*background music from shigatsu wa kimi no uso op 1*
Mikhail
Kedengaran namaku dipanggil beberapa kali, tapi mata ni rasa berat nak buka. Bila aku celik perkara pertama yang terdetik 'Aaa lupa, kat dalam hutan..'
Hatta yang mengejutku, diajak solat subuh berjemaah. Sempat aku kerling ke arah tempat tidur Iskandar. Awal Iskandar ni bangun, dah siap kemas pula tu.
Setelah selesai menunaikan tanggungjawab, kami semua bersarapan ala kadar. Tepat jam 8 pagi kami diarahkan supaya mengemas khemah masing-masing, kemudian bersiap sedia untuk turun.
Heish mana Iskandar ni tak tolong kemas pun. Oleh kerana aku malas nak besar-besarkan perkara kecil macam ni, aku diamkan je. Hatta memang konfemlah tak tolong kemas..
"Eh Mika, awak sorang je? Iskandar mana? Dia tak tolong ke?" Oh akhirnya ada orang ambil berat juga!
"Entah lah, dari pagi tak nampak dia.." Kataku.
"Hmm .."
"Takpelah Isma, awak pegi lah kemas khemah awak." Aku meneruskan kerjaku.
Setelah semua khemah selesai dikemas, cikgu Kamil menyuruh kami untuk beratur mengikut kelas masing-masing. Seperti biasa ketua kelas akan menyebut nama setiap ahli kelas. Sampailah nama yang terakhir, Iskandar. Tiada sahutan.
Sekali lagi nama dia diseru. Masih sepi tanpa sahutan. Eh?
Aku tertoleh-toleh mencari kelibat Iskandar, manalah tau dia saja nak buat prank. Tapi, memang betul takde..
Hazlan, merangkap ketua kelas yang berwibawa terus melaporkan ketiadaan Iskandar kepada cikgu Kamil. Cikgu Kamil berbincang dengan beberapa orang guru termasuk Hatta.
Hatta mengarahkan kami supaya turun dahulu bersama beberapa orang guru lain, manakala Hatta, cikgu Kamil dan lagi seorang cikgu akan pergi mencari Iskandar. Hatiku mulai rasa gelisah. Yelah, kalau aku ambil berat pasal Iskandar takdelah jadi macam ni. Hatta menepuk bahuku,
"Jangan risau bro, aku cari dia." Hatta menunjukkan thumbs up kepadaku.
Kami semua pun memulakan perjalanan. Aku, Isma dan Akira berada di barisan paling belakang sekali. Setelah beberapa minit perjalanan, Isma berhenti secara tiba-tiba.
"Isma?" Aku bertanya.
"Isma..." Akira pula.
Isma mencampakkan begnya kemudian berlari mendaki gunung semula.
"Isma!" Nada suaraku agak tinggi, tapi aku memastikan orang lain tidak dengar.
Akira membuka langkah untuk mengejar Isma, tapi aku menahan.
"Biar aku pegi. Jangan risau, aku jaga dia." Kataku, tanpa membuang masa, aku terus melangkah.
"Isma! Kenapa awak risau sangat ni?" Soalku. Isma kelihatan gusar.
"Dia... Dia... sepupu saya..." Aku memandang Isma dengan ekspresi yang agak terkejut. Oh patutlah dia risau..
------------------------------------------------------
"Dah sampai."
Isma mengangguk.
"HAHAHA! Aku tau kau mesti datang punya Isma!"
Juliana!
"Nak cari Iskandar?" Juliana menyeringai.
"LAWAN AKU DULU!" Teriak Juliana.
Isma tanpa berfikir terus berlari ke arah Juliana. "Isma tunggu!"
Zapppp!!
"Warrghhh!!"
"Isma!!!!" Isma terkena perangkap yang dibuat oleh Juliana, mungkin? Kaki Isma terikat pada tali dan kini dia tergantung secara terbalik. Ehhh ini perangkap ninja ke ape!!??!
"Juliana! Apa kau nak sebenarnya?! Ni semua angkara kau ke?!" Teriakku. Manalah pegi Hatta dengan cikgu-cikgu lain. Takkan tak perasan Juliana kat sini.. Tokleh pakai betul si Hatta ni, huh!
"HAHA! Ahhh Faizal Mikhail! Aku patut hapuskan kau dari dulu!! Semak je!"
Dari dulu?
Juliana seperti memberi isyarat kepada seseorang.
"MIKHAIL BELAKANG AWAAKK!!!!" Aku pantas menoleh ke belakang, tapi, dah terlambat. Kepalaku dihentam oleh sesuatu yang keras, mungkin, kayu? Kuat pulak tu, sakit weh.
"Ceh, kuat juga dia ni." Suara ni.. Aku mendongak sedikit, ya Topek. "Liat betul ek nyawa kau ni." Dia menghayun lagi benda itu, oh bukan kayu, pemukul besbol yang besi tu rupanya. Patutlah sakit semacam je..
Tepat mengena kepalaku. Pandanganku dah kabur.
"LAST!!"
Aku dapat rasakan pemukul besbol tu hinggap di perutku..
Isma
"Mikhail!!!" Ahhh kenapalah waktu-waktu macam ni aku tak boleh gerak pulak! Mana Hatta dengan cikgu-cikgu lain ni.. Cepatlah!! We need you!
"Kau jangan haraplah cikgu-cikgu lembik tu nak datang selamatkan korang. Aku dah kerjakan diorang dah." Kata Juliana bongkak.
"Juli, si bedebah ni dah pengsan."
"Ikat dia." Juliana menuding jari ke arah sebatang pokok besar.
"Mikhail!!! Weh bitch kau jangan apa-apakan Mikhail!"
"Heh, kau patut risaukan diri sendiri tu, tergantung je tak boleh buat apa."
"Tak gunaaa!!!!" Teriakku.
-----Narrator's
Kedaan menjadi semakin tegang, suasana berubah dengan sekelip mata, daripada bersuka ria terus menjadi duka.
Dengan keadaan Mikhail yang telah pengsan dibelasah oleh Topek, Isma yang tergantung di atas pokok, dan cikgu-cikgu yang entah berada di mana.
**READ.VOTE.COMMENT**
nyannyann <3 much love, thanks for reading :D
Full version of shigatsu wa kimi no uso op 1
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...