk. Isma dibaringkan di sebuah lagi sofa yang terdapat di ruang tamu. Baju sejuk yang dipakai olehnya basah kuyup. Tetamu yang menyelamatkan Isma itu pun telah basah kuyup, payung yang dibawanya telah ditinggalkan kerana ingin mendukung Isma.
"Terima kasih, dia adik saya." Fairuz menghulurkan tuala kepada tetamu itu. Dia hanya menyambut tanpa berkata apa-apa.
"Jemputlah duduk dulu, hujan still lebat. Siapa nama? Kenal ke dengan Isma?" Bertubi-tubi soalan yang ditanyakan.
"Aaa.. Mikhail, hm satu kelas." Jawabnya ringkas.
"Oh Mikhail. Haih.. Kenapalah budak ni keluar time-time hujan.." Fairuz menggeleng-gelengkan kepala, sambil mengelap rambut Isma yang basah.
"Sorry saya taktau nak buat apa, so saya decide nak piggy back dia hantar rumah.. hm." Mikhail rasa serba salah kerana membuat tindakan sendiri.
"Ehh apa pulak, budak ni memang tak tahan hujan.." Mikhail memerhatikan cara Fairuz mengelap rambut Isma dengan penuh kasih-sayang. Dia rasa lain macam. Sesuatu yang lain?
Keadaan tiba-tiba menjadi kekok.
"Err.. dia tu tak apa-apa ke?" Mikhail menunjuk ke arah Akira. Fairuz bingkas bangun dan kembali membalut luka Akira. Mikhail menoleh ke arah Isma yang sedang nyenyak tidur.
______________________________________________________________
****10 minutes before Mikhail came to Isma's house***
Mikhail's POV
"Maa..Maaf.."
Eh ni bukan budak tadi ke..
Isma tiba-tiba terbaring.
Dah kenapa lak ni..
"Err okey tak?" Isma tidak memberi respon.
Oii serius la.. pengsan lak.. hmm cane ni..
Hm? apa ni..
Sekeping kad kecil terkeluar dari poket baju sejuk Isma. Kad itu diambil dan dibelek.
Oh anak Dato' Azhan rupanya..
Payung diletakkan ke tepi.
Sorry, aku kena hantar kau balik gak.
Lengan Isma dipegang, nasib baju lengan panjang. Dengan penuh berhati-hati Isma diletakkan di belakang.
Haih apelah dia ni.. tau sakit main hujan..
****
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...