The Truth 20

70 6 0
                                    

**Music - Sign Of The Times by Harry Styles

Mika

Mataku terasa berat untuk dibuka. Badanku terasa sengal-sengal.

Kedengaran suara-suara sedang bertengkar, walaupun butir-butir percakapannya kurang jelas, tapi aku tau, diorang tengah bertengkar.

Aku cuba menggerakkan badanku, tapi tak berjaya. 

Oh kena ikat rupanya..

Akhirnya, aku berjaya sedarkan diri sepenuhnya.. Juliana dan Topek masih taktau aku dah sedar.

"Isma, kau nak selamatkan adik kesayangan kau tu?" -Juli

"Tak guna!!! Pompuan tak guna! Apa kau buat kat dia hah!!!!" 

Adik? Wait, Iskandar bukan sepupu Isma ke? Apesal adik pula?

"HAHAHAHAHA!!!! Jangan risau, aku rasa dia belum mati. Aku rasalah."  -Juli

Muka Isma kelihatan pucat. Kejap, maksudnya, Isma tipu aku lah ni kata Iskandar tu sepupu dia? 

"Please Juliana, please, aku tau kau takkan sanggup bunuh orang kan?" Kata Isma dalam keadaan memujuk. 

Juliana ketawa terbahak-bahak. 

"No, Isma, you don't know the real me."

Aku cuba untuk membuka ikatan tali. Aku meraba-raba ke sekitar. Ada batu, tajam, okey boleh guna!

Tali dihiris sedikit demi sedikit. 

PANG!! Satu tamparan hinggap di muka Isma.

Isma terdiam. 

"Woi! Jangan sentuh Isma!!!" Teriakku.

Juli menoleh, mukanya langsung tidak terkejut yang aku dah sedar. Akhirnya tali berjaya dipotong. Aku bangun. "Hai, hero." Juliana menyeringai.

Tiba-tiba, Juliana menarik tudungnya hingga terbuka, menampakkan tatu naga di bahagian lehernya. 

Tatu naga?

Satu peristiwa hitam datang menyerang kotak ingatanku. Peristiwa yang aku ingin lupakan buat selamanya..

***

"Abang!!!" Jeritan nyaring adikku membuatkan aku tersedar. 

"Kenapa ni? Kan abang dah kata jangan masuk kelas abang.." 

"Abang, nah akak tu bagi surat lagi.." Sepucuk surat dihulurkan kepadaku.

Haih.. pompuan ni tak reti bahasa ke apa doh.. Memang tak ah aku nak terima pompuan macam tu.. Dah la ganas, tak sopan langsung, siap ada tatu pulak tu..

"Buanglah! Abang tak nak baca!" Aku kembali meletakkan kepala di atas meja.

"Ha, lagi satu, lepas ni, tak payah ambil terus kalau dia bagi surat tau! Abang tak nak dengar lagi Mia ambil surat dia. Okey?"

"Ala tapi abang.."

"Takde tapi-tapi! Tak kesah lah Mia nak buat apa pun, yang penting abang tak nak tengok lagi surat tu! Dah, pegi balik kelas." Kataku.

Mia pun berlalu ke kelasnya. Mia, satu-satunya adik aku, muda setahun daripada aku. Baik budaknya. 

Tapi, dia dah takde.. Maksud aku, dia dah mati.

Kenapa? Ye, sebab aku, Faizal Mikhail.

***

"HAHAHAHA!!! Kenapa muka cuak je Mika? Teringat kisah lama ke?"

Tangan dan kakiku terasa sejuk. Peluh dingin mula membasahi dahiku. Aku dapat rasakan badanku terketar-ketar.

"You look so pathetic Mika." Kata Juliana yang disambung dengan ketawa mengilainya. Topek tidak kelihatan terkejut, jadi, aku rasa dia dah tahu siapa Juliana yang sebenarnya.

Juli mula menapak mendekati aku. Aku ingin membuka langkah untuk melarikan diri, tapi, kakiku seakan-akan tidak dapat memproses maklumat yang dihantar oleh otakku. 

"Mikaa!!! Awak okey tak!!!" Isma..

"Mika lari Mika!!" Isma... Aku seakan-akan baru tersedar. Di tangan Juliana ada dagger . Dia ingin melibas ke arahku, namun sempat ku elak. Aku belari ke arah hutan. 

Lari lari lari lari tanpa menoleh ke belakang. 

Aku berlari sampailah ternampak Iskandar yang diikat di sebatang dahan pokok. Dahan pokok tu boleh tahan tinggi.

"ISKANDAR!!!" Jeritku. Iskandar masih sedarkan diri, tapi mulut dia diikat.

Aku toleh ke belakang, Juliana masih belum kelihatan lagi. Aku memanjat pokok. Perlahan-lahan aku panjat. 

**

Isma

"Topek! Semenjak bila kau jadi pengikut Juliana ni!?" Jerkahku.

"Aihh bisinglah pompuan ni!" Herdik Topek.

Ape nak buat ni! Aduh! Jerit? Ok, jerit je yang aku mampu sekarang ni!

"TOLOOOOOONNGGG!!!!!" Aku jerit dengan sekuat-kuat hati. Paling kuat aku pernah jerit. Terperanjat Topek mendengar suaraku yang nyaring.

"Woi senyap bodoh!" Topek melemparkan batu kepadaku. Aku masih tidak putus asa, aku jerit lagi sekuat-kuatnya, walaupun sakit dibaling batu. 

Tiba-tiba kelihatan empat susuk tubuh datang dari arah hutan yang lagi satu. Ya Allah! Alhamdullilah!

"TOLOONGG!!" Salah seorang daripada empat orang tadi berlari. 

Akira!

Hatta! dan lagi dua orang cikgu yang pergi bersama-sama Hatta.

"ISMA!!!" Muka Akira kelihatan sangat berang. Dia mengerling ke arah Topek yang telah jatuh terduduk. 

"Ma-mamamama-"

"Ape mama mama hah!!" 

Okay, Topek dah kena setel dengan Akira. 

Hatta membantuku. 

"Isma, okey tak ni?" Soal Hatta.

"Aku okey, tapi Mika! Mika kat dalam hutan tu!" Aku menuding jari ke arah hutan yang Mika dan Juliana masuk. 

**


Who? (malay)Where stories live. Discover now